Deklarasi Himpunan Sejuta Umat

Himpunan Sejuta Umat
1. Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

2. Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi dalam Islam dan Perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

3. Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

4. Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

5. Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tiada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan akidah. Kami menggesa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada akidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar.

6. Meminta kerajaan supaya mengadakan program penerangan menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

7. Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha menggugat kesucian Islam.

8. Menyeru semua institusi dalam masyarakat teruatamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas mendidik anak-anak dan waris terdekat daripada terjebak dalam aktiviti pemesongan akidah.

9. Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media sama ada media cetak, elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

10. Menyeru seluruh umat Islam hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

Advertisements

Sebentar bersama Jamil Khir

MyCerita@Here – https://fazlizainul.wordpress.com

Dulu hanya tengok dalam tv saja, tak sangka boleh bersemuka

Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan. – Surah Al-Hujurat Ayat 6

Aku berkesempatan berbual dengan menteri agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Memang seroanok dan bangga, bukan apa, beliau adalah orang yang aku minati semasa menjadi panel dalam Forum Perdana Ehwal Islam terbitan RTM di TV1.

Bayangkan dulu aku hanya tengok melalui tv saja dan semalam aku berpeluang bersembang dengan dia hampir satu jam, makan semeja dan ambik makan sekali.

Tapi itu bukan point sebenar aku nak ceritakan. Apa yang aku nak gambarkan adalah kisah rumah beliau, kisah penggunaan wang zakat dan kita peribadi beliau sikit sebanyak.

Katanya, saya akan mendiamkan diri apabila dikritik berkenaan peribadi, sebaliknya akan menjawab apabila dihentam berkenaan Islam.

1. Tuduhan memiliki rumah gedabak.
Rumah yang terletak di Batu Caves itu telah dibeli beliau 17 tahun lalu dimana sebelum beliau mengikut misi PBB ke Somalia. Pelik katanya kenapa surat khabar pembangkang sanggup menyebarkan fitnah. Mungkin ramai tidak tahu, kenapa beliau membuat rumah begitu besar dan memiliki kereta yang banyak. Bukan tujuan membeli beliau, sebaliknya adalah cuba memaparkan apa yang diluahkan beliau. Kita mungkin tidak tahun beliau telah mengorbankan bilik tidur UTAMAnya kepada kedua ibu bapanya yang kini terlantar sakit. Kenapa beliau sanggup berbuat demikian, itu adalah pengorbanan beliau kepada ibu bapa yang membesarkan seperti hari ini. Kedua ibu bapanya sakit teruk yang memerlukan acces bilik air terdekat, jadi sebab itulah beliau berbuat demikian. Tahukah kita? Sebab itulah beliau ubah suai rumahnya. Berhubung tanah di lot sebelah, beliau telah membelinya sebelum menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri lagi. Katanya, saya sedih apabila akhbar Harakah berbuat demikian, sedangkan akhbar berkenaan adalah suara parti yang melaungkan ISLAM. Lebih terkilan dimana salah seorang pekerja dan orang penting Harakah mengenali beliau secara peribadi dan tinggal dalam satu kawasan dan taman beliau. Jadi staff berkenaan mampu tinggal dilokasi sama tidak menjadi pelik, sorang menteri yang bermula dari bawah memiliki perkara sama. Maksudnya menteri berkenaan tiada apa atau staff Harakah mempunyai apa-apa. Terkhilafnya staff berkenaan 1 Ramadan lalu rumahnya siap sepenuhnya. Tuduhan sama juga dikatakan beliau juga mempunyai banyak kereta. Tergelak besar beliau, sebenarnya 2 anaknya adalah PILOT, seorang AirAsia, seorang lagi MAS. Dua-dua mereka bekerja sebelum beliau menjadi menteri, jadi takkan tak boleh ada kereta? Kesian beliau dituduh sedemikian.

