Kecut perut masuk Kampung Simunul lokasi enam wira negara gugur

Pening fikirkan kereta sewa.

Pening fikirkan kereta sewa.

DAY 2

Sebaik sampai ke Lahad Datu, aku dan wan mula blur, bukan kerana tak ada arah tujuan keesokkannya, tetapi kereta sewa telah habis disewakan kepada media lain sejak hari pertama pengganas bersenjata menasuki Lahad Datu.

Wan berkata, apa-apapun kami perlu check in hotel terlebih dahulu kerana jam puith ditangan sudah menunjukkan 6 petang. Perancangan kerja telah diselesaikan ketika kami di Lapangan Terbang Kota Kinabalu lagi.

Ini masalah kereta, nak bergerak kemana pun susah kalau tak ada nie. Selepas tujuh orang kami call, semuanya penuh, yang ada kenderaan 4 X 4 Triton berharga RM300 sehari semalam dan dipandu sendiri. Dah lah mahal, kena pandu sndiri lagi, manalah kami nak tahu jalannya.

Akhirnya ALLAH memberikan kami peluang dan ruang, Wan menghubungi rakannya Prakash dari The Malay Mail. Lega seketika apabila Prakash mempelawa kami bersama dengannya pada hari pertama.

Pada hari Ahad, kami membuat keputusan ke Semporna, melihat lokasi enam pegawai dan anggota polis yang dibunuh kejam.

Selepas mengambil kira risiko yang dihadapai dan tanggungjawab menyajikan bahan bacaan kepada pembaca setia SInar Harian, kami gagahkan jua.

Aku dan wan, latar belakang Kampung Simunul, Lahad Datu.

Aku dan wan, latar belakang Kampung Simunul, Lahad Datu.

Dengan ditemani ketua kampung, hati yang berdebar-debar melangkah masuk ke perkampungan air, Kampung Simunul. Ketua kampung pesan, risikonya memang ada, kami kena berhati-hati kerana ahli keluarga suspek yang tidak dikenali masih ada memantau pergerakan kami.

Katanya lagi, kamu jangan risau, ikut saya, takkan mereka mahu tembak ketua kampung? Ini yang membuatkan kami kembali yakin kepadanya.

Menang tidak sia-sia kami menempuh perjalanan selama hampir tiga jam dari Lahad Datu ke Semporna, kami berpeluang memasuki lokasi pembunuhan itu dan melihat sendiri dengan mata kepala kesan darah wira kita.

Walaupun seminggu berlalu kejadian kejam itu, hampir menangis aku melihat kesan darah mereka masih basah dan seperti baru lagi sedangkan kawasan berkenaan amat panas keadaan angin bebas keluar masuk?

Terfikir sejenak aku berkenaan MATI SYAHID, mungkin ini yang ditentukan DIA kepada wira berenam ini.

DSC_0083
Sebelum ini, kami terpaksa merentasi titi-titi yang menyambung rumah ke rumah penduduk yang terapung dipermukaan air. Berlubang sana-sini, goyang juga lutut, mana nak berhadapan dengan pengganas yang tak dikenali. Kami juga berhadapan dengan titi yang bergoyang, silap langkah, memang masuk dalam laut aku.

Akhirnya kami mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk melawat rumah yang dijadikan perlindungan pengganas dan dia juga menceritakan bagaimana polis diserang.

Polis yang mati juga diperlakukan kejam, katanya sebagaimana yang dimaklumkan penduduk, mereka dipotong kepala, korek mata, belah otak dan beberapa organ badan lain. Kesahihannya dan siapa yang kena sedemikian aku tidak dapat jelaskannya.

DSC_0162
Mendengar keadaan itu, tiba-tiba aku seperti nak muntah kerana tak sangguup membayangkan keadaan wira negara kita. Tiba-tiba seram menjelma apabila pergerakan kumpulan kami diperhatikan kemungkinan ahli keluarga suspek.

Apabila hati menjadi tidak senang, kami mengambil keputusan untuk keluar meninggalkan kawasan berkenaan.

Info:
Kejadian kira-kira jam 7 petang ini mengorbankan enam wira negara iaitu:
1. Superintendan Ibrahim Lebar
2. DSP Micheal Padel
3. Sarjan Mejar Baharin Hamit
4. Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon
5. Sarjan Salam Togiran
6. Koperal Azrul Tukiran

Kejadian di Lorong 5, Kampung Simunul, Semporna.
Jumlah penduduk: Lebih 3,000 orang

… tunggu entry lagi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s