Bye-bye Sinar Harian Nasional

Sedutan email terakhir kepada Sinar Harian Nasional


Assalammualaikum….

Ini mungkin email terakhir saya secara rasmi kepada semua abang-abang, kakak-kakak sahabat saya yang bersama jatuh dan bangun bersama dalam team Nasional iaitu News Desk, Crime, Mahkamah dan yang berkaitan dengan tugasan saya bersama Sinar Harian sejak lima tahun lalu.

Sungguh tidak sangka tempoh lima tahun itu terlalu singkat untuk saya menuntut ilmu dan belajar bersama pasukan walaupun ita punya pelbagai variasi dan ragam perangai, tetapi itu adalah satu kehidupan dalam team kita. Ikhlas dari hati saya, amat sedih untuk saya tinggalkan abang-abang, kakak-kakak dan sahabat, sungguhpun kita berbeza umur – kita semua amat profesional dalam tugasan. ‘Kerja adalah kerja’ dengan mengetepikan perkara peribadi. Tahniah untuk kita selama ini.

Kita juga sering dianggap ‘big brother’ dikalangan edisi lain, ketepikan tomahan demikian, kita juga lakukan kerja tanpa sebarang masalah dan anggap itu sebagai cabaran.

Tidak ada ungkapan yang dapat saya pahatkan dalam coretan ini kerana bait-bait kata amat sukar dikeluarkan. Apa yang jelas pada kalian, andalah pasukan yang terbaik pernah saya kendalikan, kekallah kerjasama kita ini. InsyaALLAH kita akan memperolehnya ganjaran.

Sepanjang saya mengetuai wartawan di edisi Nasional, Langsung tidak pernah sekali saya merasakan saya ketua dan anda staff saya, bersama kita kendalikannya dan bersama kita belajar, Mungkin ini yang membuatkan saya terlalu sukar untuk melepaskannya. Sudah tercatat, inilah yang dinamakan kehidupan, sedia atau tidak kita perlu melangkah pergi apabila kita dikehendaki dan bukan selamanya perlu berada pada comfort zone.

Dalam tempoh ini juga, kiranya saya ada melakukan kesalahan, terkasar bahasa, tersentuh hati, terambil masa kalian…. dari hujung rambut hingga hujung kaki saya memohon jutaan kemaafan kepada kalian semua. Halalkan makan minum saya yang terambil di island tu.

Tiada ungkapan dapat saya lafazkan, tiada juga balasan yang dapat diberikan, melainkan secebis doa buat kita sekalian.

Sedikit pesanan yang ini hati saya sampaikan, kita perlu berhati-hati dalam penulisan jangan terlalu beremosi menulis dan hormatilah siapa jua ketua kita. Perbanyakkanlah pengetahuan dan pembacaan. Inilah satu-satunya cara untuk kehadapan,

Bak kata orang tua-tua, marah itu tanda sayang. Bagilah sepenuhnya kerjasama kepada Fairuz dan Wandi, bentuklah pasukan lebih baik dan tambah baik apa yang kita ada hari ini. Jika perlukan apa jua bantuan dan pertolongan, maklumlah kepada saya, kerana kalian bukan rakan setugas saya, tetapi abang, kakak, dan sahabat saya.

Suka saya ulangi sekali lagi, kita perlu berubah jika tidak mahu diubah. Dunia persuratkhabaran, kita tiidak boleh terlambat kerana, jika kita terlambat dan terlewat kita akan diatasi pasukan lawan.

Sekali lagi saya mohon jutaan kemaafaan dari hujung rambut ke hujung kaki kiranya ada salah silap yang ter… saya lakukan selama ini.
Salam hormat buat sahabat saya…


– palie

#Ombakrindu

Pesan orang, “jangan berumah di tepi pantai kalau takut dipukul ombak.” Namun dal kehidupan, kita sering kali dibadai ombak. Kadang kala tak terlawan dengan ombak yang menerjah. Desiran air di pantai bagaikan memahami kisah dal kehidupan yang lalu. Dan ketika itu jugalah #OmbakRindu menerjah lagi. Biarlah angin bayu itu membawa kenangan lalu bersamanya. Kita perlu terus memandang kehadapan, berjalan untuk kehidupan seterusnya…

p/s – akhirnya habis juga aku bacanya novel itu.

Meja kerja aku

Meja seperti sedia kala

Malam ini agak berbeza meja kerja dalam bilik aku, selalunya hanya ada dompet, kunci bilik dan kereta, jam dinding, laptop, ipad dan parfum, selain wayar yang berselirat-birat.

Namum malam ini ada dua keping kad ucapan ulang tahun kelahiran yang ke 28 dan buku novel ombak rindu. Adeh, bila masa aku nak baca buku nie, kerja dan urusan malam yang tak pernah sudah (kalau ada org tolong bacakan mesti syok).

Kad ucapan

Adeh,… apa lagi nak tulis malam nie, kering kontang idea dengan suasana bilik yang panas sejak beberapa malam nie.