Air mata Izzah mengalir demi gitar

petikan-petikan terakhir

Walaupun berat melepaskan gitar yang berusia 13 tahun bersamanya, Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar terpaksa menjualkannya bagi mengisi dana pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi Cabang Lembah Pantai.
Gitar berkenaan merupakan hadiah bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendapat kejayaan lapan A bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1998.
Katanya, gitar berkenaan menyimpan pelbagai kenangan bersama beliau kerana ia merupakan segelintir hadiah yang diterima daripada Anwar.
“Beliau jarang memberikan kami sesuatu, selain botol syampu daripada hotel beliau menginap sepanjang berkhidmat dengan kerajaan dulu. Ia amat bermakna bagi saya,” katanya dalam majlis kutipan dana semalam.
Gitar berkenaan dilelong dengan bidaan bermula RM1,000 sebelum dibeli dengan harga RM13,000 oleh pembida yang mahu identitinya dirahsiakan.
Sebelum itu, beliau menghiburkan hadirin dengan petikan lagu kumpulan rock alternatif Inggeris Radiohead buat kali terakhir.
Turut dilelong karikatur kartunis politik Zunar berharga RM2,000 topi milik penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin (RM1,000).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s