Untuk apa perjuangkan kebebasan akademik dan AUKU

Universiti Pendidikan Sultan Idris

“Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995. “

Aku juga pernah menjadi Mahasiswa, juga aktif dalam berpesatuan baik peringkat fakulti dan universiti mahupun kolej. Namun bagi aku Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bukanlah menjadi halangan untuk kami berpolitik dan menyuarakan masalah yang dihadapi.

Apa yang dilihat hari ini, mereka menjadikan AUKU sebagai bebanan dalam melaungkan kebebasan akademik.

Apa kebebasan akademik yang dimahukan, tidak cukupkah dengan peruntukan kerajaan yang diberikan hari ini antaranya Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu memberikan hak rakyat untuk berhimpun.

Bagaimanapun, harus diingat bahawa, Perkara 10 itu berdiri dengan sub seksyen yang mengatakan ia bersangkutan dengan akta lain. Contohnya, berkaitan dengan perhimpunan awam, adalah berkait dengan Seksyen 27 Akta Polis, yang menghendaki mereka mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Polis Daerah sebelum melakukan aktiviti.

Inilah yang mereka tak faham atau buat-buat tak faham.

Kejadian di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini jelas menarik perhatian aku dimana menunjukkan mahasiswa kini bukan sahaja melaungkan kebebasan akademik, sebaliknya semakin biadap dan langsung tidak menghormati undang-undang. Provokasi yang melampau.

Kononnya memperjuangkan nasib rakan mereka, Adam Adli yang bakal berhadapan dengan perbicaraan UPSI kerana menimbulkan ketidak tenteraman awam di hadapan Ibu Pejabat Umno, KL.

Mereka juga memperjuangkan agar keranaan menghapuskan Seksyen 15 AUKU 1971 yang bermaksud Seksyen 15D pelajar yang sedang dipertuduh di bawah sebarang kesalahan jenayah diluar, di mana pelajar terbabit hendaklah digantung pengajian hinggalah kesnya selesai. Kononnya mereka mendakwa peruntukan ini jelas berlawanan dengan prinsip ‘a man is innocent until proven guilty’ kerana pelajar terbabit telahpun ‘dihukum’ sedangkan kesalahannya belum dibuktikan lagi. Jika didapati bersalah pelajar terbabit secara automatik akan dipecat dan sekiranya didapati tidak bersalah, akan diterima kembali untuk menyambung pengajian. Tetapi kita semua maklum bahawa sesuatu kes di mahkamah akan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

Mungkin ada baiknya meminda seksyen 15 ini, tetapi bukan ini caranya. Gunakanlah saluran berhemah.

Pelik melihat kejadian UPSI, Cuma harapan, janganlah mereka ini dikudakan oleh mana-mana parti politik untuk menghilangkan kepercayaan kepada kerajaan.

Alhamdulillah aku berjaya menghabiskan pelajar juga, tidak perlu sehingga melupakan tanggungjawab kita sebenarnya untuk belajar. Ingat harapan kedua ibu bapa dan tujuan utama kita kenapa berada disitu.

-palie
0141 hrs, 2 Januari 2011, Seksyen 6 Shah Alam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s