LUANGKANLAH WAKTU

Luangkanlah waktu untuk berfikir
Kerana berfikir merupakan sumber kekuatan.

Luangkanlah waktu untuk membaca
Kerana membaca menjadi landasan sikap bijaksana.

Luangkanlah waktu untuk bermain
Kerana bermain merupakan rahsia awet muda.

Luangkanlah waktu untuk diam
Kerana diam merupakan kesempatan menuju Yang Maha Esa.

Luangkanlah waktu untuk peduli
Kerana peduli dapat membantu sesama makhluk.

Luangkanlah waktu untuk mencintai dan dicintai
Kerana cinta anugerah agung daripada ILAHI.

Luangkanlah waktu untuk tertawa
Kerana tertawa merupakan muzik jiwa.

Luangkanlah waktu untuk bersikap santun
Kerana sikap santun merupakan laluan menuju kebahagiaan.

Luangkanlah waktu untuk berimaginasi
Kerana imaginasi melahirkan masa depan.

Luangkanlah waktu untuk berdoa
Kerana DOA merupakan kekuatan terbesar di muka bumi.

Advertisements

Mungkin itu yang terbaik

persahabatan dan percintaan adalah dua perkara berbezaKali ini dia pergi tanpa menoleh kembali, mungkin itu pilihannya.
Bagi aku, perpisahan yang tidak dirancang itu adalah satu keperitan yang amat sangat bagi menempuhi hari mendatang. Walaupun kami adalah sahabat baik, aku merasakan pemergiaannya seolah-olah tamparan hebat.
Tujuh tahun berkawan, lesap dengan beberapa perkataan sahaja.
Putus cinta, arghhhh perkara biasa aku tidak kisah kerana dia datang dan pergi dan boleh dicari kembali jika kita tidak berpuas hati dengannya. Tetapi ini adalah persahabatan.
Cinta adalah pengalaman itu amat berharga untuk mencari cinta yang baru.
Pernah, kami terputus hubungan hampir setahun, tetapi entahlah dapat disambung kembali, tetapi aku tetap mengharapkan keajaiban itu kembali dan kami seperti dulu.
Tidak pernah aku mencemburui dengan sapa dia berkawan dan ….. itu pilihannya, tetapi jangan perlakukan demikian.
Aku amat menghormatinya dengan apa yang aku lihat tetapi kini tiada lagi….
Setakat ini hanya mampu berdoa agar dia membaca bait-bait ini.
Bukan membuka pekung, tetapi menjernihkan keadaan. Kejadian adalah tidak disangka dimana aku terkasar bergurau dengannya yang membuat beliau terasa dengan aku. Lebih dua bulan akuu cuma menjernihkan keadaan, bagaimanapun tiada tanda-tanda untuk pulih. Apakan daya, aku terima ujian ini dengan penuh dugaan.
Mungkin itu yang terbaik, pergilah.
“Saya tetap mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat.”
-palie

MFZA: Teringat kedai makan Gulam dan Lambai di Teluk Intan. Moga opah ditempahkan dikalangan orang beriman, di sini.

MATI LAGI, Saksi SPRM mati di dalam jagaan.

Abu Kassim Mohamed, rasuah tetap akan ditentang.

