Ceritalah, semuanya tentang WARTAWAN

Aku rasa bagai setahun jagung dalam dunia yang aku pilih ini sedangkan sudah melangkah kepada tahun tahun ke empat. Punya sibuk, tahun pun hampir lupa ya. Apatahlah untuk bercinta, memang tak sempat kot, 😉
Sepanjang tempoh ini aku berterima kasih kepada pengurusan Sinar Harian kerana memberikan peluang aku memaksimumkan kesempatan yang diberikan.
Sebenarnya aku lebih suka mengikuti tugasan luar sebagaimana bencana alam, kekecohan dan investigate reporting, berbanding keluar negara membuat liputan seminar, ikut PM mahupun pak menteri dan kami masih belum sampai pada tahan itu.
Sepanjang itu, aku berpeluang membaut liputan demontrasi dan perbagai perhimpunan haram, kalau bab kemalangan jalan raya nie tak payah cakap lah, kerana aku bermula daripada meja jenayah. Tp aku paling tidak suka membuat liputan kematian akibat kemalangan, bukan kerana takut, tetapi akibat sedih kepada mangsa dan keluarganya. Ini bukan bermakna aku menolak ketentuan ILAHI.
Kalau jumpa mayat nie, memang tidak terkira lah.
Seingat aku, aku pernah cover (istilah wartawan membuat liputan) bencana alam di Bukit Antarabangsa yang menyebabkan aku menyambut raya haji pertama masa kerja dilokasi, Helikopter Nuri terhempas (hari kedua bekerja). Aku juga berpeluang meninjau kawasan pergelutan di Selatan Thailand antaranya Majid Kerisik. Ada lagi yang nak aku ceritakan, tapi mata mengantuk, tak larat nak type.
Jika di News desk, aku juga pernah cover perhimpunan agung UMNO dan pelbagai Menteri-menteri berkenaan.
Aku juga pernah wawancara beberapa individu di Malaysia, antaranya, Duta Malaysia ke US, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.

Datuk Seri Jamaluddin Jarjis

Dalam masa sama, aku pernah juga Interview Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau juga lebih dikenali sebagai ayah DAFI AF. 😉

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Parlimen

Aku juga berpeluang temuramah Ketua Pembangkang, semua orang kenai dia nie, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anaknya dan pemolitik muda, Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah Anwar, di pejabatnya

Asyik orang politik ja, aku juga pernah interview seorang saudagar ladang sawit dari Indonesia, bapak Chairul Anhar. Katanya dia memiliki ladang sawit seluas 14 kali negara Singapura. MasyaAllah.

Chairul Anhar

Alhamdulillah, semuanya aku lepas, cuma dalam tempoh itu paling mencabar adalah interview tokei atau majikan aku, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Datuk Hussamuddin Yaacub bersama Penasihat Editorial Kumpulan, Abd Jalil Ali

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s