Tol oh Tol

tol pertamaPagi tadi aku berkesempatan meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan Fairuz dan Diana di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Cantik nama tempat tu, tapi tak jumpa pulak RAJA yang dimaksudkan, melainkan RAJA SEHARI ja.

Cuma dalam perjalanan itu jumpa beberapa parit.

Perjalanan dari Shah Alam ke Batu Pahat lebih kurang 2 jam, 30 minit ja dengan kelajuan sederhana.

Aku suka, dalam perjalanan bersama wan dan nazrol, aku hanya menjadi boss besar di belakang.

Wan drive pergi dan balik.

Mulanya aku ingatkan perjalanan kami saja perlu melalui tol, ye lah, memang sepatutnya kena tol sebab kami menggunakan service. PLUS, tetapi uniknya, rombongan pengantin lelaki yang hanya berjalan kaki terpaksa menempuh perkara sama.

Bukan sekali tetapi sampai dua kali.

Kali pertama rombongan telah dihalang sekumpulan lelaki yang mukanya yang agak ganas dibawah pintu gerbang yang dibuat khas laluan penganti. Terus teringat aku kepada filem P Ramlee dalam watak Samseng Kampung Dusun – Sarip Dol.

sampai pelamin pun kena tol lagiSelepas ufti dengan kadar tertentu, baru lah dilepaskan memasuki kawasan pengantin perempuan. Malangnya, sekali lagi dihalang menemui isterinya yang sedang menanti di atas pelamin.

Sekali lagi rombongan dikehendaki membayar Tol. Hampir lima minit berunding dengan menggunakan alasan datang jauh dari Sarawak, akhirnya pengantin diberikan ruang untuk menaiki jinjang pelamin.

Pasangan merpati dua sejoli itu apa lagi, bersanding pun lah.

Paling menyentuh perasaan apabila ibu kepada pengantin lelaki menghadiahkan seutas rantai tangan kepada menantu barunya itu diatas pelamin.

Aku hampir menitiskan air mata melihat situasi itu, begitu juga pengantin lelaki dan pengantin wanita.

Walaupun nak masuk dalam kampung tu agak jauh, namun kami enjoy dengan layanan dan makanan yang sedap, cuma nak tambah ja malu sikit, jadi mabik siap-siap bagi banyak.

Lepas kira-kira 30 minit pengantin naik pelamin, apa lagi kami pun serbulah.


Moga majlis perkahwinan ini kekal hingga akhir, aku mendoakan agar mereka berbahagia selalu, insyaallah..

Serbu,…..


MFZA: lepas nie sapa pulak ya nak mengakhiri zaman bujangnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s