Selamat Hari Lahir Abang.

Aku hanya ada seorang abang, iaitu Mohd Rizal Zainul Abidin aka jan. Mungkin ada nama lain, tapi biarlahrahsia  itu atas urusan Seri Paduka Baginda dan Negara.

Hari ini, genaplah beliau berusia 30 tahun, iaitu dilahirkan emak pada 18 Januari 1981.

my beloved bro,..

Aku hanya ada abah, emak abang dan adik sahaja. Kini abang berada di Sungai Buloh dan aku di Shah Alam, walaupun usia aku begini abang masih mengambil berat terhad aku. Ini yang membuatkan aku amat sayangkan abang.

Abah selalu berpesan,. “hampa ada tiga beradik ja, jadi buat lah elok-elok, kita tak ada apa harta melainkan adik beradik”. Inilah yang aku pegang selama ini.

Teringat aku, semasa belajar di UPM abanglah tempat aku bergantung untuk membeli kelengkapan komputer, cakap saja pagi petang abang akan bank in. Risau aku jika tidak dapat membalas jasa abang terhadap aku selama ini. Dalam keadaan ini, adik selalu menjadi mangsa sebagai orang tengah untuk aku mintak duit.

Bukan duit sahaja, setiap hujung sem, pasti aku akan pinjam kereta abang. Begitulah juga dimasa sekarang. Abang langsung tidak pernah mengeluh. Sanggup berhujan dan naik moto krissnya untuk ketempat kerja demi memberikan aku menggunakan kereta.

Dua kereta abang, aku juga menyebabkan kecederaan (bahasa baik sikit), dulu kereta wira aku bawa orang langgar, pastu kereta waja, aku bawa ke opis, entah skru mana dari atas bumbung jatuh, retak cermin depan, abang juga repair tanpa meminta duit aku. Abang-abang…

Abang memang jenis yang pendiam, jangan sampai dia bersuara, sebab itu aku terlalu menghormati abang.

Hari ini genaplah usia abang ke 30 tahun, moga kehidupan kita sekeluarga terus dilimpahi rahmat dan diberkati,
INSYAALLAH,..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s