Pernahkah kita laluinya

Sape pernah buat salah satu benda-benda kt bwh ni masa kecil :

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari ‘handle’, rasa hebat sangat.

4. Masa sekolah,ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang
lain, beratur ambil air lagi.

5. Lukis burung guna huruf M.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni –> ♥

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

9. Kalau tak siap keje rumah sengaja tinggal buku latihan kat rumah.

Bila mengenang perkara ini teringat masa kanak-kanak. Silap sikit kena cubit, rotan dan tarik telinga.

Alhamdullillah, jadi jugak aku ‘orang’.

Advertisements

Inikah Cinta – plot 1

Love is so complicated. It is a combination of affection, loyalty, respect, honor, empathy, and so much more.

Petang itu, Fahrin terlalu sibuk dengan kekangan tugasan dipejabat ditambah pula bosnya En Anuar mendesak mahu beliau segerakan menyiap proposel untuk pelanggan kek lapis keluaran syarikat Kumpulan Permanis.

Seperti biasa, setiap hujung bulan, beliau perlu menyiapkan semua tuntutan elaun dan bayaran kepada lebih 250 pekerja Kumpulan Permanis, iaitu sebuah syarikat membuat kek lapis Sarawak yang terkenal di Malaysia.

Fahrin bekerja sebagai Pengurus Pemasaran.

Termenung seketika Fahrin menjengah keluar tingkap pejabatnya, sambil menarik nafas panjang, matanya terlihat beberapa ekor burung merbuk berada diluar sedang bertenggek di tiang pagar pejabat.

Tiba-tiba deruan kereta yang kebetulan melalui Jalan Petaling dihadapan pejabatnya membuatkan burung-burung itu terkejut lalu terbang tanpa tujuan. Fahrin pun tersentak, walaupun antara dia dengan pagar berkenaan kira-kira 15 meter.

Lalu kembali menghadap muka monitor komputer Dell Vostro 260MT yang baru seminggu di tukar oleh Jabatan Teknologi Maklumat kerana kapasiti komputer lamanya sudah tidak mampu di Install dengan pelbagai perisian terbaru untuk membuat kerja-kerja editing gambar dan susun atur reka letak sebarang urusan proposel pelanggan.

“Woi Fahrin, apa yang engkau tenungkan itu, jom minum petang nie, masa rehat la jam 5 petang rehat dulu,” kata Rahmat yang menyapa Fahrin dari belakang.

“Tak apa Mat, kau pergi dulu, nanti aku menyusul, aku tengah siapkan proposer hi tea Mutiara Emas nie, bos Anuar nak aku bentangkan pada dia jam 6 nanti.

“Aku kena selesaikan juga, kalau tak mesti kena bambu punya aku nanti,” katan Fahrin yang menolak pelawaan Rahmad.

Dengan kecewa, Rahmad menyediri ke Cafe Wira di tingkat lima pejabat 12 tingkat Kumpulan Permanis.

Fahrin terus dengan kerjanya yang masih belum menampakkan penghujung itu. Fikirannya terus melayang memikirkan proposel itu. Nekad Fahrin,… siap atau tidak dia perlu juga membentangkan kepada En Anuar yang sedang menanti.

Apabila melihat jarum jam tangannya menegak, pendek dan panjang berada pada satu lajur yang sama, dari atas ke bawah, secara tiba-tiba peluh jantannya mengalir walaupun penghawa dingin masih lagi dihidupkan.

Apapun berlaku aku tetap perlu berjumpa En Anuar, lebih baik aku berterus terang daripada menyembunyikan progress proposel yang masih belum siap, bisik hati Fahrin.

Pintu bilik En Anuar diketuk, lalu dia menjemput Fahrin masuk.

Bagi 250 pekerja Kumpulan Permanis, bilik berkenaan adalah bilik puaka, kerana sesiapa yang keluar dari bilik itu pasti mukanya merah padam.

– bersambung

Engkau tahu segalanya

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.

-palie
1023 hrs, 1 Februari 2012, Seksyen 6, Shah Alam