Azizan, masih banyak simpan rahsia

Azizan bukan pakcik tua biasa.

Azizan bukan pakcik tua biasa.

Sudah hampir sebulan bekas Menteri Besar Kedahm Datuk Seri Azizan Abdul Razak menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. Bagaimana keadaan beliau, MB Pas Kedah yang menang PRU12.
Ramai yang tidak sabar melihat Ustaz kembali sihat seperti sediakala.
Dalam masa sama, kami Sinar Harian tidak putus-putus melaporkan keadaan sebenar Ustaz Azizan dari hospital.
Siapa sebenarnya Ustaz, masih aku tertanya-tanya.
Bayangkan pada awal menerima rawatan, yang melawat beliau bukan calang-calang pemimpin, Tuanku Agong – antara kenamaan terawal melawat beliau; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan isteri serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.
Tunku Bendahara Kedah juga telah melawatnya tiga kali! Siapa Azizan Abdul Razak, siapa beliau jika dilihat bukan sebagai bekas MB dan bekas Pesuruhjaya Pas Kedah.
Teringin sangat-sangat ingin aku ketahui.
Bagaimanapun, aku bersyukur dapat mengetahui sedikit sebanyak berkenaan Ustaz melalui tulisan Setiausaha Politiknya, Muhammad Sanusi Md Nor.
Aku cuba memanjangkan lagi perkongsian siapa sebenarnya Ustaz Azizan Abdul Razak.

Azizan, masih banyak simpan rahsia

Sandaran dan Rujukan Ustaz Azizan di awal perlantikan sebagai Menteri Besar dikecam oleh sebahagian ahli PAS dan UMNO kerana menggunakan kereta rasmi (Mercedes Benz KBV  dan polis (out rider dan pengawal).
Dia memakai long suit, bersongkok (ganti ketayap putih) dan tali leher ke pejabat dan urusan rasmi.
Ini mengejutkan sebahagian ahli PAS, tertutama yang mengkagumi Ahmadinejad (Presiden
Iran yang tidak bertali leher) dan sesetengah ahli yang hanya mengenalinya sebagai Ustaz, yang harus berserban, berjubah, memakai kereta lamanya dan menjauhi semua kebesaran sebagai pemimpin sebuah kerajaan.
Alasannya kuat dan pantas. Ustaz Azizan menghuraikannya seperti ini. Aku memakai ijtihad yang dibuat oleh Muawiyah sewaktu menakluki Mesir dan dilantik menjadi Gabenor di sana. Inilah yang diharuskan dalam ilmu siasah syariyyah, meneruskan amalan kebiasaan yang sudah dikenali dalam sesebuah masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak.
Ketika menjawab pertanyaan khalifah Syaidina Umar r.a berkaitan aduan rakyat terhadap corak kehidupan dan kediamannya di istana milik bekas pemerintah Rom.
Muawiyah menjawab: “Aku menakluki sebuah wilayah jajahan Rom dan masih bersempadan dengan mereka.”
Mereka mengenali sebuah kerajaan dan pemimpin dengan kehebatan dan kebesaran seperti ini.
Dengan inilah kerajaan dihormati dan dipatuhi dalam masyarakat dan budaya di sini. Aku tidak boleh tergesa-gesa mengubah apa yang telah mereka kenali sejak ratusan tahun dulu sekelip mata.
Jelas Ustaz pada satu ketika, Rasulullah ketika menjalani kehidupan di Madinah pernah menaikkan Syadatina Aisyah r.a ke atas bahunya untuk menyaksikan satu pertandingan kebudayaan orang Madinah.
Walaupun ia asing dan ganjil bagi masyarakat Mekah, Rasulullah tidak melarangnya, malah turut menyaksikannya.
Inilah sandaran yang terpakai dalam ilmu dan disiplin siasah syariyyah.
Walaupun apa yang aku buat ini asing dan ganjil bagi ahli dan penyokong PAS, tetapi Rakyat Kedah sejak sekian lama mengenali kerajaan dalam bentuk ini.
Ada lebih 1.8 juta penduduk Kedah, berparti PAS, UMNO dan tidak berparti, Islam dan bukan Islam, Melayu Cina, India dan Siam, aku mengambil jalan ini untuk menjadi Menteri Besar kepada seluruh rakyat Kedah.
Aku percaya, satu hari nanti, orang kita (PAS) akan memahaminya.