6 April lalu, titik hitam buat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas satu lagi kes mengejutkan negara iaitu kematian Penolong Pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed di pejabat SPRM Kuala Lumpur.
Ini kes kedua dalam masa tiga tahun selepas SPRM mula diperkenalkan pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Sebelum ini, kematian Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock cuma kejadian di bangunan SPRM Selangor.
Skripnya hampir sama, kedua-dua ke pejabat SPRM bagi membantu siasatan membabitkan kesalahan rasuah. Beng Hoc sebagai saksi utama kepada siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor. Ahmad Sarbani, saksi yang melibatkan ketirisan wang negara dalam kutipan cukai dan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Dua kejadian ini cukup memalit kesan mendalam buat SPRM, tetapi kes kedua menampakkan kematangan SPRM lebih dengan menyerahkan kes ini disiasat polis. Tidak guna bercakap panjang, sebab polis sahaja yang tahu kisah ini, tak mahu cakap panjang sebab aku pun tahu selepas membacanya di akhbar. Katanya Ahmad Sarbani meninggal dunia selepas datang ke pejabat SPRM disini dan kenyataan SPRM.
Lebih nakal ada juga mendesak beliau melepaskan jawatannya, disini. Namun Ketua Persuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed tidak sesekali melatah dalam kes melibatnya pegawainya sedangkan dua daripada mereka di gantung tugas sementara waktu. MALANG.
Baru-baru ini aku berpeluang mendapatkan masa untuk temu bual Abu Kassim dan beliau meluahkan segalanya kepada aku antaranya masalah yang dihadapi SPRM.
Jika dulu polis berhadapan dengan JENAYAH PERSEPSI tetapi hari ini SPRM pula berdepan dengan perkara sama.

Jika aku bukan wartawan

Bergambar kenangan bersama bekas Dekan FBMK, Dr Rosli Talif dan Pensyarah Zubir Itam

Jika aku bukan seorang wartawan mungkin aku menjadi seorang cikgu. Aku juga pernah bercita-cita menjadi seorang lawyer, namun aku tidak meminati pelajaran sejarah. Cuma, aku berpeluang menjadi seorang loyar buruk ja. Hahaaa.

Kini, aku menjadi Wartawan sebuah akhbar Komuniti Sinar Harian. Entry kali ini bukan bermakna aku akan meninggalkan bidang yang aku minat, tetapi sekadar berkongsi apa yang aku ada sikit-sikit ini.

Sepanjang empat tahun aku menjadi wartawan, dari serendah-rendah gelaran seseorang itu hinggalah setinggi-tinggi orang aku aku pernah jumpa. Walaupun bukan aku cover story.

Baik Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri, pak Menteri, orang politik, orang kampong, polis, askar dan orang kebanyakkan. Macam-macam peel yang aku temui, ada kala aku marah, benci dan menyampah. Pernah juga aku tersenyum dengan pelbagai karenah manusia ini.

Biasalah manusia, apa boleh buat. Aku juga punya kelebihan dan kekurangan, jadi apa mau aku cakap lebih dan kurang.

Jika esok aku tidak lagi menjadi wartawan, apa yang akan aku lakukan ya. Adakah menjadi petani, tanah dikampung pula tak banyak, sekangkang kera ja. Minat jugak nak jadi jutawan, tetapi pengalaman tiada. Kerja makan gaji, sampai bila nak kepuasan, tetapi dalam wartawan semua itu boleh dipelajari.

MFZA: Mungkin inilah dunia aku, kepuasan aku berada di sini. Syoknya….

