Tq bos bagi cuti bulan Jun

Alhamdulillah, bos aku bagi aku cuti bulan Jun nie.
Rasanya Jun adalah bulan yang banyak program yang hendaklah aku selesaikan.
Tadi perbincangan dengan bos, dia luluskan permohonan aku dan borang cuti pun aku dah isi.
Berikut antara program aku pada bulan Jun:

1hb: Bawa mak dan abah makan kenduri di Bahau, Negeri Sembilan.
3hb: Hantar mak dan abah ke airport.
4hb-5hb: Makan kenduri di Kelantan.
6hb: Ambil mak dan abah di airport.
7hb: Bawa mak dan abah pusing KL.
22hb-23: Berkampung di Singapore.
28hb-30hb: Balik Perlis, ada reunion SMTKPs.

Wah dah mengalahkan Yb aku nie, jadi pada Jun sapa nak jumpa aku kena buat appointment ya, huhuu.
Dalam masa sama, aku kena siapkan rumah untuk tetamu sampai sebelum Jun.
Sempatkah aku nak siapkan semua ini.
Aduh, pening kepala aku, rushing-rushing – lagi kejar masa, lagi cepat ia berlalu.
Aku sememangnya perlu ke Kelantan sebab kata-kata kawan aku, “palie hang orang pertama yang aku jemput nie” jadi aku mau pikiaq ambillah.

#giliran aku nanti orang tak datang baru tau.

Advertisements

Pasar karat di Shah Alam

Anggerik Mall

Anggerik Mall

Entry ini aku tak mau tulis panjang-panjang, sebaliknya sekadar share info dengan pembaca.
Rupanya di Shah Alam juga ada pasar karat, yang sebelum ini cukup familiar di Pulau Pinang dengan nama ‘roadwalk’; Kuala Lumpur, Pudu Raya dan Selangor di PJ Old Town.
Pasar karat Shah Alam terletak di Anggerik Mall, betul-betul di pusat bandar Shah Alam.
Dulunya pasar karat ini dikenali dengan barang-barang panas atau tak sah milik, sebab itu dijual secara gelap.
Tetapi kini ia telah dikomersialkan menjadi satu tarikan pelancongan.
Hari ini pasar karat bukan lagi menjual barangan berkarat, sebaliknya menjual barangan lama-lama dengan harga murah.
Mungkin murah sebab tapak jualan juga murah, mungkin itu yang diambil kira.
Bagi peminat barangan lama dan klasik boleh kunjungi Anggerik Mall Shah Alam.
Pasar karat dibuka setiap Ahad antara jam 9 pagi ke 3 petang.
Jangan risau hujan, sebab fasiliti berbumbung disediakan dan aircond.
Kedai makan juga banyak.

IMG-20130428-00542

IMG-20130428-00543

Penjual menanti pelanggan.

Penjual menanti pelanggan.

In milo dan susu dutch lady pun ada jual.

In milo dan susu dutch lady pun ada jual.

Cakap mesti serupa bikin

PRU13 - manifitasi sebuah janji

PRU13 – manifitasi sebuah janji

Mood GE13 semakin panas, 5hb Mei pembuangan undi dan 6hb Mei adalah kerajaan baru.
BN atau pembangkang perintah tetap kerajaan baru kerana pentadbiran baru yang akan memberikan nafas baru.
Siapapun perintah, kebajikan rakyat hendaklah diutamakan.
Sekarang ini adalah musim orang menabur janji, janji dimana saja. Cuma kita kena fikirkan realistik atau tidak janji-janji yang dilaburkan bagi meraih undi.
Pilih oh pilih, apa yang kita fikirkan sesuai. Apa yang penting niat kita dan tujuan kita mengundi.
Betul atau salah itu adalah kuasa ALLAH, kita mesti redha.
Ini juga kuasa demokrasi yang diamalkan dalam negara yang bernama Malaysia.
Sebagai seorang pemolitik, politikus dan rakyat, kita hendaklah bercakap serupa bikin.
Jangan semasa kita susah kita mencari bantuan dan sokongan, bila senang kita lupakan segalanya.
Apabila sekali cakap tidak serupa bikin, kesian diri sendiri apabila orang dah tak percaya nanti.
ALLAH adalah hakim segalanya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tiga perkara, sesiapa yang padanya ada tiga perkara itu, maka dia adalah seorang munafik walaupun ia berpuasa, mengerjakan solat dan mengakui dia seorang Muslim.
(Tiga perkara itu) ialah apabila berbicara, ia berdusta; apabila berjanji, ia menyalahi janji; dan apabila diberi amanah, ia khianati.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jangan jadi penipu: Abah

Abah

Abah

Teringat aku masa kecil-kecil dulu, mak dan abah selalu berpesan, kita orang susah, kalau nak apa-apa kena berusaha sendiri, jangan berharap pada orang.
Simpati orang jauh sekali.

