Perginya jutawan Melayu tanpa kubur.

peguam yang bergelar datuk

Tidak dapat bayangkan kita apabila kematian ahli keluarga tanpa sebarang kubur, bagaimana apabila mahu menziarahi pusara.
Itulah yang dihadapi keluarga jutawan kosmetik, datuk sosilawati lawiya bersam tiga individu lain.Bayangkan ujian Allah yang diberikan kepada enam beradik ini dan keluarga tiga lain.
Difahamkan kejadian ini di “master mind”  oleh seorang peguam yang dikatakan bergelar datuk. Sebelum itu, aku nak ceritakan sedikit bagaimana aku tau kes ini.Berita kehilangan sosilawati sebenarnya diketahui aku selepas empat hari kehilangannya, bagaimanapun tiada sebarang pengesahan oleh pihak polis.
Tunggu punya tunggu akhirnya hal ini dibau oleh orang lain juga, resam wartawan.SMS penemuannya dikatakan diketahui pada hari terakhir puasa, polis menghidu perbuatan mereka dan mengesan lokasi selepas menangkap lima pekerja datuk keparat itu.
Kemudiannya diikuti dengan penahanan peguam itu dan adiknya, dua hari kemudian sebelum diikuti oleh seorang lagi remaja berusia 19 tahun.
Kejam, memang kejam, tidak meninggalkan kesan langsung mereka ini membunuh mangsa.
Selepas dipercayai memukul, membunuh, membakar dan membuang kesemua abu mayat ke dalam sungai kelanang.
Ini kes ketiga terbesar dan berprofil tinggi yang menggemparkan negara selepas pembunuhan datuk Mazlan Idris di Pahang yang mayatnya di tetak belas-belas.
Kemudiannya, kes altantuya, wanita dikatakan warga monggolia diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam.Itu kisah mereka tapi aku nak ceritakan kisah malang sosilawati.
Benar Allah ada berfirman, semua benda didunia adalah pinjaman, begitulah harta dan juga ibu bapa. tiba masanya beliau akan menarik balik perkara itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin (kanan) ketika sidang media berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya, di ibu pejabat polis Daerah Kuala Langat di sini hari ini.

-behind the siene-
1. Sosilawati memang seorang yang pemurah, sentiasa bersedekah kepada surau.
2. Kerana kebaikkannya, beliau sering ditipu
3. Pernah ditipu beberapa kali
4. Wartawan dilarang memasuki kawasan pembunuhannya.
5. Mayat dikerjakan kejam, pukul, bunuh, bakar dan abunya dibuang dalam sungai.
6. Sebelum ini ada kehilangan empat individu, juga ada kaitan dengan kes ini (MO) sama.
7. Perkampungan media dari jam 1 pagi, 12 September 2010 hingga lah kes selesai.
8. Motif dipercayai tipu urusan jual tanah dan suspek tidak puas hati.
9. Suspek merancang dengan teliti pembunuhannya dengan meletakkan tiga kenderaan mereka di Subang Jaya.

Advertisements

One thought on “Perginya jutawan Melayu tanpa kubur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s