Dah ada kerja baru tahniah

Baguskan ada benda alah yang namanya Facebook ini. Banyak maklumat yang kita perolehi, baik buruk semua ada. Lebih-lebih lagi berkenaan seseorang. Pemimpin, Negarawan, Kengkawan dan tak ketahuan. Semua boleh.

Belek punya belek, aku tengok tentang seseorang, rupanya dia dah dapat kerja GOMEN yang impian setiap orang. ALHAMDULLLAH.

Kerja apa ya? Tak apa pun, janji mendapat apa yang terbaik.

MFZA: cinta, persahabatan, kawan adalah perkara berbeza.

Advertisements

BERTUNANG,… Ya balik kampong untuk bertunang

Bulan ini, Jun 2011 aku terpaksa balik kampong dua kali. Ramai melahirkan kehairanan adalah untuk persiapan kahwin? Alhamdulillah dengan izinnya tempoh itu akan sampai jua. Tetapi sukanya aku NYATAKAN disini, aku balik ke kampung adalah kerana menyelesaikan urusan pertunangan adik perempuan tunggal kami dalam keluarga. Bukan untuk aku ya, masa aku belum sampai lagi.

Dengan izinnya, majlis akan berlangsung esok, Sabtu – 25 Jun 2011, lepas solat Zohor. Pinangan akan dibuat oleh keluarga jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Epin. Tapi, bukan kembar Upin ya. Jadi sebagai abang, aku dan abang sulung hendaklah menyediakan sesuatu yang terbaik untuk adik perempuan bongsu kami.

Sebelum ini aku balik adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan ‘my best da best friends’, dzofeer dan wardah. Pertunangan adik aku juga punya kaitan dengan Dzofeer dimana kamera kesayangannya dipinjamkan kepada aku. Setahu aku, Dzofeer amat sukar untuk meminjamkan barangnya kepada sesiapa pun kerana dia terlalu saying apa yang dibelinya.

Berbalik kepada cerita pertunangan adik, bermula tadi aku terus dikerah melakukan pelbagai kerja, antaranya kemas rumah, beli barang dapur dan sudah menjadi tugas hakiki adalah pemandu merangkap pengawal peribadi kepada Mak dan Abah.

Ini baru ja bertunang, pak tam, mak tam, ndak, mak long, pak long, mak wa dan pak wa pun meramaikan diri untuk membantu mengemas rumah. Fuh berpeluh.

Tak termasuk lagi melayan karenah sepupu-sepupu aku yang hamper 15 orang ini. Ibarat tentera semut lah, nasib semua dengan cakap abang lie depa. Jadi ini semua mangsa kerahan aku lah. Mana tahan kalau aku nak selesaikan sendiri.

Mak tam dan Ndak menjadi ‘Interrior Design’ kepada bilik adik, yang tak syoknya bilik aku yang terpaksa dikorbankan. Maklum lah setahun empat kali ja digunakan. Alamatnya kena lah kemas semua barang yang ada. Jadi aku dan sepupu-sepupu lain hanyalah bertindak mengikut arahan sahaja.
Mana boleh lawan, nanti tak masak nasi lah depa untuk kami nie. Ikut sajalah.

Sebelum itu, abah seperti biasa akan beli apa saja untuk memeriahkan rumah kami ini. Kali ini abah beli durian kampung. Mmmmmm, boleh lah tahan, durian baru mula luruh, ada ok, ada sebaliknya. Keras macam batu daaaa…..

Bertunang,….

Sebelum ini, kami empat beranak, abah, mak, abang dan aku ada berbincang berkenaan pertunangan adik, antaranya, mas kawin, hantaran dan tarikh langsungnya.

Semuanya,….
Tunggu entry seterusnya….

MFZA: Empat perkara yang perlu disegerakan…

27 tahun, adakah satu angka?

“Salam, hepi besday, semoga panjang umoq dan murah rezeki, InsyaAllah kita jumpa esok. Sorry wish awai sangat sebab aku dah nak tidoq tu yang wish awai-awai neh!,” mesej pertama yang aku terima daripada sahabat paling baik Dzofeer, semalam kira-kira 2317hrs.

Terima Kasih, beliau tidak pernah terlupa memberikan wish antara rangking paling awal setiap tahun. Tq my best friends.

Selepas itu tidak terputus-putus aku menerima sms yang menyatakan perkara sama. Terima Kasih juga aku ucapkan.|

Kemudiannya terima juga sms sama daripada abang. Pejam celik-pejam celik dah 27 tahun umur aku. Adakah ia satu angka.

Alhamdullilah aku telah mencapai tiga daripada empat hasrat aku selama ini. Antaranya mempunyai kerjaya yang diimpikan. Cuma satu lagi, entahlah bila, melainkan berdoa kearahnya (“,).

Dalam keadaan ‘birthday boy’ katanya, aku juga hendaklah ke pejabat meneruskan kerja aku. Tak apa, kerja tetap kerja.

Sebaik melangkah ke opis masih ada yang mengucapkan selamat, aku hanya tersenyum dan tersenyum. Tidak ada apa yang hendak diucapkan.

Sebelah malamnya, bertemu dengan Mus dan Khusairy, yang mengucapkan dari mulut ke mulut. Sebelum itu, dua sifoo aku yang dianggap kakak dan abang juga mengambil kesempatan sama mengucapkan melalui talian telefon. Dan Kak Nor yang tidak jemu mengucapkan perkara sama tiap tahun.

Alhamdulillah… Mak dan Adik juga mengucapkan ucapan sama.

Cuba sehingga entry ini ditulis, aku masih belum membuka dan membalas ucapan melalui FB.

MFZA:27 adakah sekadar angka? atau sudah terlewat.

Pelaburan semakin banyak

Impian setinggi KLCC

Entahlah sejak akhir-akhir ini pelbagai sungguh pelaburan yang muncul. Ada Unit Trust, Beli Emas, ASB, dan macam-macam lagi lah.

Orang cakap kalau berisiko tinggi, pendapatannya lebih lumayan. Yeke? Aku cam tak caya ja. Mungkin sebab pernah ada pengalaman.

Nak dijadikan cerita, aku pernah menyertainya sejak belajar di sekolah orang-orang tua lagi, bagaimanapun tidak lah aktif sangat. Sekadar menabung sahaja.

Pernah aku bersama CIMB Wealth Advisor, tetapi tarik diri sebelum mendapat keuntungan. Pernah juga sertai cagaran internet, namun terkandas dan mengalami kerugian.

Mungkin itu dikatakan pelaburan dalam kehidupan.

Apa yang pastinya adalah, gunakanlah Amanah Saham Bumiputera (ASB), comform selamat.

Bagaimanapun, dalam kehidupan pelaburan juga hendaklah dilakukan bagi memastikan kematangan dan kepuasan diperolehi.

MFZA: Yang penting tepuk dada tanya selera.