Masih di Office

MyCerita@Here – https://fazlizainul.wordpress.commasih di office

Ketika ini orang ramai sedang sibuk menyiang daging untuk dibuat rendang.
Ketika ini orang sibuk berada didapur memasak, dan apa jua persiapan raya.
Ketika ini ramai yang sedang berada dikampung halaman bersama sanak-saudara.
Ketika ini aku masih di pejabat meneruskan saki baki kerja yang tertunggak.

Inilah lumrah dikatakan orang suratkhabar, hinggakan pernah satu pendapat mengatakan ‘andainya esok hari kiamat, pengeluaran surat khabar hendaklah diteruskan kerana melaporkan cerita berita’.

Sungguhpun hampir selesai semuanya, jari jemari aku masih lagi mengetuk papan kekunci komputer yang diberikan majikan untuk melaksanakan tugasan.
Mungkin perjalanan ke Perlis itu akan memakan masa empat jam dengan perjalanan sejauh 520km ke utara.

Perjalanan yang terpaksa aku tempuhi pada hari ini secara bersendirian.
Tiada teman sebelah, itulah kisah orang bujang.
Bagaimanapun, hendaklah juga sampai ke kampung.
Jangan sampai lepas solat raya dah la.

Selamat Hari Raya

MyCerita@Here – https://fazlizainul.wordpress.com

pelita dan ketupat

– Untuk orang yang MENYAYANGI ku:
Terima kasih telah membuatku menjadi orang yang begitu sempurna..

– Untuk orang yang pernah MENYAKITI ku:
Terima kasih telah mengajarkan erti kesabaran dan semoga kamu tidak akan pernah merasakan sakit yang aku rasakan..

– Untuk orang yang pernah AKU SAKITI:
maafkanlah kekhilafanku..aku hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan..

– Untuk SAHABATku:
mungkin kita memiliki banyak perbezaan, namun tak dapat dinafikan lagi kalau aku sangat memerlukanmu..

– Untuk orang yang pernah MENCINTAI ku:
Terima kasih telah memberi warna-warna cinta dalam kehidupan ku..

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
-palie

Raya dan balik kampung

Tahun ini aku dijangkakan akan balik kampung memandu bersendirian.
Beratnya hati untuk melakukan perjalanan bersendirian.
Paling cepat perjalanan ke kampung aku sejauh 520km akan mengambil masa empat jam, tetapi kali ini akan lebih kerana speedtrack banyak, nanti tak pasai2 kena tembak.
Nak tak nak aku kena balik juga, sebab abang balik lepas raya. Jadi aku kenalah meramaikan rumah. Lagipun ini raya terakhir kami lima beranak. Ikuti kisahnya.
Bukan apa, adik akan melangsungkan perkahwinan..
Apapun aku kena gagahkan untuk menempuhi perjalanan itu.

Kemana MATAHARI itu.

MyCerita@Here – https://fazlizainul.wordpress.com

Kemana Matahari itu pergi akhir ini.
Adakah semakin ke penghujung atau semakin dekat.
Usaha, doa dan tawakal menjadi peneman.
DIA Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya.

Hakikat mengatakan matahari akan membenamkan wajahnya,
Bagaimanapun perasaan itu tidak dapat dipastikan,
Benar atau sebaliknya,
Tunggulah masa yang sebenarnya.

Kemana matahari itu,
Mengharapkan cerah sehingga petang,
Hujan ditengah hari,
Tetapi pelangi indah menonjplkan dirinya.

MFZA: kepala yang kosong

Senyum yang tawar

Mycerita@here – https://fazlizainul.wordpress.com

Senyum,…
Senyum paling manis apabila aku suka melihat sesuatu dan ia adalah sedekah.
Senyum yang ikhlas membuatkan mata aku semakin sepet.
Senyum yang tawar apabila hati aku tidak tenteram.

Sukar,
Agak sukar bagi aku untuk memaksa melakukan senyuman apabila terpaksa.
Agak sukar bagi aku untuk berkata sebaliknya sedangkan itu adalah hakikatnya.
Agak sukar bagi aku melakukannya.
Agak sukar bagi aku untuk melupakannya.

MFZA: Ya Allah berikan aku kekuatan menghadapi semua ini.

Kami SAHABAT saja

tanda ikatan yang dipateri

Kali ini aku nak buat posting yang ‘ala-ala’ sidang akhbar, bukan apa sebab akhir ini aku sering dikaitkan dengan seorang kawan baik.
Bukan tujuan mendedahkannya siapa wanita ini, bagaimanpun menafikan persepsi sesetengah pihak.
Aku mengenali dia sejak dua tahun lalu, bagaimanapun menjadi rapat hampir setahun.
Sifat keibuan, kejujuran dan ketaatan kepada perintah ALLAH membuatkan aku suka melihatnya.
Dengarnya seruan Azan, pasti akan mencapai kain telekungnya dan menunaikan tanggung jawab kepada ALLAH.
Itulah dia.
Persahabatan kami diteruskan dengan erat, bagaimanapun akhir-akhir ini aku dikaitkan dengannya.
Arghhhh, sudah bagaimana nak menafikannya.
Bila cakap, orang tidak akan percaya, tetapi itulah hakikatnya, kerana antara kami ada perancangan dan perbezaan sendiri dalam membawa haluan masing-masing.
Itulah sebenarnya.
Alhamdulillah, pada 26 Nov ini dia sedang merancang untuk dipinang oleh keluarga sebelah lelaki.
Aku sentiasa mendoakannya agar itu pilihan tepat dan bahagia hingga akhir hayat.
Tanggapan dan persepsi adalah sesuatu yang sukar untuk dinafikannya.

MFZA: moga kamu berbahagia dengan si dia, aku punya prinsip sendiri.

Pelangi Indah selepas hujan

Kau sangat cantik, tetapi terlalu jauh untuk dicapai

Kita selalu beranggapan apabila ditimpa masalah itu adalah hukuman dan ujian daripada NYA.
Bagaimanapun kita langsung tidak pernah menyedari bahawa DIA akan memberikan PELANGI yang sangat indah selepas itu.
Pepatah Melayu ada menyebut;
Mengharapkan panas hingga petang, rupanya hujan turun di tengah hari.
Tetapi, jangan lupa:
DIA akan berikan PELANGI yang sangat indah selepas hujan.
Bagaimanapun kita janganlah cepat putus asa apabila ditimpa sesuatu bencana, sungguhpun sungguh berat untuk kita hadapinya.
Cubalah bangun dan lawan semula, InsyaAllah akan ditemukan dengan satu kejayaan.
Cuma sabar itu hendaklah ada dalam diri seseorang itu. Sebenarnya aku suka untuk menulis berkenaan pengalaman aku. Sebagai seorang insan yang kerdil, semalam aku ditimpa satu berita yang memberikan tamparan hebat kepada diri, hinggakan kepala aku sudah tidak mampu memikirkan sesuatu lain.
Aku hampir menyalahkan takdir yang berlaku, hinggakan terlupa apa yang perlu dilakukan. Alhamdulillah, sebelum malam menjelma, aku punya tiga PELANGI yang sangat indah. Cuma pelangi itu terlalu jauh untuk dicapai.
Tetapi DIA tetap memberikan aku ruang untuk melihat kedepan.

ALHAMDULLILLAH – ALHAMDULLILLAH – ALHAMDULLILLAH

MFZA: kembali kepada puncanya