Cuti raya bermula dah

Raya dah nak dekat, Ahad nie ja. Tahun nie jadual aku sudah bertukar sejak menjaga edisi Utara.
Sepatutnya aku cuti selepas raya, tapi apakan daya, atas kehendak tugasan aku bercuti sebelum raya.
Cuti aku bermula 13 Ogos hingga 19 Ogos.
Maka tahun ini aku memilih Malaysia Airlines sebagai pengangkutan utama, bukan apa satu sebab tiketnya murah dan satu lagi aku kena balik malam pada hari raya pertama.
Raya kedua aku dah mula kerja. Kerja, ya aku kerja raya dua.
Bagi aku tak kisah bila aku kerja, yang penting pada malam raya dan pagi raya aku ada dengan mak dan abah.
Sebab adik, untuk pertama kalinya berpisah ngan mak dan abah kerana perlu balik beraya dirumah mentuanya.
Persiapan raya aku pun masih belum siap sepenuhnya lagi, aku hanya ada sehelai tshirt saja. Dok teringin nak p beli tapi sedikit kemalasan menghantui. Apa ubat yang perlu aku gunakan?
Itu cerita persiapan, aku nak ceritakan juga selepas dua hari berada di rumah. Syok juga lah, aku dh beli sikit2 keperluan tok dan persiapan raya. Siap kait nyoq lagi. esok pulak nak kena kupas dan mesin lagi. Aku ok ja wat kerja kg nie, cuma mak dok merungut nak kena cat garaj kereta yg baru tu.
Adeh bab mengecat nie aku malas sikit. Kalu kerja lain ok lagi aku. Tak tau lah cam na. Mau tak mau jugak kena cat r, adoi2…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s