Dihentam teruk
Dia juga dihentam teruk kerana memakai pakaian rasmi jamuan beradat (mess kit) sewaktu jamuan hari polis di Dewan Wawasan.
Dia tampil tanpa songkok (sesuatu yang asing bagi dirinya dan ahli PAS).
Sesuatu yang tidak dikatahui, Ustaz Azizan telah mengubah ciri-ciri mess kit dengan membuang bow sebagai sebahagian kelengkapannya dan menggantikannya dengan leher ‘cekak musang’.
Walaupun mendapat kritikan dan rasa tak puas hati para pegawai protokol, kerana pakaian
istiadat ini telah digunakan berpuluh tahun, Ustaz Azizan telah mengadap dan memohon
perkenan KDYMM Sultan Kedah untuk mengizinkan perubahan itu.
Katanya: Patik bukan sahaja memimpin negeri ini, patik juga ketua PAS Kedah.
Dalam pandangan sebahagian para ulama’, bow tidak dibolehkan, tidak seperti tali leher. Patik mohon Tuanku mengizinkan perubahan ini kerana ahli-ahli PAS akan mengecam para
pemimpin jika patik turut memakainya.
Perubahan itu kekal sehingga hari ini.

Berjimat cermat
Menjadi amalan dan berdasarkan kelayakan pimpinan negeri menaiki pesawat kelas
perniagaan ke Kuala Lumpur atau ke mana-mana majlis rasmi dan tidak rasmi.
Beberapa pemimpin lain menunjukkan teladan dengan menaiki pesawat kelas ekonomi dan pesawat tambang murah.
Pergerakan pemimpin negeri biasanya diiringi beberapa pegawai dan pengawal.
Ustaz Azizan lain caranya.
“Cuba hang kira kos perjalanan ke Kuala Lumpur dengan kapal terbang, banding dengan kereta,” katanya.
Dia sendiri yang mengambil pen dan menulis di kertas. “Berapa harga tiket
bisness class ke KL?”
RM 444.00 Ustaz!
“Mana hang tau?” tanyanya.
Saya tengok di internet.
“Ekonomi class?” RM240 ustaz.
Kalau kita pi 3 orang, aku bisness class, hang N54, bisness class juga. Tapi katakan hang dan sorang lagi kelas ekonomi, dah brapa? RM 444 + RM240 + RM240, dah jadi RM924.00.
“Dari airport ke KL?” Katakan seorang RM30 dah jadi RM1,014.
Pi dan balik dah jadi RM2,028 sekali perjalanan.
Kalau 4 kali sebulan dan jadi RM8,112.00.
Dulu-dulu, MB terbang kot atas, kereta dua tiga biji menjalar kot bawah. Sampai sana, mesyuarat sana sini, kena pi naik kereta jugak.
“Kalau pi dengan kereta, minyak pi balik katakan RM250, tol RM120, baru RM370.
“Kalau 2 buah kereta, baru RM740.00. Empat kali pi baru habih RM2,960. Kita jimat RM5,152
duit rakyat,” katanya.
Hotel? Kalau sebilik RM300.00, tiga bilik sudah RM900.00, kalau pegawai yang booking ikut
kelayakan pegawai kerajaan, aku tentu bilik suite, hang pun sama, dah berapa ribu?
Kalau suite semalam RM1,000 untuk MB, bilik lain RM300, kena dua malam dah jadi RM3,200.
“Kalau kita ramai, lagi mahai. Kalau sebulan 4 kali kita pi, dah RM12,800 untuk hotel saja. Sebab tu aku suruh Kedah Invest sewa kondominium di Jalan Tun Razak. Sebulan RM4,000 boleh duduk ramai-ramai, berapa malam pun tak pa. Kita jimat RM8,800 untuk penginapan.
Maka, sepanjang lima tahun Ustaz Azizan menaiki kereta jika ke Kuala Lumpur bersama sebuah kereta pegawai pengiring.
Hanya tiga kali dia menaiki pesawat, itupun kerana dia membuat perjalanan dari Langkawi. Dia sering tidur malam dalam kereta, kerana terpaksa membuat perjalanan lebih awal
dengan kereta.
Ada kala kami mendiami kondominium itu 7 orang, sebahagiannya tidur di ruang tamu depan TV.
Ustaz Azizan tidur di sofa panjang. Itulah sebahagian jimat cermat wang rakyat yang dipraktikkan oleh seorang MB daripada PAS, selama lima tahun pentadbirannya.
Walaupun dengan kereta dia menjadi kurang rehat dengan masa perjalanan yang lebih panjang, badannya keletihan, dia sanggup menjauhi keselesaan yang dibolehkan mengikut kelayakannya.
Berbelas ribu (purata RM13,000 sebulan) duit rakyat berjaya dijimatkan dengan
langkah dan pengorbanannya.
Sayangnya, pengorbanan jenis ini jarang orang menilainya.

