Macam kenduri kahwin, ‘Aroma Ikan Bakar’

Bahagian depan kedai, biasalah aku mesti menjadi duta kedai tidak rasmi

Hari ini hidup aku berkisahan dengan laut saja, dimana pagi tadi (Sabtu), bos aku ajak memancing dengan Banting, niat dihati teringin juga, tapi memandangkan aku kerja hari Ahad, maka aku terpaksa menolak dengan hati yang berat.
Bukan apa, sebab aku takut mabuk dan akan ganggu kerja aku pada hari Ahad tambahan pula, bos aku, kak wani ambil off.
Jadi aku pun tak join, tetapi sebelah petangnya, ada pulak kawan aku ajak makan seafood.
Laut lagi, bukan tangkap ikan, tapi makan ikan, huhuu.
Oleh kerana dengar banyak cerita mengatakan Aroma Ikan Bakar di Jalan Pantai Jeram, Kuala Selangor terbaik, jadi aku pun ikut lah.
Nak kata menarik tu, mak ai, tak tegambarkannya. Lebih dari kenduri kahwin aku rasanya, meja empat segi yang dipasang aku rasa lebih 400 biji.
Nak makan pulak, kena ambik que, berator pulak, bukan nak makan free ja kena beratur, nak makan bayar pun kena.
Tapi kedai berkenaan memang menarik, murah rezeki tuannya.
Aku rasakan, kutipannya setiap malam minggu tidak kurang RM30,000.
Bangga orang Melayu macam nie.
Dengan tujuh orang dewasa kami makan, charge yang dikenakan dalam RM450, perut kenyang aku tu rasa lapar semula.

Meja aku, dan akulah yang paling banyak makan, lepas gian ketam yang dah mengidam lapan bulan.

Bukan apa, ketam sekilo RM45, Udang galah sekilo RM80 dan pepahat lebih kurang sekilo RM40. Cukup itu yang aku ceritakan, kalau korang berminat, boleh ikut Kapar atau Guthrie dan Latar – bagi orang Shah Alam la.
Kalau korang teringin nak pi juga, boleh refer ini: https://www.facebook.com/pages/Restoran-Aroma-Ikan-Bakar-Jeram-Kuala-Selangor/220504504630239

Adios,…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s