Sayalah yang paling gembira jika,…

Siti Hurhaliza yang dikatakan diminatinya walaupun tak minat artis.

Lepas lunch tadi, wah tiba-tiba cakap omputeh aku dok lah berchat dengan seorang sahabat lama. Dia lebih berusia setahun daripada aku, bagaimanapun hubungan baik amat sekali.

Tahun terakhir pengajian saya kami mengenali antara satu sama lain, dia banyak membantu saya. Alhamdulillah.

Begitu juga selepas pengajian, beliau masih berbaki satu tahun. Sejak daripada itu, kami langsung tidak pernah berhubung melalui pangilan suara melainkan sms.

Pendekkan cerita, dua tahun selepas itu, Alhamdulillah, dia ada menghubungi aku dan berkata akan menghantar kad jemputan perkahwinannya. Amat malang sekali aku tidak dapat memenuhi perminttaannya untuk menyaksikan hari paling bahagia buatnya.

Aku mintak banyak-banyak ya.

Tadi aku ada berchat dengannya, dan dia melahirkan ungkapan “Awk nak cari isteri bukan senang, awk perlu berhati hati dan mungkin berhati-hati sangat kot, kalo awak kawen kan saya la org yang paling suke tau”

Aduh, boleh menitik air mata beb, penghargaan yang dia berikan itu. Kenangan biarlah menjadi kenangan.

MFZA: moga awak berbahagi dengan pasangan pilihan hati awak.

Elis Mokhtar dan Ferris

Ku Bawa Hati Ini

Tiga minggu sebelum pelancaran Novel Kubawa Hati Ini dilancarkan, aku telah mendapat sms dari Elis Mokhtar yang juga penulis nya mengatakan beliau akan melancarkan buku bagi mengumpul dana program “Bring Back Ferris” yang dilarikan bapanya dua tahun dahulu.

Puas si ibu ini turun naik mahkamah membawa hati mencari keadilan terhadap anaknya yang dilarikan suami, Frank. Sepanjang turun naik si ibu terpaksa melepaskan jawatannya sebagai pensyarah Limkokwing University.

Walaupun Elis menang kes bagi hak pengjagaannya, bayang-bayang Ferris Mokhtar van de Ven langsung tidak kelihatan kerana si genit berkenaan telah dilarikan sang bapa ke Belanda.

Ketika menulis entry ini, aku sedang berhempas menghabiskan novel Elis dalam sejam aku baca baru ms30, huh tidak sukannya aku membaca novel.

Sebenarnya aku nak ceritakan; aku dan Elis. Aku pernah beberapa kali dimarah Elis kerana dikatakan melakukan penulisan tidak bertanggung jawab berkenaan kisahnya, namun sebagai wartawan aku tidak dapat menepis keadaan ini, sedangkan cuba melakukan laporan yang tidak berat sebelah. Sesuai dengan Sinar Harian telus dan tulus.

Namun, hubungan kami melalui hp dan sms telah menjernihkan keadaan ini. Kesian si ibu malang ini. Aku langsung tidak pernah berdendam, melainkan berkata inilah cabaran kami para wartawan. Mungkin ketika itu dia terlalu emosi.

Kisah beliau mendapat liputan meluas pelbagai media di negara, tidak terkecuali Biro Adua Komuniti Pemuda UMNO juga memainkan peranannya. Namun semuanya menemui jalan buntu.

Usaha Pengerusinya, Datuk Muhd Khairun Aseh menghubungi Frank dibalas dengan cacian dan kejian. Namun Elis langsung tidak melatah dan berterusan berusaha menyelamatkan anak tunggal mereka itu.

Ketika sidang Akhbar di Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO.

Sehingga kini, difahamkan Frank masih belum melepaskan Elis sebagai isterinya juga tidak memberikan nafkah baik zahir mahupun batin.

Namun Elis patut bersyukur, pejuangangnya tidak bersendirian, jutaan rakyat Malaysia bersamanya, tidak kira media mahupun blog baca ini, sokongang berterusan diberikannya.

