Alhamdulillah, keadaan semakin pulih

A

Al-hamdulillah

Aku sangat-sangat bersyukur kepada DIA hari ini kerana apa yang aku inginkan segalanya terlaksana sebagaimana yang dirancang.
Hampir memasuki empat tahun bekerja bersama Sinar Harian aku telah penuhi impian aku, cuma satu belum menampakkan kesudahannya.
Baru aku sedar 16 Julai 2007 sangat pantas berlalu, sudah empat tahun. Bukan pangkat atau gelaran yang aku mahukan hari ini, tetapi adalah kepuasan dalam pekerjaan dan urusan harian.
Selain itu keberkatan dengan rezeki yang halal menjadi panduan setiap kita.
Sebenarnya aku pun tidak tahu apa yang hendak ditulis entry kali ini selain berkongsi dengan pembaca setia apa perasaan aku tatkala jari jemari aku menaip papan kekunci laptop cabuk ini yang pernah beberapa kali digunakan dalam bencana dan pilihan raya kecil.
Ketika melangkah keluar dari office kira-kira jam 8.30 malam tadi, jiwa aku rasa sangat tenang tidak pernah sebelum ini. Aku rasa belum pernah aku rasa sebegini.
Lalu aku capai hp nokia separuh usia itu dan mencari number Abah, selepas cakap dengan Abah, hp diserahkan kepada Emak dan Adik. Hanya sembang kosong. Antara perkara yang dibualkan adalah berkenaan tiket kapal terbang yang akan bercuti dan buka puasa bersama keluarga pada 13 -17 Ogos ini.
Setiap kali kepala aku serabut, pasti aku akan mendapatkan tonik teliga dengan mendengar suara-suara mereka. Ini yang aku kira mampu mengubat kesunyian dihati.
Berbalik kepada perkara asal, mungkin kerana aku teringat akan pemberian nangka madu oleh seseorang, dan aku memberikannya buah kegemaran beliau iaitu durian. Happy aku..
Tetapi kisah itu belum pasti akan kesudahannya….
Cuma aku sering mendengar pandangan Ketua Pengarang aku, En Norden Mohamed yang dianggap mentor.
Katanya, dalam penulisan Sinar Harian kita hendaklah berpegang kepada ‘PUNCA’ sesuatu perkara atau permulaan, jangan mudah terbawa-bawa ditiup mainan politik yang semakin kotor.
Perkara sama aku applykan dalam kehidupan, Apapun, kembali kepada pangkalnya. Bukan semberono.
Alhamdulillah, disamping doa hendaklah usaha dilakukannya.
Kemudia tawakal, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang dilakukan umatnya.
InsyaAllah…

MFZA: tiada kata seindah bahasa.

Masa untuk dibayar kembali

Seharian berfikir, aku sedar setiap kejadian itu ada hikmahnya, bagaimanapun kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan bagi menghadapinya.
Baik kejadian yang disukai begitu pula kejadian yang ditakuti.
Inilah dinamakan pengalaman dan pembelajaran yang tidak diperolehi dimana-mana, “Universiti Kehidupan”.
Ayuh, bangkit hadapi segalanya, Tambahkan kekuatan untuk hadapinya. Jangan anggap apa yang dirancang akan mendapat kejayaan jika tanpa usaha, doa dan tawakal.
Ingat, apa yang kita lakukan dahulu, kita lakukan dahulu akan dibalas secara ‘TUNAI’.
Jangan sesekali hilangkan kepercayaan yang diberikan kepada kita.

MFZA: masa telah berlalu, bangun untuk masa depan.

Pemburu dan burung

pemburu dan senapang

Semalam aku banyak termenung, teringatkan kisah terdahulu ketika keluar memburu dengan pak cik amran – SB di sebuah negeri.
Pantang ada masa terluang, semestinya dia akan ajak aku dan abang cai burung dikawasan belakang rumah aku yang ketika itu memang hutan tebal.

Yang menjadi mangsa kami, burung awang atau gembala kerbau dan merbok atau terkukur. Selalunya kami keluar selepas asar, sanggup tinggalkan main bola pada sebelah petang kerana nak menembak.

Mesti kehilangan aku dicurigai member-member lain. Sebab selalunya klu aku tak main bola diorang boleh kelui (pangil) aku dari padang bola. RUmah aku betul-betul depan tempat kami main. Akhirnya kini, padang itu sudah tiada dan digantikan dengan padang kawad.

