Rintihan Azmin Ali, respon berhubung kenyataan emaknya.

AZMIN ALI

AZMIN ALI

PEJABAT TIMBALAN PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT
ISNIN | 7 MEI 2012

Kasih Anak: Saya Tidak Pernah Derhaka

Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh kepada tuntutan Al Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada prinsip perjuangan. Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya.

Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik. Saya turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul khatimah dan ditempatkan ruhnya di syurga yang penuh nikmat.

Saya menyeru kepada media supaya tidak menganggu ibu saya dan UMNO janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik UMNO yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.

Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.

Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelek yang disuburkan oleh UMNO dan media yang ditunggangi mereka.

Saya berserah segala-galanya kepada Allah SWT dalam menghadapi mehnah ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah UMNO. Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja- kerja Parti selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN


Pejabat YB Mohamed Azmin Bin Ali
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Ahli Parlimen Gombak
Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa

Tuntutan Bersih

Bersih sudah tiga kali berlangsung dan kali ini agak mendapat perhatian lebih dari kehadiran rakyat, liputan media dan keganasan

Bagaimanapun Bersih tetap konsisten dengan tuntutannya, berikut adalah LAPAN tuntutan Bersih adalah bersihkan senarai undireformasi kepada undi posgunakan dakwat kekaltempoh kempen minimum 21 hariakses media yang bebas dan adilkukuhkan institusi awamhentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Dalam sesi dialog bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media dan wakil agensi kerajaan anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) baru-baru ini ,Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan lbeberapa tuntutan utama itu.

Senarai pengundi berdaftar :

  • daftar pemilih untuk lebih 12 juta orang pengundi telah dikemas kini mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja iaitu alamat pada MyKad pengundi bermula 2002.
  • Menjadi tanggungjawab pengundi menyemak alamat berdaftar mereka untuk dibersihkan kerana SPR tiada kuasa untuk menukar alamat tersebut tanpa dipohon sendiri individu berkenaan.
  • seseorang itu berhak mendaftar alamat mengundi di kampung halamannya,bukan di tempat dia bermastautin. Lebih 40 peratus pengundi berdaftar yang ada kini berbuat demikian. Ada undang-undang menetapkan alamat perlu dikemaskini dengan JPN selepas tiga bulan berpindah tetapi tidak ramai yang berbuat demikian.
  • SPR hanya merujuk kepada maklumat JPN mengenai kematian pengundi, bukannya mengikut cakap sesiapa sahaja.Maklumat kematian bergantung kepada waris untuk memaklumkan kepada JPN. Kesukaran paling banyak timbul untuk penduduk pedalaman di Sabah dan Sarawak. Inilah yang dicanang-canangkan kononnya ada pengundi hantu.
  • Hakikatnya, tiada daftar pengundi di dunia yang bersih 100 peratus memandangkan faktor seperti kematian adalah sesuatu ynag tidak boleh dijangkakan.

Undi Pos:

  • SPR sedang membuat penambahbaikan. Untuk  memansuhkan terus kaedah itu tidak mungkin kerana tidak adil kepada rakyat yang bertugas pada hari mengundi atau di luar negara.
  • Pengundi yang dibenarkan membuang undi melalui pos adalah polis, tentera, pelajar sepenuh masa di luar negara dan kakitangan kerajaan yang bertugas di luar negara berserta ahli keluarga mereka. SPR juga sedang mengkaji undi pos untuk petugas media.
  • SPR akan memantapkan lagi undi pos dan akan laksanakan undian awal mulai Pilihan Raya Umum Ke-13.
  • Walkil (Ejen) parti-parti politik juga kini dibenarkan memantau undi pos di kem dan ibu pejabat polis hasil usaha penambahbaikan itu.

Penggunaan Dakwat Hitam:

  • Amalannya seolah-olah satu langkah ke belakang. Yang praktikal ilaah   sistem 12 digit individu pada MyKad merupakan antara tercanggih di dunia. Dakwat hitam digunakan di negara yang tidak memiliki sistem seperti MyKad serta mempunyai berpuluh juta pengundi.
  • Penggunaan dakwat  juga bercanggah dengan Perlembagaan negara dan pindaan perlu dibuat jika kaedah itu mahu dilaksanakan.
  • SPR juga pertimbangkan untuk gunakan sistem biometrik dan mengikut maklumat asal JPN.

21 hari berkempen

  • Tempoh kempen yang diberikan SPR adalah sesuai dengan realiti negara ini. Ia sudah berpatutan untuk rakyat kerana kita hanya mempunyai hanya 12 juta pengundi.
  • Di negara luar seperti  Indonesia berkempen selama satu bulan adalah wajar kerana negara itu mempunyai ribuan pulau dan lebih 100 juta pengundi.

Tuntutan-tuntututan yang lain lebih merupakan tuduhan-tuduhan politik semata-mata.

Ulasan aku satu persatu berhubung isu ini

Tuntutan Bersih  :
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
– Kerajaan dari masa ke semasa senantiasa menambahbaih perkara ini

2. Reformasikan Undi Pos
– PSC ditubuhkan, bagaimanapun pembangkang lari dari Parlimen semasa diundi

3. Gunakan Dakwat Kekal
– Sedang dikaji dakwat yang sesuai

4. Akses Media Yang Bebas & Adil
– Semua media dimiliki parti politik dan kerajaan memerintah
Utusan Malaysia milik Umno
Media Prima milik Umno
Suara Keadilan milik PKR
Harakah milik Pas
Kesimpulannya kesemua akhbar membawa agenda taukeh sendiri

5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
– Akan dipiutuskan

6. Kukuhkan Institusi Awam
– Sejauh mana institusi awam tidak kukuh

7. Hentikan Rasuah
– Rasuah adalah masalah individu, bukannya kerajaan. Kerajaan pandang serius dengan mewujudkan SPRM

8. Hentikan Politik Kotor
– Apakah politik kotor adalah kuasa SPR dan bagaimanakah mengatakan politik itu kotor. Parti apapun baik Pas, DAP, PKR, Umno dan pelbagai lagi, kekotoran politik adalah sikap individu. Lihat pemilihan parti sendiri, bagaimana?

MFZA: Serius penat sembang dengan orang yang tak boleh tinggalkan baju yang dipakainya.