SPRM perlu sokongan moral

KETUA PESURUHJAYA SPRM, DATUK ABU KASSIM MOHAMEDOleh: TAN MELAKA
KEADAAN yang di luar jangkaan yang dihadapi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekarang menampakkan betapa sekalipun matlamatnya adalah suci untuk membanteras jenayah rasuah, tetapi tidaklah semudah yang difikirkan oleh orang ramai malah mereka sendiri mungkin menjadi di antara penghalang.
Kepentingan politik, sentimen perkauman, simpati kepada kawan sekerja, maruah jabatan dan bantahan dari golongan yang biasa mendapat kemudahan menerusi rasuah boleh mengelirukan orang ramai terhadap kejujuran dan kesungguhan pegawai pegawai SPRM.
Bermula dengan kes kematian Teoh Beng Hock yang menjadi isu panas perkauman, terkini kematian pegawai kastam Ahmad Sabrani yang mati dengan cara yang hampir sama dengan cara kematian Beng Hock menambahkan tekanan terhadap SPRM.
Ada pihak yang berkepentingan dengan serta-merta mendesak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (gambar) dan pegawai pegawai kanannya meletakan jawatan. Jika ini berlaku tidakkah ia menunjukkan kerajaan telah memenuhi apa yang dihasratkan oleh mereka yang terbabit dalam siasatan dan akan melewatkan hukuman dan keadilan berlaku.
Kenapa kerajaan dengan begitu mudah dituduh melindungi rasuah tetapi reaksi daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga parti parti pembangkang yang hendak menangguk di air keroh tidak memudahkan kerajaan didalam usaha untuk memerangi rasuah.
Mereka yang berfikiran waras tidak akan mengaitkannya dengan peristiwa Beng Hock kerana mustahil untuk SPRM mahu didakwa melakukan perkara yang sama ke atas Ahmad Sabrani.
Ini samalah dengan memikirkan bahawa kerajaan merancang menangkap dan menuduh Anwar Ibrahim bagi kali kedua dalam tuduhan yang sama: Liwat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menambahkan buruk sangka ke atas SPRM dengan mendesak Abu Kassim supaya meletakan jawatan dan SPRM disusun semula dengan penyeliaan Transparency International (TI).
Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago membela ramai ‘fowarding agent’ yang mengadakan demonstrasi di Pelabuhan Klang berikutan dengan kematian Ahmad Sarbani yang disenangi oleh mereka kerana banyak membantu mereka dan tidak menyebabkan berlaku kelewatan seperti yang berlaku setelah kematiannya.
Bahawa pihak kastam gagal untuk menjangka perkara ini dan tidak bersiap sedia untuk mengatasinya jelas menunjukkan kelemahan Ketua Pengarah Kastam.
Kesatuan Pegawai Pegawai Kastam pula telah mempertahankan Ahmad Sarbani dengan mempertikaikan dakwaan SPRM bahawa Penolong Pengarah Kastam Selangor itu telah pergi ke pejabat SPRM dengan kerelaannya sendiri setelah dibebaskan .
Ada pula pegawai kastam yang mendakwa bahawa Ahmad Sabrani adalah seorang yang taat agama dan selalu yang pertama tiba di masjid untuk menunaikan sembahyang di samping kesukaannya bermain golf dan tenis dan tidak mungkin orang sepertinya akan melakukan rasuah.
Sekalipun Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi tetapi orang yang bersimpati dengannya telah mengemukakan berbagai pandangan yang pada keseluruhannya menampakkan seolah-olah seperti SPRM berada dipihak yang salah.
Kenyataan yang positif hanya datang dari Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah yang meminta SPRM mencari jalan bagi menutup peluang suspek dan penjenayah rasuah untuk membunuh diri atau lari dari mahkamah.
