Hidup perlu bermatlamat

Matlamat dengan kerja.

Matlamat dengan kerja.

Surah al Qasas, ayat 77:
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”.

Firman diatas juga antaranya menjelaskan hidup iu perlu mempunyai matlamat dan gunakan dengan sepenuhnya. Jangan sesekali mensia-siakan peluang yang ada. Kerana peluang itu tidak akan kembali untuk kali kedua. Percayalah…
Sama ada cuba mendapatkannya ataupun melepaskannya, tetapi jangan menyesal akhirnya.
Tapi aku rasakan akhir Disember nie, ada cam tak kena ja dengan aku nie. Ntah kenapa?
Apapun aku harus hadapinya.

#Newlife – Alhamdulillah

Alhamdulillah, empat perkara yang berlaku dan akan berlaku dalam hidup pada bulan Disember ini dilalui tanpa sebarang masalah.

Bukan riak atau menyembunyikan sesuatu, tetapi kuasa DIA yang membuatkan aku reda segalanya.

Semua ini adalah cabaran, pengajaran dan pembaharuan yang mengajar aku erti kehidupan lebih baik.

Aku juga semakin melihat dunia dengan lebih luas dan perspektif yang amat berbeda.

Benar orang-orang tua berkata, ‘jika luas perjalanan banyak pengetahuan dan pengalaman’.

Benda itu yang akan digunakan untuk masa hadapan.

Apapun, hapi #newlife. ‘1phase, newlife series 2’.

-palie