Terima Kasih Persahabatan

Entry kali ini aku berhasrat memberikan penghargaan kepada beberapa mereka yang dikira rapat dan sangat baik kepada aku. Terima kasih kepada persahabatan yang dibina selama ini, kadangkala seperti adik beradiik.
https://www.youtube.com/watch?v=1ALaF9GALHI
Ini kawan baik aku yang pertama, nama dia dzofeer, kami dah kawan dari kecik hingga besaq la nie.
Aku menulis ini bukan mengikut kelas mahupun heraki, sebaliknya hanyalah mengikut firasat yang teringat diawal-awal pagi.
Dzofeer yang aku sebut ini, dalam masa menghabiskan saki baki kehidupan sebagai seorang bujang, InsyaAllah bulan Mei nanti.
Seterunya aku nak bercerita tentang Mustaffa Kamal, kami berkawan terlalu lama. Sejak lima tahun sampai tua la nie. Depa berdua sebenarnya dari Padang Besar, sekampung dengan aku. Nak dijadikan rezeki, kami bertiga mai dok KL skali. Cuma rumah dan bidang saja berbeza.
Aku ada juga kawan namanya Jan. Kesian dia malang menimpanya, ketika dalam perjalanan menghantar awek dia ke tempat kerja, mereka ditimpa kemalangan menyebabkan kaki kedua-dua mereka patah. Akibat itu, Jan sampai sekarang menderita. Aku bangga dengan depa tiga ini, sungguhpun masing-masing dengan urusan sendiri pelbagai, semangat persahatan itu langsung tidak pernah dilupakan. Mereka ini juga tempat aku berkongsi suka dan duka.

Kawan Perempuan.
Aku tidak banyak sangat kawan perempuan kerana aku ini agak pemalu dikalangan wanita. Mungkin sebab aku nie tak hensem dan gemuk sikit kot, sebab itu aku merendah diri.

Malangnya siapa yang kawan dengan aku kan. 😉
Seingat aku, masa seolah hingga kini aku pernah menjadi kawan baik kepada Atiqah yang dikenali semasa di Sinar Harian. Aku juga punya Kak Nor. Dia nie kira mentor aku jugak lah. Sebab di Senior, jadi tempat aku merujuklah. Tak lupa juga aku ada Rini, yang selalu membantu aku menyelesaikan kerja seharian. Sebelum itu dulu, sebelum dia berhijrah, Kemalia.
Dalam penubuhan awal crime desk, aku punya Niza. Wah ramai jugak kawan perempuan ya.

Nak cerita juga di UPM, tetapi panjang pulak ya, Zaliza, Nurul dan ramai lagi.

Sebelum lupa, aku juga ada kawan yang bernama Nur Firdaus yang telah menamatkan zaman bujang beberapa tahun lalu dan Nurul Hana yang entah bila akan menghabiskan zaman bujangnya.

Kawan bukan sahaja di opis mahupun semasa belajar saja, sebaliknya perhubungan hendaklah diteruskan walau apa jua halangan, mereka adalah Wan Ichigo, Norman, Nazrol, Zailani blognya di sini dan Hasif.

MFZA: Semasa menuli ini aku sering teringat dengan dua cikgu dan boleh dikatakan kakak dan abang aku jugalah. Depa dua adalah, Kak Dini dan Abang Syahril. Boleh juga layari blognya di sini.

Advertisements

4 thoughts on “Terima Kasih Persahabatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s