Jawatan Kosong, gaji boleh dibincang

Lagak seorang boss,... InsyaAllah.


Dua tiga hari belakangan ini rasa kerja cam banyak ja aku hadapi mungkin sebab cuti seminggu kot.
Tapi so far aku happy dengan kerja aku hari ini sebagai seorang yang dok menulis dalam surat khabar Sinar Harian.
Cuma kelam kabut dalam beberapa aku rasakan aku perlu menawarkan jawatan kosong kepada sesiapa yang berminat untuk kerja.
Antara yang ditawarkan.
1. Pemandu Peribadi
2. Pembantu Peribadi
3. Pembantu Rumah
Gaji boleh dibincangkan lagi.

Wah nampak gayanya entry aku kali ini berangan ditahap tertinggi ya. Melebihi seorang Ahli Korporat yang paling berjaya.

Advertisements

Bezanya mereka dan kita

Kagum persiapan pegawai Clinton

pegawai-pegawainya sedang melakukan pemeriksaan terakhir

Ketika MoU ditandatangani

Hand over

PUTRAJAYA – Menjadi satu pengalaman amat berharga buat jurugambar Bernama ketika membuat liputan lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton baru-baru ini.
Mungkin tidak setanding pengalamannya merakam gambar peperangan di Iraq tujuh tahun lalu, tetapi Harry Salzman Abu Bakar menganggap persediaan sebelum mengambil gambar pegawai diplomat tertinggi negara maju itu harus diteladani bukan sahaja buat dirinya tetapi bagi pemimpin yang ingin gambar mereka menjadi lebih menonjol.
Apa yang diminta pegawai pengiring Clinton beberapa minit sebelum majlis bermula mungkin dilihat remeh tetapi itu adalah perincian bagi mendapatkan hasil gambar yang terbaik dan menjadikan pemimpin mereka itu kelihatan menyerlah.
“Sebagai satu-satunya jurugambar mewakili media rasmi saya diajak berbincang tentang persediaan mengambil gambar bekas wanita pertama Amerika Syarikat.
“Saya diberitahu lebih awal warna pakaian yang akan dipakai Clinton agar dapat menyediakan penataan cahaya yang sesuai,” katanya.
Ketika itu Harry Salzman ditugaskan mengambil gambar majlis menandatangani tiga perjanjian persefahaman antara Malaysia dan Amerika Syarikat di Pejabat Perdana Menteri, di sini Selasa lalu.
“Mereka juga bertanya kepada saya keadaan manakah yang sesuai bagi posisi badan pemimpin itu sama ada mengadap ke hadapan atau mengiring ketika berdiri untuk bersalaman selepas menandatangani perjanjian.
“Apabila saya bersetuju posisi bagaimana yang saya mahu, mereka terus menandakan di atas lantai kedudukan yang harus Clinton berdiri kelak,” katanya.
Hasilnya jika dilihat daripada gambar yang diambil, memang anda akan lihat posisi beliau kelihatan ‘segak’ dan ‘kemas’ berbanding orang di sekelilingnya, kata anak Perlis ini.
Malah Harry Salzman berkata, cara Clinton memegang folder perjanjian sambil bersalaman juga dititikberatkan bagi menunjukkan penghargaan dan mencerminkan ia urusan yang penting.”
Harry Salzman juga berkata, beliau sempat melihat bagaimana pegawai negara itu menitikberatkan kedudukan bendera yang diletakkan di sebelah pemimpin itu agar kelihatan ‘segar’ dan ‘bermaya’.
“Sebatang penyangkut baju diletakkan dalam gulungan bendera itu agar kelihatan lebih rapi.
“Selain itu, buku lawatan dan folder perjanjian yang bakal ditandatangani Clinton juga ditanda lebih awal agar mudah pemimpin itu untuk menurunkan tandatangannya,” katanya.
Malah mereka tidak menggalakkan kehadiran ‘dayang-dayang’ untuk menunjukkan bahagian mana yang perlu ditandatangani ketika majlis berlangsung,” katanya.
Warna tirai baldu juga ditetapkan sebagai biru gelap, digunakan di belakang upacara menandatangani perjanjian dan dibiarkan kosong tanpa sebarang latar belakang yang ditulis berkaitan majlis berkenaan.
Mereka mengatakan mereka tidak mahu menggunakan tirai berwarna terang atau berkilat supaya penataan cahaya lebih baik untuk kamera.
“Cuba kita fikirkan mengapa mereka perlu memikirkan tentang semua ini untuk pemimpin mereka,” katanya.
Harry Salzman berkata beliau teruja mengambil gambar setiausaha negara itu yang dilihat pandai membuat ‘gerakan’ yang disukai jurugambar. – Bernama.