Diarah keluar dari Kem Penempatan Sementara

Felda Sahabat 16, berada di belakang Nissan Navara.

Felda Sahabat 16, berada di belakang Nissan Navara.

DAY 3

Pagi Isnin, perjalanan kami menjadi mudah apabila telah mendapat kereta sewa, bukan kereta sahaja tetapi dengan pemandu sekali, dah macam YB.

Dapat kereta Nissan 4×4, Navara lagi tu dengan sewa RM300 sehari semalam. Kalau nak ikutkan disini kereta 4×4 ini, sewanya antara RM300-RM350 dengan minyak yang perlu diisi sendiri.

Selepas difikirkan, kami lebih jimat, minyak diisikan dan tak perlu bawa GPS. Untung kami. Jadi kesempatan yang ada ini, aku dan wan gunakan untuk berehat semasa perjalanan (tidor la pa lagi).

Pilot istilah digunakan kepada pemandu yang aku dapat juga amat berpuas hati, Amzah namanya. Lelaki berusia awal 30an yang juga penduduk Felda Sahabat 16, Lahad Datu. Orang-orang tua kata, bagus budaknya sebab dia banyak membantu dan guide kami.

Sebagai anak tempatan, semestinya dia lebih banyak tahu, kawasan mana kami boleh masuk dan kawasan mana tidak.
DSC_0269
Destinasi pertama kami ke Felda Resident House, dimana sidang media akan diadakan setiap hari, kadang-kala sampai tiga kali sehari.

Tapi bos aku dah pesan, aku dengan wan bukannya perlu buat story sedia ada. Maksud bos tu story Bernama lah, maka nak dijadikan cerita, kami kenalah cari story disebalik kejadian.

Inilah mencabar dalam kerjaya kami, terpaksa mengatur strategi. Ini juga dengan bantuan Amzah, kerja kami menjadi mudah. Betullah apa yang aku belajar, dalam keadaan konflik zon, kita perlu korbankan apa saja, bukan hanya masa dan wang ringgit, malahan juga risiko juga perlu dihadapi.

Pasar Ikan Lahad Datu.

Pasar Ikan Lahad Datu.

Selepas dapat mengenalpasti apa yang sebenarnya dan situasi semasa, kami mengorak langkah ke pusat pemindahan di Dewan Embara Budi, Felda Sahabat 20, Lahad Datu. Disitu kami berpeluang bertemu dengan ramai mangsa pencerobohan bersenjata yang mendakwa mereka tentera kesultanan Sulu.

Banyak juga story dan gambaran sebenar yang kami peroleh disana. Ketika itu aku teringat kata-kata parents dan bos aku, “Kamu hendaklah menjadi jurnalis, bukannya pasukan keselamatan.”

Jadi aku buat kerja aku dan mereka buat kerja mereka.

DSC_0351
Kemudiannya, aku membuat tinjauan orang ramai dan sebelum itu membuat tinjauan di Pasar Ikan dan Pasar Rakyat Lahad Datu. Pertama kali aku tengok ikan yang segar-bugar. Kalau datang dengan family, semestinya aku memborong sakan.

Kat sini yang membuatkan aku shock adalah harga makanannya yang agak mahal, kesedapannya agak kurang, huhuu.

Selain Dewan Embara Budi, kami juga ke Dewan Fajar Bakti di Felda Sahabat 17, juga mencari bahan berita

DSC_0239
Pengalaman yang tidak boleh dilupakan semasa aku di Dewan Embara Budi, aku telah dihalau keluar dari pusat berkenaan kerana dikatakan menceroboh oleh Polis Bantuan Felda dan diberi masa 10 minit meninggalkan kawasan berkenaan.

Apa boleh buat, tugasnya mengawal keselamatan dan tugas aku melaporkan. Aku hormati tugasnya.

Ketika mata menaip-naip keyboad ini, aku dah mengantuk sangat, tanpa sebarang ending story, aku rasa nak tido dulu ya.

… tunggu hari ketiga

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s