Tentang perkataan,…

Sahabat atau kawan, ini merupakan dua perkataan yang berbeda, sebaliknya membawa maksud atau matlamat yang hampir sama.

Mengikut pemahaman biasa, sahabat adalah individu yang rapat dengan kita baik dimasa kita senang atau susah. Mereka ini yang senantiasa mendampingi kita.

Manakala kawan adalah yang sangat mudah dicari, tetapi kawan masih belum mampu berada bersama kita semasa kita susah, bagaimanapun kawan boleh menjadi sabahat dalam masa yang panjang.

Mengikut Kamus Dewan:

1. Sabahat = Teman (tapi tidak mesra)
2. Kawan = Kawan-kawan

MFZA: Maka hargailah persahabatan itu, jangan anggap apa yang dilakukan demi persahabatan itu akan menjadi mimpi indah kerana risiko bersahabat.
🙂

Aku rasakan,.. aku terlalu penat

Kerja aku sebagai penulis berita

Minggu ini kehidupan aku dirasakan sedikit sibuk dengan pelbagai urusan.
TApi yang paling bestnya aku menikmati cuti yang sangat panjang iaitu dari 7 Disember hingga 28 Disember.

1. Mulanya bercuti aku ke Skudai bagi meraikan majlis pertunangan dzofeer dan wardah.

2. KEmudiannya selang beberapa hari (jumaat) aku pula ke Seremban bagi mengambil atuk yang berada dirumah kak shidah (sepupu sulung keluarga emak).
Seharian di Seremban aku sempat bertemu dengan seorang sahabat lama yang juga senior aku di sekolah teknik kangar. Alhamdulillah perbualan hampir dua jam membuatkan aku mengorak langkah baru.

3. Nak dijadikan cerita, Sabtu pula aku bertemu Dzofeer dan Wardah untuk mengisi satu survey yang dilakukan di Spektrum Ampang oleh Mus.
Seharian aku bersama seorang lagi sahabat aku sehingga malam kami mencari sesuatu di Midvalley. Selesai juga dan aku menghantarnya pulang ke rumah di Cheras.

4. Ahad pula, aku dan keluarga maksu dan paksu berkelah di rumah abng. Kami bawa juga mak cik dan atuk, tumbanglah daging kambing dan kepak ayam. Pergh, memang menarik kalbulah dikatakannya. Sebelah malam kami pergi UpTown Danau Kota hiangga jam 4 pagi. Aduss,..

5. Isnin, aku diminta mengaturkan satu jamuan tengah hari antara MT UMNO, Datuk Azeez Rahim dan Bos Sinar Harian oleh Wan, juga best friends aku. Tumbang lagi kepala ikan dua ekor yang disajikan. Melekat bau sampai malam tak hilang. Sehingga blog ini ditulis kepala aku agak berat kerana tidak cukup tidur.

6. Selasa, jadual aku masih sibuk, aku kena bangun pagi hantar tok ke stesen bus. Walaupun bus jam 9, aku terpaksa keluar rumah jam 7 pagi kerana avoid stuck. Selepas itu aku nak g pulak SOGO atau JUSCO sebelum mengorak langkah ke UPM. Dalam perjalanan itu, aku perlu singgah ke Sapura Building bagi bertemu dengan mak angkat. Difahamkan dia selalu mengeluh kerana aku telah terlalu lama tidak ke kedainya. Maka kena menjenguk sikit.

7. Rabu, aku akan membawa maksu ke puncak bukit di negeri Pahang. Ini bertujuan bagi meraikan Along yang tamat peperiksaan SPM. Puas memujuk abg untuk join, malangnya dia kena kerja. Sekali lagi kena bangun awal.

8. Khamis, mahu atau tidak aku kena balik kampung, abah dah bising cuti lama masih belum balik kampung, kawasan rumah telah dipenuhi rumput. Abah dah tak boleh melakukan kerja-kerja berat kerana sakitnya baru baru ini. Selepas sepuluh hari aku cuti, baru lah boleh balik kampung nampaknya. Banyak tugasan sedang menanti..

MFZA: Wah sibuknya aku mengalahkan Pak Menteri.

Rombongan Meminang ke Skudai

Dalam banyak-banyak bunga, sekuntum telah menjadi pilihan kalbu..

