Datuk T

Semenjak kisah salah laku seks Anwar Ibrahim dipertontonkan, aku mendapat panggilan telefon yang amat banyak. Berbuih nak menjawab persoalan yang sama.
Aku pun tak tau siapa dia datuk t sebenarnya dan bagaimana rupa salah laku seks itu.
Ada banyak teori:
1. Dilakukan kerajaan kerana Pilihan Raya Sarawak
2. Sengaja dilakukan Anwar kerana cuba mengalihkan pandangan rakyat kepada isu DNA
3. Ada pihak tidak puas hati dengannya
Pelik, Anwar begitu cepat menafikan penglibatannya dalam skandal itu dengan mengatakan orang dalam video itu bukan beliau kerana laporan mengatakan individu itu lebih buncit.
Tetapi siapa pula datuk T itu. Aku rasa ada satu tempat boleh jawab siapa DATUK T

Ina, Selamat Pengantin Baru.

KAMI... Persahabatan kami bermula sejak berusia tujuh tahun. Dari kiri, Mustaffa Kamal, Ina, Dzofeer dan Aku di belakang.

KAMI telah berkawan sejak berusia tujuh tahun lagi, ketika itu masing-masing ketika memasuki persekolahan darjah satu di Sekolah Kebangsaan Padang Besar (U) Perlis tahun 1991.

Pernah juga kami mewakili sekolah dalam acara sukan bersama.

Dalam tempoh itu, tidak banyak pergaulan, melainkan hanya tahu nama antara satu sama lain, maklumlah semuanya pemalu. Hinggalah bulan April 1997, Ruzliena (pengantin) telah mengikuti keluarga berpindah ke Kuala Lumpur.

Sejak itulah, kami terputus hubungan dengan Ruzliena yang mesra dipanggil Ina. Ditakdirkan menjadi rezeki, ketika itu aku berada di UPM dan Ina pula di Politeknik Pulau Pinang, kami bertemu sekali lagi di Friendster.

Kebetulan aku menjadi friends kepada member Sekolah Menengah Teknik Kangar, Hidayah menemukan aku dan Ina kembali. Daripada itulah, kami menyambung semula persahabatan yang telah lama terputus selepas lapan tahun.

Awek-awek yang hadir, bagaimanapun kiri sekali adalah emak orang, jangan kacau daaa,..

Sembang punya sembang, Ina cakap di tinggal di Putrajaya. Kesempatan ini, Ina sering menjemput Aku dan Dzofeer ke rumahnya, terutamanya ada Open House. Kami ketika itu masih pelajar tidak melepaskan peluang makan percuma. 😉

Kini, 2011 dah hampir 15 tahun kami berkawan. Ina pun mengakhiri zaman bujangnya bersama teruna pilihan, dikenali Budi yang berasal dari Sabak Bernam minggu lalu.

Majlis resepsinya sebelah perempuan di Putrajaya aku tidak berkesempatan pergi, cuma meluangkan masa di Sabak Bernam, wah makan-makan ala jawa. MENARIK.

Dengan berakhirnya majlis semalam, aku mendoakan agar Ina bahagia hingga akhirat. InsyaAllah..

MFZA: Tumpang bangga kawan-kawan kawin.

Nurul Izzah Anwar dan aku

Minum time, with Nurul Izzah AnwarSemalam, aku berpeluang ke Parlimen, walaupun dalam setahun, kurang 10 kali aku mengikuti Persidangan Dewan Rakyat. Jika berkesempatan aku akan ke sana bagi membuat special project seperti interview atau berjumpa dengan seseorang yang aku rasa nak jumpa.

Tetapi sehingga hari ini aku tidaklah sampai jadikan Parlimen ini sebagai tempat aku melepak, sebab etika pemakaiannya agak ketat dan hendaklah kemas.

Aku tidak berhasrat menulis lebih panjang berkenaan Parlimen kali ini, melainkan pembaca blog aku ini membaca sendiri Pengajian Am Tingkatan Enam dan Sejarah Melaysia. Jadi tahulah apa fungsi Parlimen.

