Kenapa DIA pilih aku Palie

MyCerita@Here – https://fazlizainul.wordpress.com

Mencari konklusi di KL

Jumaat lepas, aku off semangnya berhajat melakukan ‘tour’ terhadap kawan-kawan yang mengadakan rumah terbuka kerana sabtu keesokkaanya aku bekerja.

Sejak bekerja sebagai wartawan boleh dikatakan ramai kengkawan marahkan aku kerana tidak dapat sertai apa yang dilakukan pada weekend dan public holiday, maklumlah aku bukan bercuti seperti mereka.
Apabila dapat ruang ini, akan dimanfaatkan sepenuhnya…

Bermula dengan perjalanan ke Plaza GM Bukit Tinggi, Klang bagi membeli beberapa persiapan perkahwinan adik, aku kemudiannya memecut ke Masjid Sultan Mizan Putrajaya begi menunaikan Solat Jumaat.

Sempat 10 minit sebelum solat, nak dijadikan cerita, aku mencari tempat wuduk tidak jumpa, huh kes niaya..
Kemudiannya aku ke Alamanda Putrajaya menemani my maklang membeli hp dan makan tengah hari. Dengan perut yang kenyang, aku kemudiannya ke rumah Khusairy + Rafidah di Percint 17 Putrajaya.

Punyalah sembang panjang sembang dari sampai waktu asar, hingga nak masuk waktu Isya barulah beransur, siap tapau lagi tu.. Khusairy sememangnya antara the best of best friends us, iaitu Dzofeer, Mus, Jan, Taufik dan ada lagi yang namanya aku tak tertulis.. Cuma dalam cerita ini dia yang kawin dulu diikuti Dzofeer dan menyusul Jan.

Masa dah malam, aku memang jalan sakan nie, singgah lagi berjumpa dengan mak angkat di Sungai Besi sebelum tido di Sungai Buloh.

Nak dijadikan cerita sebenarnya, aku mendapat panggilan tel dari seorang sahabat baik di UPM, dekat lima tahun kami tak berjumpa. Pada mulanya aku cuba mengelak untuk berjumpa dengan dia, sebab jam di hp aku menunjukkan 1033 minit malam. Tapi,… oleh kerana dia merayu aku, maka aku terpaksa jugaklah.

Katanya ada masalah yang nak dikongsikan dengan aku, aku tanya berkenaan apa kerja ka? Duit ka? Kalau duit, banyak mana aku boleh bantu sebab baru lepas raya nie, katanya bukan….kita kena jumpa baru boleh ceritakan..

Menjadikan restoren arab di pinggir KL sebagai lokasi pilihan, aku meletakkan syarat kepadanya dengan membelanjakan nasi mandy kambing. Ok katanya.

Akhirnya kira-kira jam 1056 malam kami bertemu dilokasi yang dijanjikan. TTerkejut aku melihat keadaannya yang dulu di UPM merupakan seorang yang periang bak kata happy go lucky lah. Tetapi malam tu aku tengok dia sangat berubauh. Seperti orang mati bini saja. Mana senyum manis hang, aku tengok semakin tawar dah.

Apa masalah hang lanie, nak kata ada bini, hang tu bujang trang-tang-tang. Ayam berak kapoq pun tak lagu nie.

Palie…palie… beberapa kali dia memanggil nama aku, aku nak bincang satu benda ngan hang, jom kita cari lokasi tepi sikit. Oklah aku melayan perasaannya. Apa kena ngan hang weh, kalau ada masalah hang ceritakan pada aku, mana tau aku boleh tolong hang.

Memang aku nak mintak tolong hang nie, sebenarnya cam nie, …. Aku dengan penuh perasaan sedang menantikan kata-kata seterusnya itu, bagaimanapun mulutnya kelu. Dengan nada agak keras aku menyapanya, weh jam dah 1110 nie, hang tak cerita aku nak balik jauh lagi nie, niaya aku sat lagi.

Katanya, cam nie lah Palie, aku sebenarnya baru patah hati dengan seseorang.. Lah dengan slamba aku tergelakkannya. Kawan aku nie tengah bercinta rupanya. Abih tu kenapa hang patah hati.

Mudahkan cerita ini, aku namakan kawan ini sebagai Mail, Mail dulu masa belajar hanglah pakar dan herokan. Pantang ada perempuan dahi licin hang rembat tak kira awek orang ka apa ka, suka hang ja. Ini bila kena kat hang baru hang tau. Aku dengan nada tegas menegur sikapnya.

Maunya tidak, dia suka kan perempuan tu slamba mengorat, tak suka tinggalkan… Lepas tu kenakan beberapa syarat ikut hati dia pulak ingat aky dua perkara yang sering dikatakannya; aku tak nak perempuan yang lebih umur dari aku dan tak mau orang jauh, tp dia dok menggatai mengorat orang jauh.

Apa lagi aku pun buka hadis lah, kata aku hang dengar ini janji ALLAH terhadap mahluknya, “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.” – Surah Asy-Syura: ayat 30. Ini janji NYA yang kita perlu akui. Tersenyap seketika dia….

Kemudian dia bersuara, Palie aku panggil hang nak luahkan perasaan pada hang bukan nak dengar ceramah, kepala dan hidup aku cukup sengsara, apa yang berlaku dulu tu masa aku nakal-nakal dan aku dah pun meminta maaf dan menjelaskan kepada depa apa yang aku buat dulu. Tiga daripadanya dah pun kawin, Alhamdulillah..

