Ina, Selamat Pengantin Baru.

KAMI... Persahabatan kami bermula sejak berusia tujuh tahun. Dari kiri, Mustaffa Kamal, Ina, Dzofeer dan Aku di belakang.

KAMI telah berkawan sejak berusia tujuh tahun lagi, ketika itu masing-masing ketika memasuki persekolahan darjah satu di Sekolah Kebangsaan Padang Besar (U) Perlis tahun 1991.

Pernah juga kami mewakili sekolah dalam acara sukan bersama.

Dalam tempoh itu, tidak banyak pergaulan, melainkan hanya tahu nama antara satu sama lain, maklumlah semuanya pemalu. Hinggalah bulan April 1997, Ruzliena (pengantin) telah mengikuti keluarga berpindah ke Kuala Lumpur.

Sejak itulah, kami terputus hubungan dengan Ruzliena yang mesra dipanggil Ina. Ditakdirkan menjadi rezeki, ketika itu aku berada di UPM dan Ina pula di Politeknik Pulau Pinang, kami bertemu sekali lagi di Friendster.

Kebetulan aku menjadi friends kepada member Sekolah Menengah Teknik Kangar, Hidayah menemukan aku dan Ina kembali. Daripada itulah, kami menyambung semula persahabatan yang telah lama terputus selepas lapan tahun.

Awek-awek yang hadir, bagaimanapun kiri sekali adalah emak orang, jangan kacau daaa,..

Sembang punya sembang, Ina cakap di tinggal di Putrajaya. Kesempatan ini, Ina sering menjemput Aku dan Dzofeer ke rumahnya, terutamanya ada Open House. Kami ketika itu masih pelajar tidak melepaskan peluang makan percuma. 😉

Kini, 2011 dah hampir 15 tahun kami berkawan. Ina pun mengakhiri zaman bujangnya bersama teruna pilihan, dikenali Budi yang berasal dari Sabak Bernam minggu lalu.

Majlis resepsinya sebelah perempuan di Putrajaya aku tidak berkesempatan pergi, cuma meluangkan masa di Sabak Bernam, wah makan-makan ala jawa. MENARIK.

Dengan berakhirnya majlis semalam, aku mendoakan agar Ina bahagia hingga akhirat. InsyaAllah..

MFZA: Tumpang bangga kawan-kawan kawin.

Advertisements

2 thoughts on “Ina, Selamat Pengantin Baru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s