Rindukan Putrajaya

Rasanya dah hampir lima minggu aku tak berkesempatan ke Putrajaya kerana kekangan tugas.

Rindu aku pada kawan-kawan baru aku, antaranya Patron, Liliana dan beberapa nama yang aku lupa.

Sungguhpun sejam bersama mereka setiap kali berada di Putrajaya, hati aku amat tenang dan puas.

Hilang seketika bebanan kerja, keserabutan KL dan jadual yang padat.

Ditugaskan dua minggu ke Lahad Datu dan bercuti panjang membuatkan aku lupa apa yang telah diajar oleh coach aku, Aiman.

Rasanya Isnin nie, aku perlu belaja basic semula untuk mengembalikan keyakinan dan kepakaran semula.

Advertisements

Azzimudie Kiram pengecut dan war room

Muka Depan - Day 8

Muka Depan – Day 8

Day8

Sepatutnya aku dan wan akan bertolak pulang ke Shah Alam hari ini, kerana secara rasminya penugasan kami akan berakhir. Bagaimanapun, kami diberi peluang untuk sambung atau tidak.

Memikirkan peluang berada di konflik zon bersendiran tanpa sebarang guide, kami merebut peluang ini untuk terus bertugas sehingga 20 Mac.

Peluang berada dalam kumpulan pencatat sejarah Malaysia yang baru amat penting buat kami generasi muda yang menjadi pewaris industri. Inilah satu-satunya peluang yang ada, kebetulan dalam negara kita.

Tanpa sebarang panduan, iringan, karpet merah dan escort, kami harunginya sendiri.

Berbekalkan sedikit ilmu kursu-kursus yang aku ikuti, dapat juga aku manfaatkannya bersama wan.

Hari ini, Sabtu kami laporan kami agak kurang, blur dan pening kehabisan angle terbaik, sedangkan banyak laporan biasa sahaja.

Seperti biasa, aku dan wan akan brainstorming apa yang perlu dilakukan. Jadi kebetulan kami ada pilot yang akan membawa kami kemana sahaja menggunakan Nissan Navara 4×4 miliknya itu, kami juga menjadikan keretanya itu ‘war room dan meeting room’.

Azzumidie pengecut, larikan diri

Azzumidie pengecut, larikan diri

Didalam kereta itulah kami memikirkan segalanya, dua jam perjalanan pergi dan dua jam perjalanan balik cukup buat kami mencari idea-idea untuk meneruskan pencarian berita esoknya.

Jadi bermodalkan perkembangan terkini Azzimudie celaka yang melarikan diri dengan meninggalkan pengganas lain, kami mengambil keputusan untuk membuat tinjauan penduduk sekitar Felda Sahabat di Lahad Datu.

Rata-rata yang kami temui melahirkan rasa marah dan tidak puas hati, ikuti laporan kami.

Makan bubur, 12 hari terkurung

DAY 7

Aku berkesempatan interview seorang pakcik yang 12 hari tertinggal di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu selepas tidak mampu melarikan diri kerana kemiskinan dan adiknya yang lumpuh.

Air mata aku hampir menitis ekoran kesengsaran pakcik berkenaan, “Bukan saya tidak mahu lari, tetapi saya susah, kalau lari dalam hutan pun belum tentu selamat.”

Sedih sungguh, bagaimanapun pakcik berkenaan sangat tabah menghadapi tempoh berkenaan.

12 hari berkurung dan makan bubur nasi sahaja.

Ikuti laporan aku dan wan dari Lahad Datu.

Muka Depan - Day 7

Muka Depan – Day 7

Day 7

Day 7

 

Lahad Datu berhantu

Day 6

Day 6

Day 6

Mungkin sebab media melaporkan kejadian pengganas bersejata dari selatan Filiphina memasuki Lahad Datu, kebanjiran pelancong agak kurang.

Bukan sedikit, tetapi agak kronik.

Lahad Datu hanya dipenuhi pasukan keselamatan dan wakil media sahaja di merata-rata tempat. Sedangkan kejadian pencerobohan adalah terletak di Kampung Tanduo kira-kira 130 kilometer dari bandar.

Oleh kerana dalam daerah Lahad Datu, media meletakkan ‘LAHAD DATU – …………’ mungkin faktor ini membuatkan pelancong ketakutan.

Tinjauan yang aku lakukan juga jelas menunjukkan kekurangan.

Oleh kerana aku terlalu malas nak menaip yang banyak hari ditinggalkan, baca yang aku dan wan tulis ini.

Penat, tapi dahagakan cerita

DAY 5

Hari ini aku terasa amat penat, entah kenapa. Mungkin disebabkan tidur lewat atau kerja tidak menentu. Akibat itu, aku terlajak tidor pagi tadi.

Tetapi lupakan semua itu, hari ini juga aku banyak membuat tinjauan keadaan sebenarnya Lahad Datu, sekolah, peniaga dan pelancong.

Tinjauan pelancong memang memberikan kesan teruk kepada peniaga, ramai pelancong tidak berani berada di Lahada Datu, kedai-kedai juga tutup lebih awal.

Pasar ikan dan pasar rakyat kurang pengunjung membuatkan peniaga susah hati. Ikan yang dijual amat berkurangan, begitu juga dengan udang dan ketam.

Cuma apa yang aku geram semuanya adalah segar bugar dan murah. Geram punya pasai, malam tadi aku pekena Sea Food di Lahad Datu, ketam nipah yang selalunya di KL sekilo sehingga RM60, disini separuh harga sahaja.

Sebelum aku terlupa teringat aku semasa di Sekolah Kebangsaan Sahabat 4, Felda Sahabat Lahad Datu, aku dilayan seperti YB, cukuplah gambar ini menceritakan segalanya. Argh, sudah penat untuk menaip.

YB Palie melawat kawasan. Saya berjanji akan jaga kawsan ini bersungguh-sungguh.

YB Palie melawat kawasan. Saya berjanji akan jaga kawsan ini bersungguh-sungguh.

Duhai Lahad Datu

Bilalah aku akan meninggalkan kamu Lahad Datu.

Bilalah aku akan meninggalkan kamu Lahad Datu.

… ini sajalah entry hari ke lima

Story kering, payoh-payoh last kena scoop

DAY 4

DSC_0478Rupanya menyelinap disebalik cerita ini lebih susah dan payah. Kita cuba, orang lain scoop. Scoop nie adalah berita ekslusif dalam dunia kewartawanan yang mana hanya kita satu-satunya akhbar yang dapat siarkan berita tersebut.

Siang tadi aku cuba mendapatkan dua berita yang mana siapa yang membuat laporan polis pertam dan kisah pengganas menyamar masuk kampung sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, usaha aku menemui jalan buntu apabila kedua-dua mereka enggan membuka mulut berikutan risau diapa-apakan pengganas dan rakannya.

Ingat aku sahaja sedang berusaha mendapatkannya, tetapi sifoo aku telah scoop aku Syahril Kadir 

Dia terlebih dahulu scoop, ayarkkk.

Oleh kerana kecewa, aku membawa diri mencari lokasi internet bersama Wan Ichigo.

Nasiblah ko labu, kenapa ko lambat bau dimana lokasi mereka itu.

Tapi tak pa, hari ini Khamis aku kena bangun semula dengan Wan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih menarik.

Mencari internet coverage di Felda Sahabat 16 bersama Wan Ichigo.

Mencari internet coverage di Felda Sahabat 16 bersama Wan Ichigo.