Cuti awal muharam ari tu aku berkejaran ke Skudai Johor bagi menghadiri majlis pertunangan kawan terlalu baik kami, Dzofeer dan Wardah. Kalau tak salah ini pertama kali aku mengikuti secara langsung dan dari mula hingga habis majlis ikatan rasmi menyunting bunga dari semuah taman yang suci.
Ini bukan bermakna aku tidak pernah ke mana-mana majlis pertunangan, sebaliknya sebelum ini aku banyak dibelakang tabir dan melepak dibawah rumah saja.
Rombongan kami sebanyak tujuh biji kereta sememangnya mengejutkan tuan rumah di Taman Sri Pulai, Skudai.
Aku pun terkejut, selalu tujuh biji nie adalah rombongan berkahwin tetapi ini BERTUNANG.
Nway, sambutannya amatlah memberangsangkan dengan santapan asam pedas johor dan pelbagai lagi. Memang rosak menu diet aku hari tu. (i_i).
Perjalanan sejauh 392km itu kami tempuhi dengan hanya tiga jam, tapi itu bukan cerita yang aku nak sampaikan.
Sebenarnya aku terharu dengan adat keluarganya iaitu berkenaan belanja hantaran dan mas kawin.
Jika sepanjang pengalaman aku, Kedah dan Perlis lah paling tinggi disebabkan banyak yang berlawan tentang itu!
PAling murah adalan Kelantan. Jadi pilihlah orang kelantan bagi lelai-lelaki bujang trang tang tang.
Berbalik kepada kisah Dzofeer dan Wardah, kedua-dua nilai ini adalah dirahsiakan dengan perkataan MENGIKUT KEADAAN SEMASA DAN TIDAK MENYUSAHKAN KEDUA-DUA PIHAK.
Wah bangga aku dengar tentang ini dan pertama kali berlaku depan mata aku, cuma ditetapkan tarikh perkahwinan dan tempoh masa hidup atau mati.
Tapi tunggulah tuannya sendiri mengutuskan walimatulurusnya ya.
Difahamkan aku, mas kawin bagi negeri Johor adalah RM20++ (lebih kurang, tak ada data pasti).
So pihak pengantin, (bakal pengantin) hendaklah berbincang sesama sendiri.

MFZA: Dzofeer dah selamat, tunggu Mus dan Jan plak lah.. Selamat Bertunang Dzofeer dan Wardah, moga kekal hingga akhir hayat.

Sejarah membuktikan?

Sampai bilakah harus dipertahankan...

Resolusi Konvensyen MCA Selangor pada 2 November 1986 membuat satu penafian terhadap hak dan keistimewaan orang-orang Melayu ianya berbunyi “Based on historical facts, Malaysia’s three major races are orginated from other countries. Therefore, none of them should brand the other as immigrants and claim themselves as natives “. Marah dengan itu, Pemuda UMNO mengadakan demonstrasi pada 11 November 1986 di PWTC , yang mendesak supaya Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai dipecat daripada Kabinet dan kedudukan MCA dalam Barisan Nasional dikaji semula. Perbuatan Pemuda UMNO dipertikai Pemuda MCA dengan menghantar telegram kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohmad menyifatkan desakan Pemuda UMNO itu sebagai “luar batasan dan keterlaluan”, telegram itu seterusnya menyatakan “Pemuda UMNO merupakan satu pergerakan yang kurang ajar. – Sejarah telah berlaku.

MFZA: Mampukah kita terus bersama, jangan hipokrit.

Aku, aku dan aku,…

Sedar tak sedar dah hampir sebulan aku tak update blog ini, entah apa yang sibuk aku pun tak pasti. Tetapi inilah yang berlaku kepada aku.
Malam yang dingin menanti masa tido ini aku pun membelek dan mencari idea apa yang nak aku tulis.
Maka aku pun terfikirlah beberapa perkara yang bermain difikiran, sebelum terlupa baik aku tulis ja.

1. Jangan sesekali kita menantikan balasan apa kebaikan yang telah kita lakukan, cuma ingat rezeki ALLAH itu sangat luas. Yang penting jangan belakangkan mak dan ayah dalam semua perkara.

2. Agak beremosi, kenapa ya. Mungkin aku ada prinsip yang aku tidak suka dengan situasi yang bertentangan dengan apa yang aku pegang. Jadi dari aku peningkan kepala melayan percanggahan itu, lebih baik aku buat benda yang aku suka.

3. Kawan, Sahabat dan Teman. Aku rasa ini akan berakhir dengan hati, lakukan dengan kata hati. Jangan sesekali menuntut apa yang kita akan diperoleh dari persahabatan.

4. Berkata benar walaupun pahit, ini yang susah aku nak lakukannya. Mungkin juga perlu bila tiba masanya.

Cukuplah dulu apa yang aku tulis malam ini, aku pun dah pening nie,….

MFZA: memang suka tido lewat malam.