Milo ais, Teh tarik dan Kopi ais

Sifoo Abd Jalil Ali - Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf

Sebut ja minuman diatas, ianya menang minuman kegemaran aku sejak kecil lagi. Jika dibawa ke kedai. Itulah salah satu menu pilihan aku, hingga sekarang. Walaupun kadang kala, kini aku cuba menikmati minuman halia.

Entah kenapa, suka sangat aku kepada minuman itu, jika Milo mungkin kepada coklatnya; jika teh tarik adalah kerana teh atau susunya atau kopi kerana kehitamannya.

Sungguh variasi, mungkin itu yang membuat aku sukakan pilihan. Bagaimanapun kena ingat, aku tidak mampu untuk minum ketiga-tiganya serentak. PARAH.

Namun akhir ini, aku mula sedar yang aku perlu membuat satu pilihan terkahir. Pilihan untik kesihatan yang berpanjangan. Adalah air putih atau air mineral.

Ya mungkin itu, kerana aku amat sukakannya kerana tidak punya perisa, Malahan baik untuk jangka panjang.

Harus diingat, air mineral yang Putih, suci dan jernih. Itulah pilihan terbaik aku masa ini.

Anda mungkn berlainan caranya, tetpi itulah bagi aku.

MFZA: Kepala makin pening,adoi… .

Pertunangan

Pertunangan

Takrifan dan Konsep pertunangan
Pertunangan adalah bermaksud seorang lelaki meminta perempuan tertentu untuk menikah dengannya.

“Sesungguhnya di antara keberkatan seorang wanita ialah kemudahan dalam meminangnya” – {Hadis Riwayat Ahmad, dihasankan oleh al-Albani dalam Sahih alJami’/2231}

Hukum peminangan adalah harus
Syarat wanita yang hendak dipinang hendaklah;
(i) bukan isteri orang,
(ii) bukan tunangan orang.
(ii) bukan mahram sendiri,
(iv) tidak dalam idah,
Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan.Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” – (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Pertunangan ialah proses saling belajar mengenal, insan baru yang bakal menjadi teman seumur hidup. Tetapi proses itu masih dalam keadaan kedua-duanya belum ada ikatan yang menghalalkan pergaulan. Masih ada batas yang perlu dijaga.

Adab pergaulan dengan tunang;
1. Ditemani oleh mahram (bagi pasangan wanita) dalam setiap pertemuan dan perbincangan.
2. Seelok-eloknya pertemuan diadakan di rumah pasangan wanita (ketika ada mahram dan ahli keluarga lain di rumah).
3. Tidak duduk berdua-duaan.
4. Dalam keadaan menutup aurat.

Tempoh Pertunangan.
Islam menggalakan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan , bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara- perkara yang tidak dapat diduga.
Para ulamak sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertunangan, cuma kebanyakkan mereka lebih cenderung untuk memendekkan tempoh.

MFZA: Majlis pertunangan akan menentukan segalanya, bila dan berapa, suka ada sesetengan negeri yang tidak meletakkan harga tinggi, sebaliknya perbincangan antara dua pihak.