Hang kan dulu diibaratkan Doc Luv pada kengkawan, ramai yang hang satukan dan selesaikan masalah depa, cuma hang ja tak jadi-jadi lagi. Tersenyum aku bila terkena batang hidung. Mail semua yang aku tolong tu kerana Lillahitaaala. Ada yang dah dapat anak pun, depa tak ingat aku tak pa aku tak kisah, yang penting doakan kita semua.

Hah, apa sebenarnya kes hang nie Mail, teruk bebenor aku tengok cuba ceritakan pada aku, kot aku boleh tolong.

Macam nie lah palie, aku akui kesalahan aku dulu, dan kali ini aku serius berkawan dengan seorang perempuan nie. Aku tau dia ada BF. Aku kenai dia dah lama dekat tiga tahun, cuma tak berani nak dekatkan diri, hang tau lah kan aku nie jenis yang malu tapi mahu. Jadi aku slow2 mendekatinya. Ramai yang cuba menyatukan kami. Rupanya dalam keadaan itu, dia pun ada perasaan kepada aku cuma kami dihalang oleh teman lelakinya. Katanya pada bos aku, tiada sebab dia nak putus dengan BF dia dan Mail hadir lewat dalam hidup dia, jika tidak mungkin dia adalah milik Mail. Rrrrrr, cuba hang bayangkan bagaimana??

Dia cakap tidak ada sebab dia nak tinggalkan BF dia dalam masa kurang 3 bulan depa nak bertunang. Tak ke hang pening kepala dengar benda tu. Tekejut gajah lah aku palie, apa yang aku nak buat. Aku sangat sayang dia kerana budi pekertinya dan ketaatan kepada perintah ALLAH dan kedua ibu bapanya.

Aku pernah mengajak dia keluar berbuka puasa, dengan lembut dia menolak kerana dia bersebab. Sangat berbudi bahasa palie kalau hang nak tau dia tu. La nie aku sengsara dengan apa yang berlaku. Aku hanya berdoa dan bertawakal saja. Aku juga dok bayangkan jika aku dan BF dia tukar tempat. Apa akan aku rasa. Tetapi aku amat sayang dan mencintai dia.

Dia cakap jika aku sukakan dia kenapa dulu aku tak bersungguh2 dekatkan dengan dia, adoi pening palie apa yang harus aku lakukan nie. Apa pandangan hang. Tak kan aku nak frust menonggeng nie.

Sat2 mail, sebelum tu ada satu lagi janji ALLAH kepada kita; “Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. – (Qs. An Nur:26).

DIA dah berjanji Mail, hang kena banyakkan sabar dan dekatkan diri hang kepada NYA. InsyaAllah adanya hang punya rezeki.

Ya Palie, aku percaya Qada dan Qadar, cuma kali ini agak susah aku nak menghadapinya sebab aku terlalu takut untuk hilang dia. Aku pening dan buntu Palie. Boleh setiap malam aku menangis dan tidak boleh tido memikirkannya. Aku terlalu lemah untuk hadapinya. TAk tau lah kali ini kenapa….

Mail, sabaq2 Mail kes hang berat, aku pun tak dapat bantu melainkan diri hang kena kuat menghadapinya. ALLAH tidak akan menguji hambanya sekiranya hamba itu tidak kuat untuk hadapinya.

Apa boleh kita buat, kita hanya merancang DIA yang menentukannya. Hang kena kuat…

Ye Palie, dia sangat baik aku lihat perwatakkannya, nak tinggalkan rasa sayang, nak belai tangan dah tak sampai. Itulah yang berlaku kepada aku. Kalau dia masih berikan peluang kepada aku, InsyaAllah aku tidak akan mempersia-siakannya. Kenapa dia tak cakap kat aku jika aku nak kan dia, silalah merisik sebelum dia dipinang, bangun-bangun tido esok juga aku p jumpa mak dan ayah dia palie.

Aku pun tak tau keberanian luar biasa aku ada ini. Tapi itulah sebenarnya…

Mungkin ini masa untuk aku dibayar kembali dengan apa jua perbuatan yang telah aku lakukan terdahulu, palie aku buntu dan macam mati bini nie. Aku tak boleh tengok muka dia, sebab hati aku sangat sayu buat masa ini, tidak mahu lepaskan pandangan itu selama-lamanya.

Senyumannya itu, …. aku cuba menjauhkan diri dari nya namun aku tidak upaya untuk tipu diri sendiri dan hati. Apatah lagi dia pernah berkata meletakkan aku disatu sudut dihatinya….

Jam hp aku ketika itu menunjukkan 0124 hrs, mata aku pun semakin kuyu untuk celik, usaha aku seterusnya memohon mengundurkan diri.

Akhirnya, ada beberapa perkara yang diceritakan aku tidak mampu untuk dipaparkan disini. Mengimbas kisah Mail itu aku juga turut bersimpati, namun apa daya … susah … dan sukar … masing-masing ada perasaan tetapi sebaliknya. Mungkin ini cerita dari perspektif aku, dia aku tak tahulah mungkin sekadr menjaga air muka aku, bagaimanapun palie, aku nak habaq hang, aku amat menyayangi dan mencintai dia. Itulah yang mampu aku katakan dan tidak boleh menipu diri.

Dalam masa sama aku perlu sedar dia adalah milik orang lain yang dipinjamkan daripada ALLAH kepada Mahkluknya..

Kalau hang sanggup tunggu dia Mail, hang tunggu lah, tapi hang janganlah gunakan saluran yang dilaknati ALLAH aku tak nak sampai cam tu. Eh Palie tak lah sampai langgar batasan itu, InsyaAllah aku faham. Terima kasih hang sudi mendengar luahan aku, sekurang-kurangnya hilang bebanan kepala aku nie.

MFZA: Cinta tidak semestinya dimiliki adalah propaganda orang yang gagal dalam bercinta

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s