Senarai 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012

Senarai 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012

Bil.
Nama

Kekayaan (RM Billion)

Syarikat
1.
Robert Kuok Hock Nien
45.700
Kerry Group/Kuok Group
2.
T Ananda Krishnan
42.998
Usaha Tegas
3.
Tan Sri Teh Hong Piow
12.642
Public Bank
4.
Tan Sri Lee Shin Cheng
11.356
IOI Group
5.
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
9.530
Albukhary Foundation
6.
Tan Sri Quek Leng Chan
8.002
Hong Leong Malaysia
7.
Tan Sri Lim Kok Thay
7.585
Genting Group
8.
Puan Sri Lee Kim Hua
6.588
Genting Group
9.
Tan Sri Tiong Hiew King
6.411
Rimbunan Hijau
10.
Ong Beng Seng
4.919
Hotel Properties Ltd
11.
Tan Sri Azman Hashim
3.470
Arab-Malaysian Corp
12.
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun
2.541
Berjaya Group
13.
Datuk Mokhzani Mahathir
1.937
Kencana Petroleum
14.
Datuk Lee Yeow Chor
1.787
IOI Group
15.
Tan Sri Tony Fernandes
1.772
AirAsia
16.
Lee Yeow Seng
1.746
IOI Group
17.
Tan Sri Lau Cho Kun
1.721
Hap Seng Consolidated
18.
Tan Sri Yeoh Tiong Lay
1.711
YTL Group
19.
Tan Sri Lee Oi Hian
1.589
Batu Kawan
20.
Datuk Lee Hau Hian
1.586
Batu Kawan

Kaya sungguh deme nie…

MFZA: Kaya budi bahasa je setakat ini

Dua kisah bermakna…

Apa yang kita belajar hari ini akan menjadi pengalaman pada masa depan…

1. Tiada apa antara kita kerana diselangi satu ikatan tanda pegangan. Jadi kita hendaklah menghormatinya sebagai panduan. Bagaimanapun, ukhwah silaturahim, IsnyaALLAH akan dikekalkan.

2. Sekurang-kurangnya pernah berada di hati walaupun tidak semestinya bersama.

Apa dia aku merapu hari ini, adus malas nak menulis entry sejak dunia semakin terbali nie.

Najib dan Mahathir bermesra dengan kucing

Sebelum ini pernah aku post gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bermesra dengan kucing, kali ini Perdana Menteri pula, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat benar-benar menyayangi haiwan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bermesra dengan kucing. (credit pic Media Bera)

Foto ini dirakamkan 25 Julai 2010 di Sri Perdana oleh jurufoto Karangkraf, beberapa hari sebelum Ramadan. Tanpa dipinta sepontan sahaja PM mencapai kucing kesayangannya dan terus bermesra…PM kita…

Gambar Tun Mahathir sebelum ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyayangi haiwan sama.

Petikan dua hadis berhubung haiwan kucing dan anjing…

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bercerita:
“Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah perigi. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat seorang wanita pelacur bangsa Yahudi. Maka dibukanya sepatunya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya lalu diberinya minum anjing yang hampir mati kehausan itu. Maka Allah mengampuni dosa-dosa wanita itu.”
[HR Muslim]

Dari ‘Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Seorang wanita diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga mati kucing itu mati. Kerana itu Allah memasukkannya ke neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum, dan tidak pula dilepaskan supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat di Bumi.”
[HR Muslim]

Salam Ramadan, puasa sorang-sorang ja

Tahun nie berbuka dan sahur sorang lagi nampaknya, entah bila nak berteman masa berbuka ya. Hehehee.
Cuma Ramadan pertama tahun nie, aku balik Sungai Buloh, umah maksu, meriah la jugak melayan budak-budak. Spesis aku nie memang suka melayan budak-budak.
Jadi rumah maksu jugaklah tempat aku melepak dikala tension masalah dunia nie. Cuma sejak jadual kerja aku terbalik, 2 pm hingga 1130 pm nie, dunia aku pun nak terbalik sekali. Susah pergerakan, namun aku reda kerana ini cabaran dalam dunia yang aku pilih.
Apapun kena niat puasa dulu dan lafaznya adalah: “Sahaja aku berpuasa esok hari di bulan Ramadan ini tahun kerana ALLAH Taala”
Ingat dilarang melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.

SELAMAT BERPUASA KEPADA SESIAPA YANG MENGENALI AKU