Alhamdulillah, mak dan abah dapat cucu sulung

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…
Berkali-kali aku melahirkan rasa syukur aku kepada MU ya ALLAH.
Engkau telah melahirkan seorang lagi umat MU bagi menjadi khalifah di muka bumi ini.
Alhamdulillah Engkau melahirkan seorang cucu sulung lelaki kepada tok wan, Zainul Abidin Darus dan tok, Rohani Seman.
Anak kepada Ariffin Naruddin dan Norhaniza Zainul Abidin.
Anak buah kepada Mohd Rizal Zainul Abidin dan Mohd Fazli Zainul Abidin.
Kami mohon kepada MU agar engkau kurniakan kesihatan kepada bayi berkenaan dan juga ibunya ya ALLAH.
Permudahkan segala urusan mereka.
Sepatutnya, adik aku due pada 28 September, tetapi pemeriksaan di pusat kesihatan mendapati baby tak aktif dan perlu dimasukkan ke wad 12 September 2012.
Tetapi dengan izin dan kehendak MU ya ALLAH, kelahiran selamat disambut pada 2.29 pagi, 11 September 2012.
Kita hanya merancang, Engkau yang tentukan segalanya.
Mendapat berita gembira ini, air mata aku terus mengalir syukur akan berita ini.
Kalau boleh rasanya, pagi ini juga nak balik kampung tengok baby, tapi kerja lagi, mungkin minggu depan kot.
InsyaALLAH…

Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.

MFZA: Tahniah buat Norhaniza Zainul Abidin dan Ariffin Naruddin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s