Mati dan Mati

Pernahkah kita terfikir bagaimana cara kematian kita dan bila kita dicabut nyawa.
Hati sering berkata mati lambat lagi, mati selalunya umur 60 keatas.
Allah sebenarnya memberikan peluang kepada kita, mati lewat merupakan satu bonus untuk kita berubah dan sedar apa yang dilakukan sebalum ini.
Tengok semalam, 12 maut dalam kemalangan jalan raya, tak kira umur mati jugak.
Sebab Allah ada berfirman: Jika DIA nak sesuatu berlaku DIA berhak.
Dua minggu lepas juga, seorang pegawai polis maut dirempuh pemandu kereta ketika mengejar seorang mat rempit di Sentul.

Sebenarnya aku nak ceritakan kisah mati seorang pesakit HIV tanpa ahli keluarga disisi.

hanya mereka yang menguruskannya

Sudahlah menghidapi HIV, kematiannya juga bersendirian hinggalah jenazah dikebumikan.
Inilah ujian yang dihadapi beliau dari saat dilahirkan hinggalah kematiannya.
Moga rohnya dicucuri rahmat, insyaallah.

Arwah merupakan penghuni sebuah rumah pelindungan HIV bagi lelaki di Petaling jaya dibawah kelolaan insan mulia dikenali Uztaz Amin. Aku juga pernah dua kali ke rumah berkenaan, sedih dan terharu melihat kehidupan mereka yang membawa gelaran penghidap HIV.

Walaupun dulu mereka pernah tersesat, namun hari ini mereka telah berubah dan mula mengenal maha pencipta.

Itulah kehidupan, kita yang sempurna pun belum tentu berapa atas tikar sembahyang tepat pada waktunya. Namun mereka berusaha kearah itu. Berbalik kepada cerita asal, jiwa akutersentuh apabila terbaca blog cikgu aku berkenaan kematian lelaki dikenali Nazim.

Lanjut boleh lah dilayari Syahril Kadir

Tidak semestinya memiliki apa yang dikehendaki.

 

dalam satu majlis yang dipaksa berucap.

 

Janganlah kau angkuh melaungkan Si dia kepunyaan mu,
Atau kau kepunyaan si dia, Kerana hakikatnya,
Kita tidak pernah memiliki sesiapa, Walau sekeping hati seorang insan.

Tidakkah kau sedar, Hukum alam menyatakan,
Mencintai tidak semestinya memiliki?,
Manusia pandai berpura, Berlakon di pentas dunia,
Dan bertopeng menutup rahsia.

Tetapi hati,
Tidak pernah berdusta pada empunya,
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya,
Tidakkah kau sedar.

Mungkin si dia melafazkan,
Ungkapan cinta pada mu,
Tetapi hati dan perasaannya,
Tidak pernah berniat begitu.

Dia hanya berselindung,
Di sebalik sejuta alasan,
Dan kau,
Begitu jujur dan setia mencintainya.

Sehingga terlupa,
Hukum alam menyatakan,
Mencintai tidak bermakna memiliki.

Sesungguhnya. ..
“Aku tidak pernah memiliki diri mu”,
“Dan kau jua tidak memiliki diri ku”,

Mengertilah,
Kita sebenarnya kepunyaan,
Yang Maha Esa,
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita.

Kecuali Dia…

Dia mengasihi hamba-Nya,
Dia memiliki hamba-Nya,
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.