Sekiranya aku di Parlimen, aku akan menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk mancari contact, almaklumlah dunia aku memerlukan berbuat demikian.

Secara kebetulan tadi aku terserempak dengan kenalan lama iaitu, Datuk Zulkifli (bekas CEO KL Tower). Kami pun bertukarlah kad masing-masing.

Yang keduanya aku berkesempatan minum pagi bersama seorang ahli parlimen yang paling cantik pernah aku jumpa dan kenal dalam Parlimen Malaysia.

Ahli Parlimen yang aku maksudkan adalah dari Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Selepas berapa lama tidak berjumpa, tadi beliau mengajak aku pekena teh tarik di Lobi Ahli Parlimen. Perghhhh…. Bangga seh, dapat breakfast dengan Izzah.

Dalam pada itu, aku sempat juga menjeling diluar, wah ghupanya ramai yang dok menjeling pada aku kerana minum dengan Izzah. Bukan dikalangan media saja, ini hinggakan bodyguard Menteri dan Timbalan Menteri pun tumpang sama jeling.

“Hang mau tukar parti ka Palie,” kata seorang bodyguard menteri yang aku jumpa selepas itu.

-palie

Tol oh Tol

tol pertamaPagi tadi aku berkesempatan meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan Fairuz dan Diana di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Cantik nama tempat tu, tapi tak jumpa pulak RAJA yang dimaksudkan, melainkan RAJA SEHARI ja.

Cuma dalam perjalanan itu jumpa beberapa parit.

Perjalanan dari Shah Alam ke Batu Pahat lebih kurang 2 jam, 30 minit ja dengan kelajuan sederhana.

Aku suka, dalam perjalanan bersama wan dan nazrol, aku hanya menjadi boss besar di belakang.

Wan drive pergi dan balik.

Mulanya aku ingatkan perjalanan kami saja perlu melalui tol, ye lah, memang sepatutnya kena tol sebab kami menggunakan service. PLUS, tetapi uniknya, rombongan pengantin lelaki yang hanya berjalan kaki terpaksa menempuh perkara sama.

Bukan sekali tetapi sampai dua kali.

Kali pertama rombongan telah dihalang sekumpulan lelaki yang mukanya yang agak ganas dibawah pintu gerbang yang dibuat khas laluan penganti. Terus teringat aku kepada filem P Ramlee dalam watak Samseng Kampung Dusun – Sarip Dol.

sampai pelamin pun kena tol lagiSelepas ufti dengan kadar tertentu, baru lah dilepaskan memasuki kawasan pengantin perempuan. Malangnya, sekali lagi dihalang menemui isterinya yang sedang menanti di atas pelamin.

Sekali lagi rombongan dikehendaki membayar Tol. Hampir lima minit berunding dengan menggunakan alasan datang jauh dari Sarawak, akhirnya pengantin diberikan ruang untuk menaiki jinjang pelamin.

Pasangan merpati dua sejoli itu apa lagi, bersanding pun lah.

Paling menyentuh perasaan apabila ibu kepada pengantin lelaki menghadiahkan seutas rantai tangan kepada menantu barunya itu diatas pelamin.

Aku hampir menitiskan air mata melihat situasi itu, begitu juga pengantin lelaki dan pengantin wanita.

Walaupun nak masuk dalam kampung tu agak jauh, namun kami enjoy dengan layanan dan makanan yang sedap, cuma nak tambah ja malu sikit, jadi mabik siap-siap bagi banyak.

Lepas kira-kira 30 minit pengantin naik pelamin, apa lagi kami pun serbulah.


Moga majlis perkahwinan ini kekal hingga akhir, aku mendoakan agar mereka berbahagia selalu, insyaallah..

Serbu,…..


MFZA: lepas nie sapa pulak ya nak mengakhiri zaman bujangnya.

Takziah

Takziah,
Dua hari lepas aku mendapat sms dari Nurul Hana berkenaan kembalinya opah dia ke Rahmatullah.
“Opah baru meninggal” sms berkenaan berbunyi.
Aku dimaklumkan opahnya lebih seminggu menerima rawatan di hopital akibat komplikasi hati.
Moga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.