Sepanjang tempoh ini juga, pelbagai tuduhan dilemparkan oleh masyarakat dan Frank juga tidak henti-henti memburukkanya dilaman cyeber. Dalam masa sama beliau juga mendapatkan bantuan pelbagai pihak termasuklah Istana Selangor di sini.

MFZA: Akak, seluruh rakyat Malaysia mendoakan pertemuan dua beranak ini. Teringat kisah Lepak Pelukis yang anaknya dilarikan Jane ke Australia.

Masanya telah tiba…

Tertarik dengan petikan hadis ini.

“Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan,” hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Aku merasakan masanya telah tiba untuk melupakan segala-galanya. Bukan untuk sementara, tetapi selamanya.
Sekian, Terima Kasih.
-palie

Selamat Hari Lahir Abang.

Aku hanya ada seorang abang, iaitu Mohd Rizal Zainul Abidin aka jan. Mungkin ada nama lain, tapi biarlahrahsia  itu atas urusan Seri Paduka Baginda dan Negara.

Hari ini, genaplah beliau berusia 30 tahun, iaitu dilahirkan emak pada 18 Januari 1981.

my beloved bro,..

Aku hanya ada abah, emak abang dan adik sahaja. Kini abang berada di Sungai Buloh dan aku di Shah Alam, walaupun usia aku begini abang masih mengambil berat terhad aku. Ini yang membuatkan aku amat sayangkan abang.

Abah selalu berpesan,. “hampa ada tiga beradik ja, jadi buat lah elok-elok, kita tak ada apa harta melainkan adik beradik”. Inilah yang aku pegang selama ini.

Teringat aku, semasa belajar di UPM abanglah tempat aku bergantung untuk membeli kelengkapan komputer, cakap saja pagi petang abang akan bank in. Risau aku jika tidak dapat membalas jasa abang terhadap aku selama ini. Dalam keadaan ini, adik selalu menjadi mangsa sebagai orang tengah untuk aku mintak duit.

Bukan duit sahaja, setiap hujung sem, pasti aku akan pinjam kereta abang. Begitulah juga dimasa sekarang. Abang langsung tidak pernah mengeluh. Sanggup berhujan dan naik moto krissnya untuk ketempat kerja demi memberikan aku menggunakan kereta.

Dua kereta abang, aku juga menyebabkan kecederaan (bahasa baik sikit), dulu kereta wira aku bawa orang langgar, pastu kereta waja, aku bawa ke opis, entah skru mana dari atas bumbung jatuh, retak cermin depan, abang juga repair tanpa meminta duit aku. Abang-abang…

Abang memang jenis yang pendiam, jangan sampai dia bersuara, sebab itu aku terlalu menghormati abang.

Hari ini genaplah usia abang ke 30 tahun, moga kehidupan kita sekeluarga terus dilimpahi rahmat dan diberkati,
INSYAALLAH,..

Datuk Abdullah Hussain dan aku

 Baru-baru ini aku berkesempatan interview sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain di kediamannya, Petaling Jaya.   Pertama kali sampai, sedih, terharu dan kerdil apabila berada di depan seorang sasterawan negara berusia 91 tahun yang berkerusi roda. Aku rasakan inilah pertama kali aku berdepan dengan orang yang berusia demikian.  Berikutan kontroversi Interlok, aku diarahkan bos mendapatkan beliau. Air mata sapa tak mengalir beb melihat seorang yang dipanggil atuk berketurunan melayu dicerca pelbagai oleh mereka yang tidak puas hati dengan perkataan PARIA, sedangkan beliau bercerita tentang sejarah kedatangan INDIA ke Malaysia pada 1910 dulu.  Sudah 45 tahun beliau menulis buku berkenaan, apabila dijadikan teks KOMSAS, isu berkenaan dimainkan. Kenapa tidak dulu kala.  Aku hanya interview dia melalui penulisan, makna kata aku tulis soalan dia jawab juga bertulis. Ini kerana beliau tidak mampu bercakap dan mendengar dengan baik.   Kitaka ditanya pebagai persoalan antaranya berkenaan kontroversi ini, beliau berkata saya menulis bagi orang berfikir bukan untuk menyakiti.   Apabila perkara ini berlaku, isteri dan anak-anaknya mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan Abdullah beradda diluar rumah kerana khuatiri akan diserang mereka yang tidak bertanggung jawab.  Dalam interview selama sejam itu, aku berterima kasih kepada isterinya Datin Siti Saroja Basri kerana banyak membantu kami. Baru-baru ini aku berkesempatan interview sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain di kediamannya, Petaling Jaya.

