Ceritalah, semuanya tentang WARTAWAN

Aku rasa bagai setahun jagung dalam dunia yang aku pilih ini sedangkan sudah melangkah kepada tahun tahun ke empat. Punya sibuk, tahun pun hampir lupa ya. Apatahlah untuk bercinta, memang tak sempat kot, 😉
Sepanjang tempoh ini aku berterima kasih kepada pengurusan Sinar Harian kerana memberikan peluang aku memaksimumkan kesempatan yang diberikan.
Sebenarnya aku lebih suka mengikuti tugasan luar sebagaimana bencana alam, kekecohan dan investigate reporting, berbanding keluar negara membuat liputan seminar, ikut PM mahupun pak menteri dan kami masih belum sampai pada tahan itu.
Sepanjang itu, aku berpeluang membaut liputan demontrasi dan perbagai perhimpunan haram, kalau bab kemalangan jalan raya nie tak payah cakap lah, kerana aku bermula daripada meja jenayah. Tp aku paling tidak suka membuat liputan kematian akibat kemalangan, bukan kerana takut, tetapi akibat sedih kepada mangsa dan keluarganya. Ini bukan bermakna aku menolak ketentuan ILAHI.
Kalau jumpa mayat nie, memang tidak terkira lah.
Seingat aku, aku pernah cover (istilah wartawan membuat liputan) bencana alam di Bukit Antarabangsa yang menyebabkan aku menyambut raya haji pertama masa kerja dilokasi, Helikopter Nuri terhempas (hari kedua bekerja). Aku juga berpeluang meninjau kawasan pergelutan di Selatan Thailand antaranya Majid Kerisik. Ada lagi yang nak aku ceritakan, tapi mata mengantuk, tak larat nak type.
Jika di News desk, aku juga pernah cover perhimpunan agung UMNO dan pelbagai Menteri-menteri berkenaan.
Aku juga pernah wawancara beberapa individu di Malaysia, antaranya, Duta Malaysia ke US, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.

Datuk Seri Jamaluddin Jarjis

Dalam masa sama, aku pernah juga Interview Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau juga lebih dikenali sebagai ayah DAFI AF. 😉

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Parlimen

Aku juga berpeluang temuramah Ketua Pembangkang, semua orang kenai dia nie, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anaknya dan pemolitik muda, Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah Anwar, di pejabatnya

Asyik orang politik ja, aku juga pernah interview seorang saudagar ladang sawit dari Indonesia, bapak Chairul Anhar. Katanya dia memiliki ladang sawit seluas 14 kali negara Singapura. MasyaAllah.

Chairul Anhar

Alhamdulillah, semuanya aku lepas, cuma dalam tempoh itu paling mencabar adalah interview tokei atau majikan aku, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Datuk Hussamuddin Yaacub bersama Penasihat Editorial Kumpulan, Abd Jalil Ali

Advertisements

Jangan cakap lagi tentang itu,…

CUKUPLAH SEKALI, aku rasa sudah tidak terdaya untuk menghadapinya. Berdendam juga tidak berguna kerana aku juga yang memilih laluan itu.
Cuma kadang-kala apa yang dilakukan itu juga hendaklah diselesaikan juga, barulah puas, hahaaa..
Cuma, alhamdulillah aku masih punya teman untuk dikongsikan pengalaman ini.
Dzofeer dan Mus tidak henti-henti mengatakan sudah dan jangan sia-siakan. Tetapi aku dengan pendirian aku, AKU TAHU APA YANG AKU BUAT.
Aku selalu katakan aku buat benda yang aku suka.
😉
Aku rasakan, masih punya ruang untuk habiskan impian itu, kerana setiap kita mempunyai impian tersendiri.
Adakah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA?

MFZA: rasa dah lama tak berkelah untuk tenangkan fikiran, tapi aku sukakan hutan dan sungai, bukannya pantai.

Pantun Kawin

Bauhulu kuih traditional
Mangkuk timah penuh sarat
Kalau dahulu tidak kenal
Sekarang beramah semakin erat

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Tunduk segala rakyat jelata
Memberi takzim raja gahari
Raja rupawan di atas takta
Duduk memerintah barang sehari

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan

Ayam dara di buat gulai
Bungkus bekalan letak di bucu
Riang gembira kedua mempelai
Semoga berkekalan keanak cucu

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Sianak dara memakai lokek
Lokek tersangkut dihujung julai
Untuk majlis membelah kek
Jemput bangun kedua mempelai

Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong

Bunga Melati dihujung dahan
Disunting dara dengan cermat
Suami isteri berkasih-kasihan
Seperti nabi kasihkan umat

Ikan todak si ikan pari
Ikan linang di dalam peti
Adapun adat bersuami isteri
Senang dan susah sampai kemati

Kelebihan Nabi Muhammad.

Dari Jabir katanya: Berkata Rasulullah yang ertinya:

Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelum ku diberikan:
1. Aku ditolong dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
2. Diuntukkan bagiku bumi ini ,dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci .Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang,hendaklan tampil sembahyang.
3. Dihalalkan harta rampasan perang bagiku dan tidak halal bagi seorang pun sebelum ku.
4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja,tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.

RASUL-RASUL PENJAGA LANGIT

Lapisan 1: Nabi Adam
Lapisan 2: Nabi isa dan Yahya
Lapisan 3: Nabi Yusuf
Lapisan 4: Nabi Idris
Lapisan 5: Nabi Harun
Lapisan 6: Nabi Musa
Lapisan 7: Nabi Ibrahim.

WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
>1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
>2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
>3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
>1) Jujur dalam berkata-kata.
>2) Menjauhi segala yg haram.
>3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
>1) Merahasiakan ibadahnya.
>2) Merahasiakan sedekahnya.
>3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
>1) Takut berlaku dusta dan keji.
>2) Menjauhi kejahatan.
>3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi itu ada 3 tanda2 AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
>1) Mengawasi dirinya.
>2) Menghisab dirinya.
>3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Abang, aku dan adik…

puncak kejayaan buat masa ini lah,..


Aku hanya ada tiga beradik sahaja, seorang abang dan seorang lagi adik perempuan. Tak ramai.
Apapun keputusan yang aku lakukan dalam kekhidupan aku hendaklah mengambil kira kepuasan dan nasihat mereka.
Ini dilakukan selepas berbincang dengan Emak dan Abah. Namun aku rasakan seolah-olah ada suatu yang tidak kena dan bakal berlaku.
Cukuplah, aku sudah tidak mampu menggambarkan muka abah dan emak suka dan duka.
……

MFZA: still blur..