Parti 123 dan ABC

Mereka juga dikenali sebagai Mursyid, kumpulan yang memberikan gambaran jelas politik dan isu semasa negara.

Seorang A politikus parti 123 berkata “Aku mendapati patung barbie boleh digunakan untuk kanak-kanak”. Orang B melaporkan “A berkata bahawa babi itu halal dan boleh dimakan oleh kanak-kanak”. Orang dari parti C berkata “Jahatnya A, menghalalkan yang haram”.

A menjawab “Eh, saya kata PATUNG barbie, bukan babi!”.

C dan rakan2nya D,E F berkata ” Tak guna berdolak dalik..kamu memang menyokong liberal dan menghina Islam”

Pengajaran Ringkas :

a) Apabila seseorang menafikan dia bercakap sesuatu, itulah yang patut dipakai, bukan intrepertasi orang ramai. Malah jika betul sekalipun dan ia kemudian menafikan, itu bermakna dia tersilap lidah dan tersasul & ingin membetulkan.

b) Namun kerana politik, TIADA ISTILAH tersasul atau tersalah, semuanya MESTI SENGAJA NAK SALAH, walau dah diperbetulkan.

c) Oleh kerana itu bentuk iklim politik kita, sebagai orang awam yang baik, kita MESTI menahan diri dari terus mempercayai, sebaliknya menapis dengan rujukan dan kajian sebelum percaya. Jika tidak sempat, tidak perlu percaya terus..

d) Contoh di atas TIADA ditujukan kepada mana-mana kes sepcifik dan parti specifik, ia untuk umum dan pelbagai kes semasa dan melibatkan semua parti. Kerana ia seolah sudah jadi, fenomena negatif dalam masyarakat hari ini.

Petikan FB Zaharudin.net atau Laman web Zaharudin.net

Advertisements

Move Forward, New Chapter #END2012

Kejap ja, dah hampir lima tahun aku bersama Sinar Harian, Alhamdulillah aku diberi peluang belajar, kepercayaan dan segalanya.
Eh sebelum tu, entry nie bukan sebab nak berhenti kerja atau nak tukar kerja ya. Just nak share apa yang aku rasakan selama aku bersama Sinar Harian.
Memang seronok tak terkata dengan paper baru nie, kami diberi peluang mencorakkannya, orang kata, hasil orang muda la, semua di running oleh wartawan muda. Tak sampai 30 tahun beb, yang lebih tu boleh kira ngan jari la.
Adalah pengurusan berumur sikit, tapi pembawakan mereka seperti jiwa muda menyeronokkan kami.
Sungguhpun aku tidak banyak berpeluang kerja luar negara, tapi kalau bab dalam negara niekan, boleh kata semua negeri dah pusing lah dengan peluang diberikan.
Naik jet TUDM, jet peribadi cam Anwar Ibrahim tu pun pernah.
Sidang media siapa tak pernah, PM, TPM become PM. Menteri Kabinet, semua dah, pendek kata ngan menteri-menteri dan orang politik nie kami boleh sms ja (cewah, sikit poyo).
Tapi itulah sebenarnya dunia kewartawanan, baik akhbar mahupun penyiaran, cuma penyiaran nie glamour lah sikit, masuk tv beb, bangga orang kampung. Kami nie tempias-tempias ja tu pun kalau baik ngan abang cameraman tv, dia akan masukkan gambar masa sidang akhbar.
Kalu tak jangan harap la…

Actually aku rasa sepanjang kerja nie, 2012 quite tough dengan apa yang dihadapi, sekali lagi bukan kerana kerja. TAPI aku rasa faktor luaran kot. Huhuu.
Mungkin ini yang dikatakan kehidupan…
Bukan tidak mampu hadapinya, sebab aku dah bersedia dengan apa yang aku buat, cuma tak kuat nak hadapi.
Keputusan aku yang buat, jadi aku kena hadapinya dengan tabah, by the way, life must go on.

Disember, habiskan cuti.
Cuti tahun yang berbaki ini, aku rasanya aku nak cuti panjang sambil jalan-jalan di kampung halaman.
Nak bercuti ke luar negara pun aku dah tak ada kaki, dulu ada juga Shanti dan Kamarul. Sekarang masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri.
InsyaALLAH mungkin BAG PACKERS nampaknya walaupun tanpa tujuan.
Buat masa ini, 30 November, jam 7 malam aku perlu ada di LCCT.

Masa mula kerja, lebih kurang Oktober 2008

Surah Al Hujurat, Ayat 6

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.