Katanya, sikap tidak bertolak ansur SPRM dalam memerangi rasuah menyebabkan penjenayah dan suspek rasuah berada dalam keadaan tertekan sehingga sanggup mengambil jalan singkat.
Sebenarnya hal seumpama ini pernah berlaku di Singapura apabila seorang menteri yang disyaki rasuah membunuh diri di bawah pemerintahan Perdana Menteri Lee Kuan Yew.
Bahawa Jabatan Kastam, Polis dan Imigresen menjadi sarang rasuah amat sukar untuk dicegah oleh kerana mereka memegang kuasa boleh melepas atau menghukum dalam berurusan dengan orang ramai terutama anggota polis trafik yang telah menjadi cerita lucu di mana mana.
Seperti dalam polis, orang ramai juga telah lama mengetahui tentang rasuah dalam Jabatan Kastam Diraja sehingga dianggap sebagai suatu ’wabak tradisi.’
Suatu masa dahulu ayat Quran di pasang dan digantung di pintu masuk negara untuk mengingatkan pegawai pegawai kastam terhadap dosa mengambil rasuah tetapi kemudiannya telah dibuang kerana bantahan dari dalam atau mungkin kerana mereka berada dalam keadaan merasa bersalah dan malu menghadapi ayat ayat Quran itu.
Keadaan rasuah tidak berkurangan tetapi sebaliknya telah diterima oleh orang ramai sebagai suatu keharusan oleh pihak yang terpaksa berurusan dengan Kastam setiap hari.
Maka itu apabila tidak ada pegawai yang dapat memudahkan kerja mereka dengan wang pelicin maka mereka mengadakan demonstrasi.
Maka itu apabila kerajaan atau SPRM mengambil tindakan menangkap sekumpulan pegawai pegawai yang merugikan negara berbilion ringgit di bawah operasi 3B, orang ramai adalah menyambut baik dan yakin kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib benar benar mahu menegakkan kerajaan yang cekap, bersih dan amanah.
Tindakan ini yang diikuti dengan lapan pegawai imigresen dihadapkan di mahkamah atas tuduhan menerima rasuah menambahkan keyakinan ramai kerajaan tidak lagi akan bertolak ansur dengan pihak mana pun terhadap jenayah rasuah.
Rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang cekap dan bersih dan dapat menjamin masa depan mereka tidak seharusnya membiarkan diri mereka menjadi tekanan politik dan pihak pihak yang hendak mencari populariti di atas kejadian kematian Beng Hock dan Ahmad Sarbani.
Ketua Pesuruhjaya SPRM dan pegawai pegawai kanannya yang telah membuktikan tindakan berkesan dalam masa yang singkat mestilah dihargai dan diberikan sokongan moral kerana telah menunjukkan keupayaan, kecekapan dan kesungguhan mereka dalam masa yang singkat.
Mereka yang benar benar mahu menghapuskan rasuah tidak akan menjadikan tindakan membasmi rasuah sebagai isu bagi kepentingan politik, perkauman, keluarga, jabatan atau rakan.
Seseorang juga boleh membunuh diri kerana selama ini dia disangka sebagai seorang yang rajin sembahyang, warak, baik dan dermawan tiba tiba terdedah sebagai penjenayah dan sebagainya.
Perdana Menteri juga bimbang dua peristiwa buruk itu mungkin akan menjejaskan kepercayaan masyarakat kepada SPRM namun beliau mengingatkan bahawa tindakan SPRM itu adalah untuk menyelamatkan wang negara.
Tentunya rakyat mengalu-alukan jaminan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak perlu meletak jawatan malah operasi 3B yang sedang dijalankan oleh agensi itu akan diteruskan.
Najib telah menyatakan kesedarannya bahawa penye­lewengan yang berlaku dalam Jabatan Kastam adalah serius dan berlarutan bertahun-tahun lamanya. Maka itu kerajaan sendiri mahu membersihkan nama baik Kastam. -SINAR HARIAN

