Siapakah sebenarnya Hoslan Hussain

Hoslan Hussain

Sesiapa yang tidak mengenali Hoslan Hussain, sukacitanya aku memperkenalkan dia di sini.
Bukan cuba menolak kebenaran, mahupun menyembunyikan kebatilan, tetapi ini dipaparkan sendiri oleh bekas majikan beliau, Masjid Ar-Rahman, Kg Pandan, KL.
Kesian orang kita kalau tertipu dan diperdaya mereka yang tidak bertanggungjawab.
Mungkin juga ada kebenaran atau tidak kisah ini, kerana sesiapa pun boleh menafikannya. Tetapi peluang juga perlu diberikan kepada mereka mendedahkannya.
Siapakah sebenarnya Hoslan Hussain? yang menjadi imam di masjid berkenaan dan apa kelulusannya. Inilah yang menjadi persoalan dikalangan masyarakat.
Apa pun, aku rasa Masjid Ar-Rahman, Kg Pandan, KL cuba memaparkan keadaan sebenar bagi menafikan tuduhan dan dakwaan yang dikeluarkan sebelah pihak.
Baca di sini kisah sebenarnya.
Siapa aku untuk menasihatkan Pas, tetapi inilah hakikat yang perlu diketahui…
Beberapa persoalan yang aku nak bangkitkan adalah?
1. Kenapa susah sangat nak pindah apabila diarahkan berpindah?
2. Adakah membaling kasut adalah budaya Islam?
3. Kenapa Pas bersungguh-sungguh memperjuangkan dia?
4. Kenapa bersikap biadap semasa khutbah jumaat – larangan sertai Bersih

Selamat Hari Polis ke 205 – “Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami”

25 Mac 2012, genaplah 205 penubuhan pasukan polis di Malaysia.
Tahun ini, keluarga aku bertambang seorang lagi polis, iaitu adik ipaq.
Sebelum ini hanyalah, Abah, Mak dan Abang dalam keluarga aku yang menjadi polis.
Apa pun Selamat Hari Polis ke 205 dengan tema “Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami”.
Ungkapan keramat itu juga ditujukan kepada sesiapa yang mengenali diri ku.

Tahun ini, polis juga memperkenalkan maskot baru bagi menggantikan ‘Sang Saka Biru’ sebelum ini kepada ‘Harimau Biru’.

MATLAMAT MASKOT “HARIMAU BIRU” PDRM :

1. Lebih mesra bersama rakyat dan melihat PDRM sebagai figura badan berkuasa dan sahabat yang boleh dipercayai.

2. Mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang mantap mengenai fungsi dan peranan PDRM.

3. Melihat PDRM sebagai inspirasi untuk berhemah, bertanggungjawab dan berintegriti tinggi untuk menjadi yang terbaik.

4. Menghormati PDRM sebagai agensi penguatkuasa undang-undang negara yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.

“Harimau Biru” menjadi harapan kepada kesinambungan kehadiran PDRM dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dan sentiasa mengekalkan minat masyarakat terhadap PDRM.

Anak menteri serang jaga?

Nak dekat PRU nie macam-macam lah yang akan didedahkan, paling banyak kisah buruk berkenaan seseorang itu, baik dikalangan BN mahupun PR. Ada ja, pelbagai akan ditimbulkan…
Jadi kalau nak dikekalkan sebagai calon awas lah..
Hari ini Jingga 13 membangkitkan satu kes di mana seorang anak menteri dikatakan menyerang penyelia keselamatan sebuah kondominium kerana enggan membuka gate utama.
Nak tau menteri mana, dia seorang menteri kanan, siapa ya…
Tengok sini baru tau siapa dia

Conflict Zone Reporting Workshop

Tiga hari ini aku menghadiri satu kursus yang dianjurkan Malaysian Press Institute.
Kursus bertajuk: Conflict Zone Reporting Workshop di Peninsula Residence All Suite Hotel, KL (20 – 22 March 2012).
Kira kursus ini banyak memberikan input berguna buat aku untuk diaplikasikan dalam kerja seharian, maklum lah aku pernah juga jadi ahli PBSM masa sekolah, tapi separuh jalan ja, sebab masuk pun krn malas nak join merentas desa, jadi masuk PBSM boleh jadi petugas.
Paling menarik penceramah former Reuters Photographer, Zainal Abdul Halim dan Peter Arnett – winner of Pulitzer Prize. Ada juga ceramah oleh Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma UM, Dr Risha, Dr Ali dan bekas Pengarah Kor Kesihatan ATM.
Memang menarik..
Dalam kursus juga jumpa aku dengan member-member lama, antanranya Turmazi (kosmo), Saiful (Utusan), Mazidul (TV3) dan Hafiz (Metro).
Ada juga personaliti tv3, Norzie Pawan Chek, Salina, Irin Putri dan Nurul Syhada Nurul Ain. Rupanya kami sama bidang – cuma dorg nie media elektronik, jadi glamour lah. Kena pulak ada rupa dan gaya (rezeki tu), pakej lengkap.
Petang nie akan habis dah. Esok kembalilah tugasan aku sebagai wartawan SINAR HARIAN.. Apapun aku rasa, klu ada orang pengsan depan aku lepas nie, CPR tu kira lepas dah la…

