‘Love is the answer’

Dalam penghujung tahun 2010 atau dalam 2011, aku dan bertemu dengan seorang pengadu kes berhubung kudanya mengalami kecederaan pada bahagian lidah.

Dalam pertemuan pertama itu beliau mengadu kudanya mengalami keceraan yang mana hampir putus keseluruhan lidah haiwan kesayangannya itu.

Ijan menunjukkan kecederaan yang dihadapi kudanya.

Ijan menunjukkan kecederaan yang dihadapi kudanya.

Difahamkan kecederaan kuda berkenaan mungkin disebabkan salah memasang alat pada mulutnya, yang membuatkan lidah kuda berkenaan seolah-olah dihiris dengan menggunakan pisau.

Kuda berasal dari Argentina itu kemudiannya dibawa menerima rawatan disebuah klinik haiwan swasta di ibu kota segera.

Kos yang agak tinggi ditanggung oleh ibu muda berkenaan, beliau begitu kesal juga dengan sikap sambil lewa tempat penjagaan kudanya itu.

Tetapi bukan itu sebenarnya yang hendak aku ceritakan, Aslizan Zabidin atau lebih mesra dengan panggilan Ijan begitu mengambil berat terhadap haiwan kesayangan dan beberapa ekor kuda miliknya lagi.

Selain digunakan untuk bersenam untuk bermain polo, kuda miliknya juga digunakan untuk charity, iaitu mengajar anak-anak autisma yang bernaung dibawah beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

Pada mulanya, sikap caring yang ada pada dia terhadap kuda-kudanya membuatkan aku kagum. Sikap kasih sayangnya mengatasi segalanya walaupun pertemuan pertama aku bersama seorang rakan, Ismadi Ismail memperlihatkan Ijan seorang yang agak keras dan tegas.

Sanggup berhabis wang membeli beberapa ekor kuda dan berkongsi dengan mereka yang tidak berkemampuan telah menafikan tanggapan aku kepada dia.

Selepas beberapa lama kami berkongsi cerita, barulah dia menceritakan kenapa dia begitu serius membantu mereka yang berhadapa dengan autisma.

“Palie, anak saya juga menghidap autisma”, terkejut aku ayat yang dikeluarkan melalui sms ketika itu.

Dia mempunyai impian membuka autime centre di ibu kota dengan harapan membantu mereka yang memerlukan.

Bagi merealisasikan impian dan hasrat itu, Ijan terbang merata dunia dan berjumpa dengan pelbagai pakar autisma agar ilmu berkenaan dapat dikongsi dengan masyarakat.

Dia juga sedang melakukan eksperimen dan membuka centre sendiri untuk anaknya terlebih dahulu sebelum menggunakan khidmat pakar dalam merealisasikan impiannya.

ALHAMDULLILAH dia hampir berjaya.

Anaknya juga menunjukkan beberapa perkembangan positif selepas menjalani terapi berkuda.

Katanya, ‘Love is the answer’ dalam menghadapi kesabaran membesarkan seorang anak autisma.

Melihat anugerah ALLAH yang dipertanggungjawabkan terhadapanya itu senyum dan bertindak balas positif adalah hadiah paling bermakna buatnya.

Dalam masa sama Ijan juga berhasrat menulis buku berhubung dengan pengalamannya membesarkan anak autisma dan inilah dedicate dia kepada anaknya.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=88gtw10ye3k

Moga usaha murni Ijan terus diberkati dan dipermudahkan NYA, InshaALLAH.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s