2012 datang, 2011 kau pergi jua

Ya ALLAH, Moga 2012 adalah permulaan kepada kita untuk menambah langkah kearah kebaikan dan meninggalkan keburukan dan kekusutan yang selama ini membelenggu kehidupan kita. Engkau lengkapkan kekurangan kami pada 2012, isikannya pada 2012 dan kekalnya dalam kehidupan kami. Tetapkanlah pendirian kami sebagaimana Engkau tetapkan kejadian siang dan malam dalam membuat sebarang keputusan. Terangilah hidup kami dengan rezeki Mu yang halal dan diredai. Engkau satukanlah kami menjadi umat Mu yang sangat berguna. Jauhilah kami daripada persengketaan yang boleh memusnahkan kami Ya Allah. Amin, Amin, Amin Ya ALLAH.
Salam 2012
-palie
31 Disember 2011, Ahad, Seksyen 6 Shah Alam

Advertisements

Ku panjatkan doa

Ya Allah Ya Tuhan ku, aku memohon kepada Mu agar Engkau memberikan limpah kurnia rezeki, memudahkan urusan, memanjangkan umur dan bijak menggunakan peluang yang diberikan Engkau dalam kehidupan seharian.

Jauhilah insan-insan yang ku sayang daripada sebarng kesusahan yang membuatkan dia menderita.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui dalam sebarang tindakan dilakukan kami sebagai umat Mu.

Kepada Mu Ya Allah kami menyembah, kepada Mu jua kami menyerah.

-palie
Kg Gombak, Kuang – 0110 hrs, Isnin, 26 Disember 2011

Kepada Mu aku memohon

Ya ALLAH Ya Tuhan ku, tuhan yg maha mengetahui dan maha berkuasa, aku mendoakan agar engkau mempermudahkan segala urusan insan2 terdekat dgn ku. Berikanlah kpd mrk kesihatan, kebijaksanaan dan ketenangan agar setiap keputusan yg dilakukan adalah terbaik dan muktamad; mudah melakukan tugasan dijalan yg engkau redai, jauhilah mrk drpd sebarang bencana dan kesengsaraan sebagaimana yg engkau berikan kpd umatmu terdahulu yg semestinya kami tidak mampu hadapinya. Ya ALLAH, Ya Tuhan ku, hanya kpd engkau aku berserah.

-palie
Jumaat, 22 Disember 2011 – 0115 hrs, Teratak Bonda

Kelebihan Al-Quran

۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir..

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa sahaja, mereka hanya tengok.

۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.

۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.

۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia akan stroke. Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

۞ Syaitan kata, ‘JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!

-palie

Wacana Sinar Harian: PRU13, Undi Siapa Menjadi Penentu

Wacana Sinar Harian edisi ke-9, PRU13: Undi Siapa Menjadi Penentu

Terakhir dari kami untuk tahun ini, kami menjanjikan ini adalah kelainan dan memuaskan hati semua pihak ikutilah Wacana Sinar Harian edisi ke-9, PRU13: Undi Siapa Menjadi Penentu. Panelnya adalah YB Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), YB Datuk Saifuddin Abdullah (Ahli Majlis Tertinggi Umno), YB Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial UM), Datuk Zaid Ibrahim (Ketua Parti KITA) dan wacana dikendalikan moderator, DR Maszlee Malik
(Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pada: 13 Dis 2011 (Selasa) 2.30 – 5.00 petang
Tempat: Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.