Advertisements

Putus Sudah Harapan?, luahan Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo dengan ditemani isterinya Zahrah Kechik kekal menjalani hukuman penjara setahun atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan banglo bernilai jutaan ringgit selepas rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan,Putrajaya di sini, 30 Mei 2013. - UTUSAN MALAYSIA

Dr Mohamad Khir Toyo dengan ditemani isterinya Zahrah Kechik kekal menjalani hukuman penjara setahun atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan banglo bernilai jutaan ringgit selepas rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan,Putrajaya di sini, 30 Mei 2013. – UTUSAN MALAYSIA

Rayuan Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo kepada Mahkamah Rayuan ditolak oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai jutaan ringgit di Shah Alam.

Korum berkenaan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember dua tahun lalu yang mengarahkan perayu dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan akan diserahkan kepada kerajaan.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan perayu agar pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan. Pihak pendakwaan membantah penangguhan tersebut.
Mohamad Khir, 47, merayu keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkannya terhadap tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zaharah Kechik, 47, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.

Selepas keputusan dikeluarkan semalam, Khir seolah-oleh menjelaskan keadaan sebenar dan tidak rasa takut terhadap hukuman yang dikenakan terhadapnya. Ikuti entry terbaru blognya dan baca yang di copy-paste.

1. Semalam, Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan sebulat suara menolak rayuan saya.

2. Saya akan merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan ini tapi saya tidak mengharapkan peluang untuk dibebaskan secerah semasa kes ini di Mahkamah Rayuan.

3. Saya hadir ke Mahkamah Rayuan dengan harapan yang tinggi kerana saya percaya saya tidak melakukan apa-apa kesalahan rasuah mahu pun pecah amanah.

4. Saya membeli rumah dengan harga pasaran. Saya tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada Shamsudin Haryoni berbanding syarikat-syarikat lain yang melakukan usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

5. Saya dimaklumkan bahawa tuduhan ke atas saya di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Dengan kata lain, apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga yang tidak mencukupi daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

6. Saya tidak pasti bagaimana mahu membeli rumah kerana hampir kebanyakan “developer” mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai Menteri Besar Selangor.

7. Sudah tentu ada yang berkata belilah rumah mengikut harga sebenar. Saya bersetuju dengan pandangan tersebut. Sebab itu saya minta diadakan penilaian ke atas rumah separuh siap yang mahu dijual oleh Shamsuddin kepada saya.

8. Rahim and Co dan HSBC menilai rumah tersebut pada harga RM 3.5 juta. Penilai Rahim and Co memberi keterangan terperinci dalam Mahkamah mengenai cara penilaian dibuat. Keterangan beliau tidak dicabar oleh Pendakwa Raya. Malangnya ia tidak diambil pakai oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

9. Sepanjang tempoh perbicaraan ini terdapat 4 nilai harga rumah tersebut dibawa oleh pendakwa raya. Pertama ialah harga RM 6.5 juta, harga yang dibeli oleh Shamsuddin daripada pemilik pertama. Harga kedua, ialah RM 5.2 juta yang kononnya dibuat oleh Trans Asia atas permintaan Shamsuddin sebelum pembelian dilakukan. Shamsuddin tidak pernah menunjukkan kepada saya laporan tersebut dan ini diakui sendiri oleh beliau di dalam Mahkamah.

