Puasa, syoknya dia kembali lagi

makin kurus, puasa hari kedua

Tahun ini genaplah tujuh tahun aku berpuasa bersendirian ataupun berdikari, tiada lagi kuih muih untuk berbuka dan sahur yang dibuat emak, abah mahupun adik dan abang.
Semuanya dibeli atau makan yang disediakan tuan haji yang juga MD Kumpulan Media Karangkraf.
Walaupun agak sukar, aku juga terfikir, kenapa dalam usia 27 tahun ini tidak sekalipun aku yang bangun menyediakan makanan untuk sahur dan berbuka kepada mereka.
Ya, kenapa aku selalu memikirkan apa yang emak boleh buat, sepatutnya apa yang aku buat untuk emak dan abah.
Sudah cukup mereka memberikan segalanya kepada aku dengan Ilmu Akhirat, Dunia. Cuma aku hanya perlukan memacu arah yang aku mahu dan perlukan.
“Mak, Abah, Abang dan adik”, bagaimanapun abang lie tidak pernah melupakan kalian dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan.
Terima Kasih kerana langsung tidak pernah menghalang apa tindakan yang dilakukan, malainkan menegur apabila sedikit terkeluar daripada landasannya.
Tahun ini adalah tahun terakhir kita menyambut Ramadan dan Aidilfitri sebagai satu keluarga kerana penghujung tahun ini adik akan mengakhiri zaman bujangnya dengan jejaka pilihan.
Abang lie akan tetap buat dan sokong apa jua tindakan yang dilakukannya.
Berbalik kepada puasa tadi, aku mula sedar sukarnya hidup sebagai seorang bujang yang memerlukan penyediaan sendiri kelengkapan hidup.
Tetapi inilah jalan yang aku pilih buat masa ini, dan tidak mempersalahkan takdir.
Apa yang berlaku adalah pengalaman yang amat beharga dan itulah ‘cikgu’ terbaik yang dijadikan panduan.

MFZA: bersyukur dengan orang yang sekeliling.

Advertisements

One thought on “Puasa, syoknya dia kembali lagi

  1. Pingback: Raya dan balik kampung « Mycerita@here

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s