Sebelum itu, aku ceritakan juga siapa pakcik amran, dia adalah antara bebrapa orang kawan baik abah.

Pang-bunyi senapang patah pak cik amran.
Kalau ada rezeki jatuhlah seekor burung, yang lain semuanya terbang tinggi. Kerja aku ketika itu mencari dimana jatuhnya burung itu, tetapi bukan tangkap, kerana aku sangat tidak suka dengan unggas huta disebabkan baunya yang agak busuk.

Bila jumpa burung itu, maka jadi tanggung jawab pakcik amran dan abang lah menangkap dan sembelih.
Lepas tembakan pertama dilepaskan, maka nak dijadikan cerita ramailah kawan-kawan aku mencari kami dihutan-hutan berdekatan.

Selalunya burung-burung ini kami bakar petang itu jugak dan makan beramai-ramai.
Begitulah susahnya nak memburu seekor burung yang terbang bebas.
Cerita berkenaan telah berlalu lebih 15 tahun lalu, masih segar dalam ingatan.

Susahnya hendak memburu kerana sedas tembakan dilepaskan, semua akan kedengaran dan tahu. ITu tidak kira lagi apabila burung-burng itu berkeliaran meninggalkan lokasi. Ada yang entah kemana dan kembali lagi, tetapi bukan penanti yang setia.

Masa kini,
Dah terlalu lama tidak berjumpa dengan pak cik amran. Jutaan doa diberikan moga beliau berada dalam keadaan sihat walafiat.
Sebb difahamkan beliau ada beberapa penyakit.
Isterinya yang juga seorang cikgu pernah mengajar aku.

Pengalaman
Pengalaman memburu adalah amat berharga dan aku rasa ia kembali lagi.
Kali ini burung yang tidak boleh terbang dan sedang dikawal oleh tuannya.
Bagaimana, adakah tembakan itu akan kena sasaran atau sasaran terkena, namun ia mampu terbang tinggi dan pergi jauh terus.
Apabila tembakan dibuat, dia akan pergi dan ramai akan tahu.
Peluru yang disasarkan tidak membuatkan burung itu jatuh ke bumi.

MFZA: penat untuk mengimbau dan menanti.

Tidak demam, tapi Selsema

Ahad lalu, aku ke Banting bagi menikmati RAJA BUAH, Durian katanya. Pekena tak banyak sangat, cuma dua biji yang dimakan tiga orang. Selepas balik daripada itu, tekak aku dah rasa lain macam ja, panas dan pedih.
Sudah sah nak demam nie…
Bagaimanapun, Alhamdulillah tidak demam, tetapi hanyalah selsema kecil. Dalam kerja opis yang berlonggok banyak itu, maka aku terpaksa juga ke opis demi sesuap nasi.
Isnin – Gagah jugak, tetapi tidak makan ubat.
Selasa – mendapatkan bekalan ubat dari Farmasi, dia bagi dua jenis ubat.
Rabu – Ditegur berterusan kerana tidak makan ubat, diberikan air untuk makan ubat.
Khamis – berharap dapat disegarkan kembali sediakala, hopefully ????

Dr Lo Lo – Ahli Parlimen Titiwangsa


Petang tadi, perbagai cakap-cakap di laman sosial mengatakan Dr Lo Lo telah kembali ke rahmatullah, bagaimanapun perkara berkenaan di nafikan keluarganya di sini, bagaimanapun kira-kira jam 11 malam, aku menerima SMS alert mengatakan beliau telah dijemput Maha Pencipta di Hospital Selayang akibat kanser.
Memang tidak bertanggung jawab perbuatan itu, sedangkan beliau masih bernafas.
Ini bab mati, jangan dibuat main beb.
Dr Lo’ Lo baru sepenggal menjadi ahli parlimen kawasan berkenaan dengan kerusi Pas sememangnya seorang yang sangat murah dengan senyuman. Pernah sekali aku bertemu dengan beliau di Parlimen, benar memang kuat senyum. Mukanya agak lesu tidak bermaya, tetapi tetap bersemangat menjalankan tugas selepas diamanahkan oleh rakyat.
Perkara berkenaan turut di sahkan beberapa MP lain di laman Tweeter.
Nampaknya aku tidak bermaya untuk menulis panjang malam ini kerana keadaan aku juga tidak bermaya seolah-olah diserang demam, gara-gara menikmati dua biji durian semalam.
Aku terpaksa menelan dua PANADOL ACTIVEFAST. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan demam itu dan kembali seperti sedia kala.
MFZA: Nak tidor dengan nyenyak malam ini.