10. Pendakwa raya juga membentangkan laporan oleh Henry Butcher yang dibuat pada 2009, iaitu hampir 3 tahun selepas rumah tersebut saya beli dan siapkan.

11. Peguambela saya membentangkan dua nilaian. Satu daripada Irhamy and Co yang menilai rumah tersebut sebanyak RM 4.3 juta semasa Shamsudin membeli rumah tersebut pada 2005. Nilaian ini dibuat setelah Shamsuddin memohon untuk melakukan pinjaman cagaran ke atas kediaman tersebut dengan Maybank.

12. Nilaian kedua adalah nilaian Rahim and Co sebanyak RM 3.5 juta yang dilakukan ketika saya membeli rumah tersebut yang separuh siap apabila Shamsuddin meroboh dan membina semula.

13. Saya masih ingat tulisan dan pertanyaan seorang penulis sebuah portal yang menulis artikel bertajuk Adakah Anda Bergurau Tuan Hakim? Saya tidak pasti jika hakim menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut.

14. Semalam, peguam saya, Datuk Seri Shafee Abdullah bangun mengemukakan pertanyaan kepada tiga orang panel hakim hari ini, “Apakah benchmark atau tanda aras untuk menyatakan pembelian ini merupakan satu pembalasan yang tidak mencukupi.”

15. Pertanyaaan ini bukan sahaja tidak dijawab oleh Hakim Mahkamah Tinggi tetapi juga oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan. Ini bermakna saya tidak mungkin mendapat sebarang perbicaraan yang munasabah pada akal logik.

16. Panel Hakim menyatakan hakikat saya mengetahui rumah tersebut sebelumnya ditawarkan kepada saya RM 7 juta dan Shamsuddin membeli dengan harga RM 6.5 juta menunjukkan saya mengetahui balasan yang saya berikan tidak mencukupi.

17. Apakah masuk akal untuk saya membeli rumah separuh siap dengan harga rumah yang siap bersama perabot dan kolam renang yang dibeli Shamsuddin pada 2005? Jika berdasarkan pertuduhan inilah kesalahan saya. Namun sehingga dua Mahkamah saya lalui, tiada satu pun bukti menunjukkan harga RM 6.5 juta tersebut merupakan harga pasaran yang sebenar.

18. Empat orang hakim masih tidak boleh memberi saya tanda aras apa yang sepatutnya saya guna untuk membeli rumah tersebut. Jadi bagaimana saya seorang yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai undang-undang boleh membuat keputusan yang tidak menyalahi undang-undang?

19. Dan jika nilaian oleh penilai bebas yang bertaraf antarabangsa seperti Rahim and Co dan bank antarabangsa seperti HSBC tidak boleh diterima pakai oleh Undang-undang dalam menentukan nilai sebenar hartanah tersebut, keadilan apa lagi yang mahu kita cari?

20. Saya percaya saya akan tetap bersalah walau apa pun bukti dibawa. Cuma saya berharap panel lima hakim akan datang menyatakan dengan jelas apakah tanda aras sebenar balasan tidak mencukupi tersebut.

21. Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.

22. Tapi sekurang-kurangnya saya berharap para Hakim akan memberi penghakiman yang jelas agar tidak ada lagi penjawat awam menjadi seperti saya – mangsa yang boleh  dimanipulasi untuk kepentingan politik!

Rasuah

23. Walau apa pun tanggapan mereka yang tidak suka dengan saya, tapi hakikatnya saya tidak melakukan rasuah. Sepanjang perbicaraan, keterangan pegawai PKNS jelas menunjukkan saya menyokong puluhan surat cadangan memajukan tanah PKNS secara usahasama. Ada sokongan saya yang diluluskan dan yang ditolak oleh jawatan kuasa teknikal.

24. Sebab tu saya dituduh melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun SPRM dengan bangganya menyatakan bahawa kejayaan pendakwaan ke atas saya merupakan bukti kerajaan serius membanteras rasuah.

25. Rasuah apa? Sokongan saya terhadap cadangan memajukan tanah secara usahasama ke atas syarikat milik Shamsuddin dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal yang saya tidak ketuai. Malah keterangan pegawai PKNS menunjukkan banyak sokongan saya juga ditolak.

