Nurul Izzah Anwar dan aku

Minum time, with Nurul Izzah AnwarSemalam, aku berpeluang ke Parlimen, walaupun dalam setahun, kurang 10 kali aku mengikuti Persidangan Dewan Rakyat. Jika berkesempatan aku akan ke sana bagi membuat special project seperti interview atau berjumpa dengan seseorang yang aku rasa nak jumpa.

Tetapi sehingga hari ini aku tidaklah sampai jadikan Parlimen ini sebagai tempat aku melepak, sebab etika pemakaiannya agak ketat dan hendaklah kemas.

Aku tidak berhasrat menulis lebih panjang berkenaan Parlimen kali ini, melainkan pembaca blog aku ini membaca sendiri Pengajian Am Tingkatan Enam dan Sejarah Melaysia. Jadi tahulah apa fungsi Parlimen.

Sekiranya aku di Parlimen, aku akan menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk mancari contact, almaklumlah dunia aku memerlukan berbuat demikian.

Secara kebetulan tadi aku terserempak dengan kenalan lama iaitu, Datuk Zulkifli (bekas CEO KL Tower). Kami pun bertukarlah kad masing-masing.

Yang keduanya aku berkesempatan minum pagi bersama seorang ahli parlimen yang paling cantik pernah aku jumpa dan kenal dalam Parlimen Malaysia.

Ahli Parlimen yang aku maksudkan adalah dari Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Selepas berapa lama tidak berjumpa, tadi beliau mengajak aku pekena teh tarik di Lobi Ahli Parlimen. Perghhhh…. Bangga seh, dapat breakfast dengan Izzah.

Dalam pada itu, aku sempat juga menjeling diluar, wah ghupanya ramai yang dok menjeling pada aku kerana minum dengan Izzah. Bukan dikalangan media saja, ini hinggakan bodyguard Menteri dan Timbalan Menteri pun tumpang sama jeling.

“Hang mau tukar parti ka Palie,” kata seorang bodyguard menteri yang aku jumpa selepas itu.

-palie

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s