Sayang dan sayang

Orang tua-tua berkata, kalau nak pilih teman hidup carilah orang yang lebih menyayangi kita daripada kita sayangi beliau.
Jika kita terlalu menyayanginya, tidak kemungkinan kita akan diperlakukan sesuka hatinya kerana berpegang kepada prinsip tak apa, dia sangat menyayangi aku. Aku boleh lakukan apa saja.
Bagaimanapun, adakah lelaki itu sememangnya tidak setia kepada yang satu, adakah benar dakwaan ini.
Mungkin tidak, mungkin ya.
Bagi aku, sama saja laki dan perempuan, apa yang penting adalah kepercayaan yang diberikan.
Itulah harga yang paling tinggi perlu dibayar kepada kita.
Dunia hari ini dikatakan semua lelaki.

MFZA: Masih boleh senyum.

Belangsungkawa – Abdul Latiff Zakaria

Abdul Latiff ZakariaBenar orang berkata, air mata lelaki begitu berharga,
tetapi bagi aku, selagi bernyawa tidak kira lelaki mahupun wanita air mata adalah satu anugerah untuk kita menghargai sesuatu, tetapi sayangnya air mata itu akan mengalir apabibal kita merasai kehilangannya.
Ketika menulis entry ini, sekali lagi air mata aku mengalir apabila membaca beberapa wall post kepada jurufoto Sinar Harian Abdul Latiff Zakaria
Allahyarham telah dijemput Ilahi pada 5 Julai lalu dan selamat dikebumikan di kampung halamannya, di Jln Sek. Keb. Bunut Payung, Kota Bharu Kelantan pada malam berkenaan.
Melihat beberapa entry, terbaru aku mula sebak dan tidak dapat mengawal perasaan antaranya berbunyi;
Nurhazah Ibrahim
– Masih tidak dapat melupakan arwah, sebak rasanya, moga arwah che late ditempatkan bersama orang beriman…amin…
Manakala entry seterusnya daripada seorang rakan dikenali, Hashim Anang – ARWAH pekerja yang rajin..Petang Jumaat (4 hari sebelum ajalnya) saya bersama arwah ke Royal Chulan majlis perasmian Kelab Foto media oleh Tun M. Dari S.Alam beliau tak henti2 bercakap, begitulah waktu pulang (Maghrib). Esoknya saya ke luar negara dan petang itu adalah kali terakhir saya bersama arwah. Al-fatihah..kepada keluarga Latif banyaklah bersabar.
Paling membuatkan aku sebak selepas entry anaknya, Balqis Latiff – salam..saya anak kepada abdul latiff mewakili arwah ingin memohon maaf jika ada sesiapa yang pernah terguris hati atau tidak berpuas hati dengan arwah sebelum ini ~sesungguhnya ALLAH S.W.T lebih menyayanginya~, bagaimanapun dibalas komen kembali rakan sepejabat, Nurhazah Ibrahim – Balqis che lat tak pernah mengguris hati sesiapa, arwah seorang yang baik…moga rohnya dicucuri rahmat…
Melihat bait-bait ini, sememangnya hati aku bagai runtuh, untuk pengetahuan Abdul Latiff lebih mesra dengan panggilan ‘Che Lat’ amat mudah memberikan kerjasama kepada kami dalam penugasan. Beliau langsung tidak pernah mengeluh dalam menjalankan tugasan. Ituulah kelebihan yang terdapat pada Che Lat.
Kali terakhir aku bercakap dengannya, Sabtu lalu iaitu meminta bantuannya membuat liputan pelancaran majalah terbaru terbitan Kumpulan Media Karangkraf – UMPAN.
Langsung tidak banyak bunyi, beliau cakap ok, itu ja.
Cukuplah, aku sudah tidak sanggup membaca wall seterusnya, berita pemergiaanya aku dikejutkan dengan panggilan telefon oleh seorang teman sepejabat Anita. Termenung panjang seketika aku, terus terbayang wajahnya yang senantiasa happy dan tidak pernah memaparkan mempunyai masalah. Itu kelebihan Che Lat.
Berita kematian Che Lat juga dipaparkan disini Mengidam kuih pau dan kepulangan terakhir.
Sebelum itu, beliau dikatakan telah menghubungi isterinya iaitu memberitahu akan pulang ke rumah, bagaimanapun tidak disangka itu adalah kepulangan terakhir beliau bersama jasadnya.

MFZA: AL-FATIHAH BUAT CHE LAT