26. Shamsuddin memohon pengecualian Bon dan disokong oleh saya tetapi ditolak oleh PKNS. Jadi untuk apa Shamsuddin merasuah saya?

27. Malahan dalam keterangan Shamsuddin, beliau sendiri mengakui bahawa beliau yang menawarkan untuk menjualnya kepada saya, bukannya saya yang meminta untuk membeli.

28. Memanglah ada “rempah ratus” pendakwa raya dari saksi-saksi yang bermusuhan dengan saya atau terpaksa kerana telah didakwa bersama saya terlebih dahulu. Namun hakikat utama dalam kes ini bahawa saya membeli rumah dengan balasan tidak mencukupi masih merupakan satu kenyataan yang sangat kabur.

29. Saya bangga sekurang-kurangnya saya membeli rumah dengan titik peluh saya bukan menggunakan wang kerajaan.

Saiful, Mek Su sah suami isteri

Pasangan pengantin baru, Saiful dan Nik Suryani . – Foto Sinar Harian oleh NORHAFIZA MUSA

Pasangan pengantin baru, Saiful dan Nik Suryani . – Foto Sinar Harian oleh NORHAFIZA MUSA

KUALA TERENGGANU – Inilah jodoh saya, demikian ungkapan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada media sebaik selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman.
Mohd Saiful, 28, sah menjadi suami kepada Nik Suryani dengan sekali lafaz di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang tadi dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan.
Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101.
Majlis pernikahan itu disaksikan kira-kira 100 orang terdiri dari ahli keluarga terdekat dan rakan mempelai.
Mohd Saiful dan Nik Suryani yang memakai persalinan berwarna putih sedondon dinikahkan di hadapan keluarga kedua-dua belah pihak selepas mengikat tali pertunangan pada 20 Oktober tahun lalu.
Majlis resepsi pula dijadual berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di sini, bermula pukul 8 malam ini.
Mohd Saiful Bukhari sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pernah diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan itu.
Sumber asal: Sinar Harian

UnToldStory: Siapa Khalid Abu Bakar (IGP) sebenarnya

Ketika sedang interview di Karangkraf.

Ketika sedang interview di Karangkraf.

Secara peribadi sememangnya aku tidak mengenali siapa Khalid Abu Bakar sebenarnya, tetapi aku pernah bekerja dengan beliau hampir tiga tahun semasa beliau menjadi Ketua Polis Selangor dan Pengarah KDN/KA Bukit Aman barulah aku mengetahui dia bagaimana.
Ketika memberikan sidang media beliau amat tegas dalam soal keselamatan negara! Siapa saja disergahnya, ‘minta maaf cuba provokasi melampau’.
Sergahnya bukan bermaksud ‘buta tuli’ tetapi berfakta.
Itulah Khalid Abu Bakar. Jangan bermain dengan keselamatan negara.
Tetapi, wajahnya yang suka senyum tidak pernah lekang dari mukanya, keep smile.
Khalid juga adalah ‘lubuk’ story bagi pengamal media.
Pernah juga aku beberapa kali ke pejabatnya di IPK Selangor, dalam kekalutan mengambil lif beliau mengajak aku dan beberapa lagi petugas media bersama menaiki lif yang dikhaskan untuknya.
Tersipu-sipu malu kami dibuatnya.
Beberapa bekas anggotanya yang pernah bertugas di IPK Selangor, rata-rata memujinya dengan sikap beliau yang amat dedikasi dan tegas.
Susah melihat beliau memarahi anggota membuta tuli. Kejadian sebenar yang aku pernah terserempak dengannya ketika di IPK Selangor beberapa tahun dulu, dimana staffnya tidak perasan beliau masuk ke lobi, langsung tidak sedar anggota itu.
Apabila ternampak bos masuk, apa lagi melompak bangun dia terkejut. Tetapi Khalid tetap selamba senyum kepada anggota berkenaan.
Gandingan mantap Khalid ketika bersama timbalannya, Datuk Jamshah Mustapa yang kini menjadi Ketua Polis Terengganu.
Difahamkan Khalid juga meminati sukan motor berkuasa tinggi.
Semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Negara, pernah sekali aku ke pejabatnya di Bukit Aman, beliau seorang yang sempoi.
Pintu bilik tidak pernah tutup dan senantiasa menyambut tetamu.
Ketua Polis Negara ini amatlah mudah didekati juga kerana memiliki laman sosial Facebook bagi memudahkan masyarakat berinteraksi dengannya.