-palie
Jalan Semantan, KL, 1216 hrs

KEMALA Sasterawan Negara ke 11

KemalaDATO’ DR. AHMAD KAMAL ABDULLAH atau KEMALA penerima Anugerah Sastera Negara (ASN) ke-11. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anugerah ini diberikan kepada tokoh sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan sastera yang bermutu tinggi.

Dato’ Dr. Kemala dilahirkan di Gombak, Selangor dan diumumkan selepas Mesyuarat Akhir Panel Penilai Anugerah Sastera Negara di Putrajaya. Tokoh ini mula menulis sejak di bangku sekolah rendah lagi dan kini merupakan Sarjana Tamu di Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau menghasilkan pelbagai genre dan karya sastera, antaranya 11 buah buku kumpulan puisi, 25 buah buku antologi puisi, 10 buah buku kajian sastera, empat buah buku kumpulan cerpen, lapan buah buku antologi cerpen, empat buah drama, tiga buah buku cerita kanak-kanak dan banyak lagi.

Tokoh sastera ini ialah pengasas Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (1993) dan tradisi baca puisi di Malaysia yang dimulakan dengan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (1986). Gaya, sebutan dan rentak suara pembacaannya menjadi ikon dan ikutan generasi muda. Karya beliau, terutama puisi bukan sahaja diminati malah menjadi ikutan generasi baharu termasuk sarjana dalam dan luar negara.

Karya-karya tokoh ini bermutu tinggi, dalam daya renungnya, tinggi daya cipta dan daya rekanya serta mempunyai nilai estetika yang mengagumkan. Karyanya turut diterjemahkan ke dalam bahasa asing seperti bahasa Cina, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol, dan Serbia-Croatia. Dato’ Dr. Kemala banyak mendapat anugerah dan penghargaan dalam dan luar, seperti Anugerah S. E.A Write (1986) daripada Kerajaan Thailand, Anugerah Pujangga daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (2002) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

Antara sumbangan yang diterima oleh penerima ASN ialah watikah penghormatan negara dan wang tunai berjumlah RM60,000 selain penerbitan sebanyak 50,000 naskhah atau kos cetakan penerima anugerah bernilai maksimum RM500,000 untuk dibeli oleh kerajaan dan disebarkan dengan meluas ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Afghan, best ghupanya lagu-lagu dia nie

Afghan Syahreza – (lahir di Jakarta, 27 Mei 1989; umur 19 tahun) adalah penyanyi Indonesia.
Anak kedua dari empat bersaudara pasangan Lola Purnama dan Loyd Yahya ini merilis debut albumnya berjudul Confession No1 di bulan Januari 2008.

Album yang diisi dengan 13 lagu ini kental terasa dipengaruhi pop, soul, R&B, dan jazz dan mengandalkan lagu “Terima Kasih Cinta”, “Klise”, dan “Tanpa Batas Waktu”.

Sementara penggarapan video klip untuk lagu “Terima Kasih Cinta” dengan bintang Thalita Latief, dikerjakan oleh sutradara Jose Purnomo. Album ini diproduksi oleh Wanna B Production dan didistribusikan di bawah label PT Sony-BMG dan penggarapannya dibantu sejumlah musisi ternama antara lain Fajar LMN, Harry Budiman (produser Tangga), Deddy Dhukun, dan Dian Pramana Putra, dan Bebi Romeo sebagai komposer.

Afgan dibesarkan di tengah keluarga yang suka menikmati musik. Bahkan mahasiswa Fakultas Ekonomi Universitas Indonesia ini sejak SMU sudah sering didaulat untuk menyanyi, namun selalu menolak karena sifatnya yang pemalu.

Karirnya diawali ketika bersama teman-temannya berkunjung ke WannaB Instant Recording Studio. Di studio ini mereka menyanyi dan merekamnya dalam CD untuk koleksi pribadi.

Diluar dugaan ternyata suara emas Afgan terpantau oleh Produser WannaB yang langsung menawarinya rekaman. Awalnya sempat ragu tapi akhirnya diterima juga dan langsung masuk dapur rekaman.

Ternyata album pertamanya disuka peminat musik dan mampu menempati posisi tertinggi di Chart radio dan TV terkemuka di Indonesia.

Antara lagu-lagunya…