Kami SAHABAT saja

tanda ikatan yang dipateri

Kali ini aku nak buat posting yang ‘ala-ala’ sidang akhbar, bukan apa sebab akhir ini aku sering dikaitkan dengan seorang kawan baik.
Bukan tujuan mendedahkannya siapa wanita ini, bagaimanpun menafikan persepsi sesetengah pihak.
Aku mengenali dia sejak dua tahun lalu, bagaimanapun menjadi rapat hampir setahun.
Sifat keibuan, kejujuran dan ketaatan kepada perintah ALLAH membuatkan aku suka melihatnya.
Dengarnya seruan Azan, pasti akan mencapai kain telekungnya dan menunaikan tanggung jawab kepada ALLAH.
Itulah dia.
Persahabatan kami diteruskan dengan erat, bagaimanapun akhir-akhir ini aku dikaitkan dengannya.
Arghhhh, sudah bagaimana nak menafikannya.
Bila cakap, orang tidak akan percaya, tetapi itulah hakikatnya, kerana antara kami ada perancangan dan perbezaan sendiri dalam membawa haluan masing-masing.
Itulah sebenarnya.
Alhamdulillah, pada 26 Nov ini dia sedang merancang untuk dipinang oleh keluarga sebelah lelaki.
Aku sentiasa mendoakannya agar itu pilihan tepat dan bahagia hingga akhir hayat.
Tanggapan dan persepsi adalah sesuatu yang sukar untuk dinafikannya.

MFZA: moga kamu berbahagia dengan si dia, aku punya prinsip sendiri.

2 thoughts on “Kami SAHABAT saja

  1. Saya MENGKAGUMI kriteria yg awak gariskan..Sifat keibuan, kejujuran dan ketaatan kepada perintah ALLAH.Apa yg pnting,usaha lebih sikit,jangan berhenti meminta dengan Allah..InsyaAllah DIA takkan hampakan doa hambaNya.

    • Tuan, bukan kerana memilih tetapi itulah yang diperlukan dalam memberikan bekalan dalam kehidupan dan kebahagiaan.
      Jujur katakan, beliau seorang WANITA yang sangat tinggi budi pekerti.
      Sekiranya lelaki berkenaan gagal menjaga dan mensiasiakannya adalah kerugian yang amat sangat.
      terima kasih responds..

Leave a reply to Sahabat juga Cancel reply