Abah cukup garang, pernah aku dan abang berkongsi duit untuk beli brickgame (masa tu, pecah kepala sapa ada, lepas tu barulah game tv dan game boy @ Netendo).

Game tu tak mahalpun, lebih kurang RM13 ja, tapi susah payah nak kumpul duit masa tu, mau berbulan juga.

Sebab duit sekolah masa tu baru dua ringgit sehari pada 1996.

Berebut punya pasai, abah kata “jangan sampai aku hempuk game tu”, punya garang abah hanya kami ja tahu.

Style abah dan mak juga senang, nak apa bincang, jangan sesekali bertindak sendiri atau mencuri.

Menipu ditegah sama sekali, mau makan penampar Jepun abah kalau dapat tahu kami menipu.

Sampai sekarang kami adik beradik memahami pantang larang abah.

Abah juga mendidik kami untuk mengelakkan berhutang dimana rumah yang dibina mak dan abah tidak menggunakan duit pinjaman bank.

Abah juga tidak pakai kad kredit dan melarang keras kami menggunakannya.

Cuma abah dan emak berhutang kepada bank untuk beli kereta.

Semua motocup abah juga tidak pernah beli secara hutang.

Itu disiplin abah dan mak.

Hinggakan aku lewat bayar hutang PTPTN juga abah bising.

Paling best sekali, bil elektrik dan air abah tak pernah ada tunggakan, tak tahu cam mana abah dan emak kawal kewangan.

Moga-mogahan ilmu abah dapat diwarisi kami bertiga.

#tqabah&mak

Nantikan lagi entry tersirat Lahad Datu

Sempat pose ala-ala hero tamil dua hari sebelum balik dari Lahad Datu.

Sempat pose ala-ala hero tamil dua hari sebelum balik dari Lahad Datu.

Maaf kepada follower yang tak seberapa dalam nie.
Aku masih terhutang beberapa entry Lahad Datu dalam ini.
Tunggu ya, aku memang tak sempat langsung sebab dekat rumah tak ada internet.
Kat opis memang tak sempat nak berblog nie, kalau sambil buat kerja update blog mau kena tangan dari belakang dengan bos-bos aku.
Aku akan usaha habiskan cerita yang tersirat dari Lahad Datu ya, tunggu.

Kita ada DIA untuk berdoa

Dah lama cari Abang Aziz nie tak jumpa, aku perlu terus berusaha menjejaknya.

Dah lama cari Abang Aziz nie tak jumpa, aku perlu terus berusaha menjejaknya.

Alhamdulillah, persoalan aku hampir dua bulan akhirnya terjawab!!
Boleh aku katakan satu tindakan yang matang dan lembut.
Terima kasih juga dengan peluang yang diberikan selama ini.
Kita masih punya DIA untuk berdoa dan menunjukkan kebenaran dan penyudahnya.
Ikhlas aku langsung tidak berdendam dan ini  adalah ketentuan qada dan qadar.
Aku harus terima seadanya dan melihat dengan lebih jauh bukan dengan pemikiran yang sempit.

Minda terbuka
Dalam kehidupan, pergaulan, perhubungan dan kehidupan, adalah kita disarankan bergaul dengan lebihg ramai orang, bukannya bergantung dengan satu haluan sahaja.
Simple contoh yang perlu kita jadikan sandaran, ‘Menuntut ilmu sampai ke China’, kenapa pepatah mengatakan negeri China, bukan Thailand dan Indonesia.
Sebab kita perlu melihat dengan pelbagai perspektif, bentuk dan rupa.
Selagi dalam kelompok sama, kita tidak akan kemana.

Nafas baru?
Setiap langkah hendaklah bermakna, jika  tidak adalah sia-sia hidup kita hari ini.
Jangan selalu melihat kepada kenangan, kerana kita tidak akan ke hadapan sekiranya selalu sandarkan kepada kenangan.
Bagaimanapun, kenangan tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan yang telah dilalui kita selama ini.
Jika pernah gagal dalam kehidupan, ayuh bangun semula kerana percubaan Thomas Edison untuk kali ke 1,000 baru berjaya menghasilkan lampu dan mengubah dunia.
Jangan sesekali gagal dan terus kecewa, terlalu banyak peluang dan ruang dalam muka bumi ini.

~ Sekeras-keras kerak nasi akan lembut apabila dicurahkan santan kelapa