Moga kekal hingga akhir hayat

Selamat Pengantin Baru buat wadi dan dayah.
Mintak maaf tak dapat hadir majlis korang ya, apa pun aku mendoakan korang berbahagia hingga akhir hayat.
Sementara menanti main futsal, aku dok membelek hard disk external aku, rupanya aku pernah bergambar dengan wadi dan dayah.
Jadi aku mengambil kesempatan post entry kepada mereka disini.

Dayah yang kini menjadi isteri wadi yang sah, gambar nie kalau tak salah wadi snap.Aku dan dayah, kalau tak salah wadi yang snap gambar ini

wadi jejaka pilihan dayahInilah wadi, jejaka pilihan dayah

Terima Kasih Persahabatan

Entry kali ini aku berhasrat memberikan penghargaan kepada beberapa mereka yang dikira rapat dan sangat baik kepada aku. Terima kasih kepada persahabatan yang dibina selama ini, kadangkala seperti adik beradiik.
https://www.youtube.com/watch?v=1ALaF9GALHI
Ini kawan baik aku yang pertama, nama dia dzofeer, kami dah kawan dari kecik hingga besaq la nie.
Aku menulis ini bukan mengikut kelas mahupun heraki, sebaliknya hanyalah mengikut firasat yang teringat diawal-awal pagi.
Dzofeer yang aku sebut ini, dalam masa menghabiskan saki baki kehidupan sebagai seorang bujang, InsyaAllah bulan Mei nanti.
Seterunya aku nak bercerita tentang Mustaffa Kamal, kami berkawan terlalu lama. Sejak lima tahun sampai tua la nie. Depa berdua sebenarnya dari Padang Besar, sekampung dengan aku. Nak dijadikan rezeki, kami bertiga mai dok KL skali. Cuma rumah dan bidang saja berbeza.
Aku ada juga kawan namanya Jan. Kesian dia malang menimpanya, ketika dalam perjalanan menghantar awek dia ke tempat kerja, mereka ditimpa kemalangan menyebabkan kaki kedua-dua mereka patah. Akibat itu, Jan sampai sekarang menderita. Aku bangga dengan depa tiga ini, sungguhpun masing-masing dengan urusan sendiri pelbagai, semangat persahatan itu langsung tidak pernah dilupakan. Mereka ini juga tempat aku berkongsi suka dan duka.

Kawan Perempuan.
Aku tidak banyak sangat kawan perempuan kerana aku ini agak pemalu dikalangan wanita. Mungkin sebab aku nie tak hensem dan gemuk sikit kot, sebab itu aku merendah diri.

Malangnya siapa yang kawan dengan aku kan. 😉
Seingat aku, masa seolah hingga kini aku pernah menjadi kawan baik kepada Atiqah yang dikenali semasa di Sinar Harian. Aku juga punya Kak Nor. Dia nie kira mentor aku jugak lah. Sebab di Senior, jadi tempat aku merujuklah. Tak lupa juga aku ada Rini, yang selalu membantu aku menyelesaikan kerja seharian. Sebelum itu dulu, sebelum dia berhijrah, Kemalia.
Dalam penubuhan awal crime desk, aku punya Niza. Wah ramai jugak kawan perempuan ya.

Nak cerita juga di UPM, tetapi panjang pulak ya, Zaliza, Nurul dan ramai lagi.

Sebelum lupa, aku juga ada kawan yang bernama Nur Firdaus yang telah menamatkan zaman bujang beberapa tahun lalu dan Nurul Hana yang entah bila akan menghabiskan zaman bujangnya.

Kawan bukan sahaja di opis mahupun semasa belajar saja, sebaliknya perhubungan hendaklah diteruskan walau apa jua halangan, mereka adalah Wan Ichigo, Norman, Nazrol, Zailani blognya di sini dan Hasif.

MFZA: Semasa menuli ini aku sering teringat dengan dua cikgu dan boleh dikatakan kakak dan abang aku jugalah. Depa dua adalah, Kak Dini dan Abang Syahril. Boleh juga layari blognya di sini.