Plaza Lee Garden Hatyai di bom – Aku selamat

Hatyai - Novotel Hotel

Terkejut aku apabila diberitakan Plaza Lee Gardens Hotel Hatyai dibom serentak dipercayai pemberontak di dua lokasi lain di dalam kawasan Yala.
Sebenarnya aku sudah beberapa kali ketiga-tiga wilayah Islam terbesar di Selatan Thailand iaitu Yala, Pathani dan Narathiwat.
Semasa di Hatyai aku menginap di hadapan Plaza Lee Gardens tu, jika lihat gambar sebelah, plaza berkenaan adalah sebelah kiri.
Hatyai adalah lokasi paling selamat sebelum ini bertukar menjadi mimpi ngeri apabila diletupkan dengan bom yang dipercayai dikawal menggunakan telefon bimbit.
Sebelah malam adalah kota keriangan dengan pelbagai aktiviti persundalan – antara faktor menarik lebih ramai pelancong ke pekan yang terletak kira-kira 60 kilometer dengan sempadan Malaysia dari Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis.

Faktor pengeboman:
Selalunya dikaitkan dengan tiga faktor utama, iaitu:
1. Kumpulan Pemisah
2. Kumpulan penjenayah narkotik
3. Gerakan kerajaan yang cuba menimbulkan huru-hara (sumber tidak sahih)

Plaza Lee Gardens adalah kesinambungan dengan Hotel Lee Gardens yang amat sinonim dengan Malaysia di mana Rundingan Hatyai dimateri antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya bagi perletakan senjata dan menamatkan anasir komunis pada 2 Disember 1989.  Rundingan berkenaan adalah sambungan daripada kegagalan Rundingan Damai Baling 1955.

Apa pun aku sangat besyukur kerana dalam kejadian yang mengorbankan 11 orang itu, aku sudah dua tahun tidak ke sana.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s