Tahniah abang, Rizal is back

Alhamdulillah bersyukur aku kepada MU Ya ALLAH kerana memakbulkan doa kami sekeluarga.
28 Januari nie, abang akan kembali masuk Pusat Latihan Polis (Pulapol), sebagai Pelatih Inspektor.
Tak ada kata-kata lain dari aku melainkan berkali-kali melahirkan rasa syukur tidak terhingga.
Ya lah, kami tiga beradik, apa-apa berlaku dan terasa pasti dikongsi bersama.
Koperal Detektif, Mohd Rizal Zainul Abidin hanya satu-satunya abang yang aku dan adik ada, mau tak bangga kami sekeluarga.
Rupanya sudah 10 tahun abang berkidmat untuk negara.
Kali ini abang dikehendaki trainning selama sembilan bulan sebelum ditauliahkan sebagai seorang pegawai polis.
Makna kata, sebaik abang memasuki Pulapol, aku dikehendaki mengambil alih beberapa tugas dan tanggung jawab abang. Antaranya, aku kena ada tiga rumah dalam seminggu yang perlu aku tido, iaitu rumah aku sedia ada di Shah Alam, rumah abang di Sg Buloh dan rumah maksu.
Tapi aku tak kisah semua ini, kerana apa yang penting abang berjaya dengan cita-citanya sebagai seorang pegawai polis.
Abang, ini adalah hadiah hari lahir yang besar buat abang, 18 Januari 1981.
Abang juga menyambung kesinambungan emak dan abah yang akan mula bersara wajib, juga dalam tahun ini.
Nway, Selamat Maju Jaya buat abang.

Advertisements

2 thoughts on “Tahniah abang, Rizal is back

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s