2. Duit zakat bagi kos guaman
Sebenarnya kita faham dan buat tak faham, ini pendapat aku. Ringkas kita fikirkan, jika tidak guna duit zakat, siapa yang bayar kos pengurusan pekerja dengan jabatan zakat di mana-mana negeri. Ini perkara mudah cuma ia berlaku kepada Jamil Khir. Kalau anda lupa, saya sorotkan kisah ini, Jamil dikatakan menggunakan RM32,000 bagi membiayai yuran guaman beliau dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.
Tujuannya adalah kos guaman kerana kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kesian, tak cukup fakta, sebenarnya adalah setiap pengurusan Zakat memperuntukan dana tertentu untuk digunakan mereka dalam urusan FIZABILILLAH. Sebagaimana kes ini, Jamil adalah menteri bertanggungjawab, jadi ini urusan pentadbiran, maka beliau berhak menggunakannya. BUKAN urusan peribadi. Peruntukan juga boleh digunakan bagi kes MURTAD, mayat tidak dituntut dan sebagainya.

Rupanya inilah kes sebenarnya, kenapalah orang mudah sangat mempercayai apa jua isu yang dilakukan tanpa sebarang soal siasat.

Dalam sembang-sembang itu, ada juga perkara antara beliau dan aku dikategorikan sebagai SULIT, jadi memang lah tak dapat nak coretkan dan kongsi bersama. 😉 maaf ya.

MFZA: Inilah sebenarnya berlaku…

Selamat Hari Lahir Abah

Pagi Raya Puasa 2011

Abah genap 54 tahun pada 14 Oktober lalu. Dalam umur begini abah telah membuat dua keputusan dalam hidupnya dimana tahun hadapan abah mengambil keputusan untuk menghantar surat bersara.
Satu perkara, tahun ini abah akan buat kenduri kahwin adik.
Setiap tahun, adik akan meraikan abah dengan majlis ringkas dirumah bersama mak, aku ja masih belum dapat sertainya, inilah akibat yang berada di KL.

MFZA: Moga abah terrus dikurniakan kesihatan yang baik

Salam Takziah, Lia

Siang tadi aku menerima khabar ibu kepada kawan baik aku telah kembali ke rahmatullah.
Moga kamu sekeluarga kuat dan tabah menghadapinya Lia aka Kemalia Othman.
Ingat, surah Al Anbiya’ ayat 35 ada menyebut “Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”
Cuma masa dan ketika kita tidak ketahui bila giliran kita.
Berbalik kepada arwah, aku difahamkan ibunya telah menderita akibat kanser lebih daripada dua tahun dimana Lia selalu berulang alik ke kampungnya di Muar, Johor.

MFZA: Moga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman, InsyaALLAH. Al-Fatihah.

Important health tips

MyCerita@Here – https://fazlizainul.wordpress.com

1.Answer phone by left ear.
2.Dont take medicine with cold water.
3.No heavy meals after 5 pm.
4.Drink more water in morning, less at night.
5.Best sleeping time is from 10pm-4 am
6.Do not lay down immediately after taking medicine.
7.When battery is low to the last bar, do not answer the phone, as the radiation is 1000 times more than normal.

Selamat Hari Lahir Dzofeer

MyCerita@Here – https://fazlizainul.wordpress.com

Dzofeer ketika mengikuti kursus penerbangan

Tahun ini agak setengah jam terlewat wish ulang tahun kelahiran kepada Dzofeer, bagaimanapun kira-kira jam 1238 pagi aku sempat berbuat demikian.
Seperti tahun, tahun terdahulu, aku adalah yang terawal.
Dzofeer sebenarnya adalah kawan baik, abang, adik dan sewaktu dengannya kepada aku dan keluarga aku.
Begitu juga keluarganya adalah amat rapat dengan aku. Mama dan Walednya seperti mak dan ayah aku. Begitulah hubungan kami sebab kami berkawan daripada kecik.
Alhamdullillah, tahun ini 9 Oktober 2011, Dzofeer menyambut ulang tahun kelahiran dengan isterinya, Wardah Mohsin dan anak didalam kandungannya.
Alhamdullillah…
Moga beliau, isteri dan anaknya sentiasa memperoleh kesihatan yang sempurna sepanjang hayat… InsyaAllah.
Amin, Ya Rabbalamin,..

pix on 2003 - masa brutal