Pertama kali sampai, sedih, terharu dan kerdil apabila berada di depan seorang sasterawan negara berusia 91 tahun yang berkerusi roda. Aku rasakan inilah pertama kali aku berdepan dengan orang yang berusia demikian.

Berikutan kontroversi Interlok, aku diarahkan bos mendapatkan beliau. Air mata sapa tak mengalir beb melihat seorang yang dipanggil atuk berketurunan melayu dicerca pelbagai oleh mereka yang tidak puas hati dengan perkataan PARIA, sedangkan beliau bercerita tentang sejarah kedatangan INDIA ke Malaysia pada 1910 dulu.

Sudah 45 tahun beliau menulis buku berkenaan, apabila dijadikan teks KOMSAS, isu berkenaan dimainkan. Kenapa tidak dulu kala.

Aku hanya interview dia melalui penulisan, makna kata aku tulis soalan dia jawab juga bertulis. Ini kerana beliau tidak mampu bercakap dan mendengar dengan baik.

Kitaka ditanya pebagai persoalan antaranya berkenaan kontroversi ini, beliau berkata saya menulis bagi orang berfikir bukan untuk menyakiti.

Beliau ketika menjawab soalan aku.

Apabila perkara ini berlaku, isteri dan anak-anaknya mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan Abdullah beradda diluar rumah kerana khuatiri akan diserang mereka yang tidak bertanggung jawab.

Dalam interview selama sejam itu, aku berterima kasih kepada isterinya Datin Siti Saroja Basri kerana banyak membantu kami.

Selamat Maju Jaya, Cayork-cayork.

Namanya Wan Nor Rosida Wan Hamad aka Kak Nor


Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Kak Nor yang dinaikkan pangkat daripada Ketua Meja Jenayah/Mahkamah SH kepada Penolong Editor SH Edisi Pahang.
Bermula saat posting ini, kira-kira 18 jam lagi beliau akan menduduki kerusi berkenaan.
Jika hari ini dia masuk kerja jam 10 pagi tetapi bermula esok masa kerjanya juga berubah iaitu jam 2 petang hingga 11 malam. Pendek kata jadi burung hantulah nampaknya.
Aku tumpang berbangga dengan kejayaan dia hari ini, Alhamdulillah.
Lepas ini kami yang kat News Room akan kerinduanlah akan suara pekikannya tiada dari satu sudut opis.
Tiada lagi suara memanggil tiha, niza, wan dan norman.
Kak Nor sebenarnya sudah hampir 10 tahun bekerja dengan Kumpulan Media Karangkraf yang bermula sebagai wartawan Majalah bercorak Agama sebelum bersama Sinar Harian.
Beliau dipinjamkan ke Sinar Harian Terengganu sebagai Wartawan Kanan dan kembali ke HQ Shah Alam.
Berkat kesabaran dan kesungguhan beliau, syarikat memberikan kepercayaan menjadi Ketua Meja Jenayah/Mahkamah.
Esok kerja keras beliau selama ini membuktikan beliau mampu menjawat jawatan Penolong Editor SH Edisi Pahang.

MFZA: Nway tahniah kepada Kak Nor, jangan lupa kirim salam pada adik ya. Kalau ada rezeki kita jadi adik beradik, hehee. Tunggu cerita seterusnya tentang kak nor lagi.

Ahli MCA bikin panas, mohon perlahankan azan.

Sebelum ini Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok cuba memaiknkan isu Azan di MASJID. Beliau yang kononnya mewakili penduduk mengatakan laungan azan amat kuat dan perlu diperlahankan.

Akibat tindakan berkenaan, beliau ditahan dan disiasat mengikut ISA.

Tidak habis di situ saja, seorang lagi peguam di Pantai Hill Park pula cuba mencetuskan perkara sama dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Sei Najib Tun Razak dan JAKIM. Untuk cerita lanjut klik sini