Ditelan pahit, dibuang sayang

Kek Coklat from Pasir Gudang

Lepas lunch hour tadi, aku menerima seketul kek coklat, jika dilihat dari jauh dan luar lebih baik dibandingkan kek yang dijual mana-mana kedai, cuma apa yang sama adalah hitam dan pekat dengan coklatnya.

Mungkin dijual dengan harga RM3 seketul, namun sebaliknya bagi aku, kerana ia adalah tanda berakhirnya sebuah kehidupan dan bermula sebuah peta baru.

Alhamdulillah, selesai segalanya. Bukan suka, tetapi syukur kerana awak telah melalui satu fasa baru.

Cuma sedikit terkejut kerana dua minggu itu begitu cepat berlalu tanpa sebarang tanda. Hilang juga seketika semangat dok buat kerja. Huhuu…

Sebenarnya, aku telah bersedia dengan keadaan ini, cuma aku tak sangka sebegitu cepat sekali. Terbayang seketika saat itu dan seperti masih semalam.

Kek coklat pun menjadi ‘ditelan pahit, dibuang sayang’. Apapun, itulah keputusan terbaik dan kekal ke akhir hayat.

Entry kali ini cukup pendek, entah fikiran kusut, penat atau aku pun tak tau kenapa. Dah 6 hari aku kerja nonstop nampaknya. Esok pagi boleh main badminton, melawat kengkawan yang sakit dan menyelesaikan beberapa misi penting lagi.

MFZA: Abang mendoakan kebaikan untuk awak, moga ikatan yang awak bina itu kekal hingga akhir hayat. Salam hormat buat Cik FFZ.

Strategi dah menjadi

Aku le,...

Hari ini aku syukur dan gembira kerana hampir 24 jam post dua entry, blog aku dilawati hampir 500 pengunjung.
Aku dah tau apa sebenarnya kunci kejayaan sesebuah blog.
Ye lah siapa aku ini untuk mendapat viewer sebegitu banyak, melainkan aku cuba isikan sesuatu yang menarik.
23 jam, sebanyak 435 pengunjung, itu tolak aku dok refesh satu hari dalam 20 kali.
Apapun aku suka dan syukur, aku dah tahu bagaimana mengendalikannya.
Yeye…

Anwar Ibrahim

Aku rasa gambar ini membolehkan beberapa pihak menepuk dahi, tambah pula musuh politiknya. Lihatlah betapa humble nya  dia, walaupun berlakon atau sebaliknya, dia boleh melakukan.
Itulah dikatakan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kepada suaminya ‘Anugerah Tuhan’.
Jika beliau boleh melakukannya, kenapa pemimpin lain tidak melakukan seperti beliau.
Lihat, ini bukan mencari publisiti murahan, sebaliknya adalah sebagai panduan kepada mereka yang mahu menumpaskannya.
Itulah Datuk Seri Anwar Ibrahim – Ketua Pembangkang

Buat apalah sorang-sorang tu!

Eh-eh dah ada peneman nampaknya,...

Plaza Lee Garden Hatyai di bom – Aku selamat

Hatyai - Novotel Hotel

Terkejut aku apabila diberitakan Plaza Lee Gardens Hotel Hatyai dibom serentak dipercayai pemberontak di dua lokasi lain di dalam kawasan Yala.
Sebenarnya aku sudah beberapa kali ketiga-tiga wilayah Islam terbesar di Selatan Thailand iaitu Yala, Pathani dan Narathiwat.
Semasa di Hatyai aku menginap di hadapan Plaza Lee Gardens tu, jika lihat gambar sebelah, plaza berkenaan adalah sebelah kiri.
Hatyai adalah lokasi paling selamat sebelum ini bertukar menjadi mimpi ngeri apabila diletupkan dengan bom yang dipercayai dikawal menggunakan telefon bimbit.
Sebelah malam adalah kota keriangan dengan pelbagai aktiviti persundalan – antara faktor menarik lebih ramai pelancong ke pekan yang terletak kira-kira 60 kilometer dengan sempadan Malaysia dari Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis.

Faktor pengeboman:
Selalunya dikaitkan dengan tiga faktor utama, iaitu:
1. Kumpulan Pemisah
2. Kumpulan penjenayah narkotik
3. Gerakan kerajaan yang cuba menimbulkan huru-hara (sumber tidak sahih)

Plaza Lee Gardens adalah kesinambungan dengan Hotel Lee Gardens yang amat sinonim dengan Malaysia di mana Rundingan Hatyai dimateri antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya bagi perletakan senjata dan menamatkan anasir komunis pada 2 Disember 1989.  Rundingan berkenaan adalah sambungan daripada kegagalan Rundingan Damai Baling 1955.

Apa pun aku sangat besyukur kerana dalam kejadian yang mengorbankan 11 orang itu, aku sudah dua tahun tidak ke sana.