Dia Tun Dr Mahathir Mohamad

 

Kita menyambut ulang tahun kelahiran Tun Dr Mahathir – 2008

Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke 4, bingkisan mengenai beliau. Maaf kiranya ada kekurangan.

1) Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2) Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” – Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Advertisements

Excited dapat anak menakan pertama

Sebelum ini, aku tengok seorang kawan baik aku bukannya excited dapat anak menakan pertama, pelik aku senyum sorang-sorang tengok video yang dihantar abang iparnya.
Kadang-kala sampai menangis akibat terlalu rindu kepada baby berkenaan.
Aku pun tersenyum dengan kelatahnya itu.
Tapi bila kena kat aku sekarang ini, baru aku tau betapa excited dan terujanya.
Adik aku melahirkan anak sulungnya pada 11 September lalu, lima hari lagi nak sambut Hari Malaysia.
Selepas enam hari, barulah aku berkesempatan balik kampung untuk melihatnya.
Tak tau lah nak kata excited atau sebaliknya, semalaman aku tak boleh tido semalam, “adakah faktor demam, cirit birit atau teruja nak balik kampung”.
Jadi hari ini, jam 1230, aku akan balik kampung ngan bas tambahan turun kat Alor Setar sebab tiket ke Kangar dah habis.

MFZA: Tunggu pak ngah balik kampung ya.

Keluarga baru kami…

Tunggu pak ngah balik next week ya…

Alhamdulillah, keluarga baru kami dilahirkan awal pagi, Selasa – 11 September 2012 – jam 2.29 pagi seberat 3.1 kilogram. Cuma setakat ini, mummy nya sahaja dapat discharge daripada Hospital Tengku Fauziah, manakala baby belum lagi kerana perlu dipantau sekurang-kurangnya 24 jam.

MFZA: pak ngah balik next week ya, la nie tak sempat lagi…

Alhamdulillah, mak dan abah dapat cucu sulung

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…
Berkali-kali aku melahirkan rasa syukur aku kepada MU ya ALLAH.
Engkau telah melahirkan seorang lagi umat MU bagi menjadi khalifah di muka bumi ini.
Alhamdulillah Engkau melahirkan seorang cucu sulung lelaki kepada tok wan, Zainul Abidin Darus dan tok, Rohani Seman.
Anak kepada Ariffin Naruddin dan Norhaniza Zainul Abidin.
Anak buah kepada Mohd Rizal Zainul Abidin dan Mohd Fazli Zainul Abidin.
Kami mohon kepada MU agar engkau kurniakan kesihatan kepada bayi berkenaan dan juga ibunya ya ALLAH.
Permudahkan segala urusan mereka.
Sepatutnya, adik aku due pada 28 September, tetapi pemeriksaan di pusat kesihatan mendapati baby tak aktif dan perlu dimasukkan ke wad 12 September 2012.
Tetapi dengan izin dan kehendak MU ya ALLAH, kelahiran selamat disambut pada 2.29 pagi, 11 September 2012.
Kita hanya merancang, Engkau yang tentukan segalanya.
Mendapat berita gembira ini, air mata aku terus mengalir syukur akan berita ini.
Kalau boleh rasanya, pagi ini juga nak balik kampung tengok baby, tapi kerja lagi, mungkin minggu depan kot.
InsyaALLAH…

Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.

MFZA: Tahniah buat Norhaniza Zainul Abidin dan Ariffin Naruddin