Kerjaya Idaman Hanya Untuk Mereka Yang Mahir Berkomunikasi

TIDAK mengapa sekiranya anda gagal untuk memperoleh segulung ijazah yang cemerlang sebaliknya anda hanya perlu mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik sudah pasti kerjaya idaman akan menjadi milik anda.

Berdasarkan maklum balas yang diperoleh daripada syarikat tempatan dan antarabangsa menunjukkan kemahiran komunikasi lisan dan menulis dalam Bahasa Inggeris kekal sebagai kriteria utama yang dicari oleh majikan dalam memilih pekerja yang mempunyai prospeks yang cerah.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), ciri tersebut merupakan faktor utama dalam merekrut graduan yang baru tamat pengajian.

Berdasarkan Kajian Gaji untuk Eksekutif 2010 yang dikeluarkan oleh MEF menunjukkan bahawa 68 peratus syarikat meletakkan kemahiran komunikasi sebagai kualiti utama dalam memilih pekerja, ia diikuti oleh pengalaman berkerja (67 peratus), kemahiran individu (56.2 peratus), ketekunan serta komitmen (55.7 peratus).

Menuru Pengarah MEF, Shamsuddin Bardan, globalisasi telah merubah faktor pemilihan pekerja, kemahiran komunikasi terutamanya bahasa Inggeris merupakan aset bernilai yang perlu ada pada setiap pekerja.

Jelasnya, ia merupakan kriteria penting dalam semua profesion termasuklah untuk kerjaya seperti jurutera, kakitangan teknikal dan ahli sains.

“Kriteria ini penting terutamanya bagi mereka yang bekerja dengan syarikat multinasional dan firma-firma besar.

“Hari ini pelanggan kita boleh datang dari mana-mana negara di seluruh dunia. Di kilang-kilang, misalnya tugas jurutera tidak sama seperti dahulu. Kini, mereka perlu melibatkan diri dalam pelbagai aspek perniagaan serta berinteraksi dengan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata apa yang dibimbangkan adalah kebanyakan siswazah tempatan hari ini tidak mampu berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik merupakan punca mereka menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor swasta.

Pengarah Urusan Kelly Services (M) Sdn Bhd, Melissa Norman turut bersetuju dengan menyatakan enam daripada 10 graduan yang menghadiri temu duga yang dijalankan oleh syarikatnya tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Kelly Servives merupakan salah satu agensi mencari pekerjaan terkenal di negara ini.

Menurut Norman, Norman adalah penting untuk setiap siswazah menguasai bahasa Inggeris kerana ia merupakan bahasa penting yang digunakan secara meluas dalam bidang perniagaan di Malaysia dan seluruh dunia.

Berdasarkan Tinjauan Tenaga Kerja Kelly Global 2010 menyenaraikan kemahiran komunikasi sebagai kriteria pertama daripada lima ciri-ciri lain yang dicari oleh setiap majikan.

“Kami telah mengenalpasti ramai siswazah tempatan yang lemah bertutur, menulis dalam bahasa Inggeris serta menggunakan perbendaharaan kata yang terhad.

“Calon seperti ini hanya berjaya mendapat pekerjaan dalam perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat-syarikat kecil,” katanya.

Beberapa syarikat serta pemimpin dalam bidang perniagaan memberi amaran bahawa penguasaan bahasa Inggeris yang lemah akan mempengaruhi daya saing global di Malaysia.

Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia, Tan Sri Mustafa Mansur berkata golongan muda yang tidak mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tidak akan mampu untuk berunding untuk mendapatkan persetujuan terbaik dalam urusan perniagaan atau pelaburan yang dijalankan.

“Kita perlu menghantar pekerja kita ke luar negara untuk memasarkan produk kita, berunding dalam setiap perjanjian mahupun mendapatkan kontrak untuk ditandatangani.

“Jika mereka ini tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik maka kita akan ketinggalan,” katanya.

Pengerusi bersama Pemudah, Tan Sri Yong Poh Koh pula berpandangan bahawa kakitangan awam juga perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana perkembangan dunia tanpa sempadan pada hari ini.

“Kualiti bahasa Inggeris akan memberi kesan kepada sector awam apabila mereka perlu berinteraksi dengan warganegara asing mahupun dunia perniagaan apabila mereka perlu menyatakan pendirian dalam isu-isu yang melibatkan masyarakat dunia.

“Ia meliputi rundingan dalam perjanjian penting seperti perjanjian perdangangan,” katanya.

Ini meliputi rundingan pada perjanjian-perjanjian penting seperti perjanjian-perjanjian perdagangan.”

Dalam pada itu, bekas Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Fong Chab Onn menyatakan sejak dua dekad yang lalu kualiti bahasa Inggeris di negara ini telah menurun.

Beliau berkata sekiranya perkara itu tidak segera diatasi boleh menyebabkan Malaysia akan ketingggalan dan tidak mampu bersaing dengan negara jirannya.

“Thailand, Indonesia dan China sedang meningkatkan usaha untuk memperbaiki pengguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan mereka,” katanya. – MSTAR