Jurit ‘rest in peace’

MOHD JURIT RAMLI

Mohd Jurit Ramli, empunya yang amat dikenali dikalangan pengamal media.
Beliau adalah Setiausaha Gabungan NGO Malaysia yang menghimpunkan lebih 300 NGO dibawahnya.
Bagaimanapun beliau telah dijemput Maha Pencipta 24 Oktober 2012 lalu di Hospital Tuanku Mizan, KL.
Benar dikatakan menyesal tidak berguna kerana sepanjang beliau sakit, aku tidak berkesempatan langsung melawatnya, sedangkan hubungan aku dan dia begitu arkab sekali.
Boleh dikatakan aku sedikit ralat dimana ketika sakit, boleh dikatakan hanya aku yang diberitahu.
Masih ingat lagi dipertengahan ramadan lalu, dia ada menghubungi aku.
Terngiang-ngiang dalam fikiran, “Lie, saya sakit nie, kena kanser hati tahap empat, doktor kata dah tak boleh buat apa dah.”
Tersentap aku ketika itu menerima panggilannya dalam nada sangkut-sangkut.
Baru-baru ini, aku diberitahu oleh wartawan RTM, Yunus Mohd Nor, dia amat terkejut dengan keadaan itu.
Katanya, “Palie aku ada call Jurit tanya keadaan dia, dia kata ok, cuma agak sibuk belakangan ini dan selalu outstation jadi susah nak jumpa.”
Sebenarnya Jurit cuba sembunyikan keadaan sebenarnya.
Al-Fatihah kita sedekahkan kepadanya.
Actually, perhubungan kami bermula hampir 3 tahun dulu dimana dia call ajak aku jumpa.
Aku pun pada mulanya naik rimas kerana asyik call, selepas kali pertama bertemu di Shah Alam, baru aku tahu betapa baik hati budinya.
Bukan kerana kerja, malahan perhubungan seperti adik dan abang.
Hampir setiap kali program yang dianjurkan SinarHarian pasti beliau akan meluangkan masanya.
Pernah juga di musim raya, ketika dia balik ke rumah isterinya yang juga sekampung dengan aku di Kangar, kami berjumpa.
Jurit yang aku kenali, beliau adalah seorang yang amat dedikasi dan berdisiplin. Semangat juangnya juga tinggi dalam membantu masyarakat melalui usaha NGO.
Beliau juga sering mendapatkan pandangan aku dalam beberapa isu dan begitu juga aku sering mendapat pandangannya.
Apapun mari kita bersama mendoakan Mohd Jurit Ramli aman di sana.
Cerita lanjut berkenaan pengkebumian arwah.

Advertisements

Macam kenduri kahwin, ‘Aroma Ikan Bakar’

Bahagian depan kedai, biasalah aku mesti menjadi duta kedai tidak rasmi

Hari ini hidup aku berkisahan dengan laut saja, dimana pagi tadi (Sabtu), bos aku ajak memancing dengan Banting, niat dihati teringin juga, tapi memandangkan aku kerja hari Ahad, maka aku terpaksa menolak dengan hati yang berat.
Bukan apa, sebab aku takut mabuk dan akan ganggu kerja aku pada hari Ahad tambahan pula, bos aku, kak wani ambil off.
Jadi aku pun tak join, tetapi sebelah petangnya, ada pulak kawan aku ajak makan seafood.
Laut lagi, bukan tangkap ikan, tapi makan ikan, huhuu.
Oleh kerana dengar banyak cerita mengatakan Aroma Ikan Bakar di Jalan Pantai Jeram, Kuala Selangor terbaik, jadi aku pun ikut lah.
Nak kata menarik tu, mak ai, tak tegambarkannya. Lebih dari kenduri kahwin aku rasanya, meja empat segi yang dipasang aku rasa lebih 400 biji.
Nak makan pulak, kena ambik que, berator pulak, bukan nak makan free ja kena beratur, nak makan bayar pun kena.
Tapi kedai berkenaan memang menarik, murah rezeki tuannya.
Aku rasakan, kutipannya setiap malam minggu tidak kurang RM30,000.
Bangga orang Melayu macam nie.
Dengan tujuh orang dewasa kami makan, charge yang dikenakan dalam RM450, perut kenyang aku tu rasa lapar semula.

Meja aku, dan akulah yang paling banyak makan, lepas gian ketam yang dah mengidam lapan bulan.

Bukan apa, ketam sekilo RM45, Udang galah sekilo RM80 dan pepahat lebih kurang sekilo RM40. Cukup itu yang aku ceritakan, kalau korang berminat, boleh ikut Kapar atau Guthrie dan Latar – bagi orang Shah Alam la.
Kalau korang teringin nak pi juga, boleh refer ini: https://www.facebook.com/pages/Restoran-Aroma-Ikan-Bakar-Jeram-Kuala-Selangor/220504504630239

Adios,…

MasyaALLAH, serius saya terkejut

Serius akak, terkejut saya dengan cerita akak tadi, tapi apa boleh buat semuanya adalah kehendak DIA. Kita hanya merancang, dia yang menentukkannya.
Jodoh pertemuan, sihat dan sakit, hidup dan maut, semuanya telah ditentukan dan kita hendaklah hadapinya.
Apapun saya harap akak tabah dengan apa yang berlaku ya.
InsyaALLAH ada petunjuk darinya.
Akak tetap akak saya yang saya hormati.