FB Khalid Abu Bakar

FB Khalid Abu Bakar

Cuma akhir-akhir ini, sejak menjadi Timbalan Ketua Polis Negara, beliau terlalu sibuk dan kemungkinan tidak sempat untuk update Facebooknya.
Beliau pernah membayangkan aku, kekangan tugas beliau menyebabkan agak sukar berinteraksi dan online, tetapi tetap mencubanya.
Semalam, selepas dilantik menjadi Ketua Polis Negara pada 16 Mei 2013 lalu, beliau memuat naik beberapa entry terbaru yang mana mengucapkan terima kasih kepada mereka yang meraikan kenaikan pangkat beliau.
“Terima kasih diatas semua ucapan Dan komen sempena pelantikkan saya sebagai KPN. Inshallah, saya akan lakukan yang terbaik,” katanya.
Sebelum itu, beliau juga ada menaikkan entry berbunyi, “Saya pohon masyarakat terus memberi keyakinan dan kerjasama kepada semua pegawai Dan anggota PDRM didalam kita memelihara keamanan Negara kita yang tercinta ini.”
Begitulah harapan murni beliau dalam memikul amanah yang diberikan kerajaan.
Entry terakhir beliau adalah pada 3 Jun 2012.

Berikut maklumat peribadi Khalid yang dikeluarkan Pusat Media PDRM

MAKLUMAT PERIBADI

TKH LAHIR : 05/09/1957
TPT LAHIR : SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
TKH MULA BERKHIDMAT DALAM PDRM : 05/12/1976

TARIKH PANGKAT
15/04/2011 DIG
25/10/2010 CP
01/11/2006 DCP
16/12/2005 SAC I
02/08/2004 SAC II
02/01/2003 ACP
01/01/1996 SUPT
01/05/1989 DSP
01/12/1986 ASP
05/12/1976 INSP

KELULUSAN PELAJARAN

1. OSC/MCE/SPM SEKOLAH MENENGAH BANTUAN PENUH KERAJAAN
2. LLB (HONS) UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

SUAMI/ISTERI

NAMA ISTERI: DATIN SRI IMRAN BT IBRAHIM
BIL. ANAK : 4

REKOD PERKHIDMATAN PDRM

  1. CP PENGARAH KDN/KA KDN/KA JAB KDN/KA 25/10/2010
  2. DCP PENGARAH KDN/KA KDN/KA JAB KDN/KA 25/10/2010
  3. DCP KETUA POLIS NEGERI PENTADBIRAN SELANGOR 02/07/2007
  4. DCP TIMB PENGARAH JSJ I JSJ JSJ BUKIT AMAN 01/11/2006
  5. SAC I TIMB PENGARAH JSJ I JSJ JSJ BUKIT AMAN 01/11/2006
  6. SAC I KETUA POLIS NEGERI PENTADBIRAN N.SEMBILAN 16/12/2005
  7. SAC II KETUA POLIS NEGERI PENTADBIRAN N.SEMBILAN 16/12/2005
  8. SAC II KET PEN PENG(RISIKAN/OPERASI) JSJN JSJN BUKIT AMAN 24/05/2005
  9. SAC II KET PEN PENG(RISIKAN/OPERASI) JSJN JABATAN NARKOTIK 02/08/2004
  10. ACP KET PEN PENG(RISIKAN/OPERASI) JSJN JABATAN NARKOTIK 02/08/2004
  11. ACP KETUA POLIS DAERAH PENTADBIRAN KUANTAN 28/06/2003
  12. SUPT KETUA JAB PENGURUSAN PENTADBIRAN PAHANG 02/01/2003
  13. SUPT PT RISIKAN DLM NEGERI JSJN JABATAN NARKOTIK 17/04/2000
  14. SUPT KETUA JABATAN NARKOTIK JSJN KEDAH 16/10/1997
  15. SUPT P.T. OPERASI/SIASATAN JSJN KUALA LUMPUR 02/09/1996
  16. DSP TIM KJN (NARKOTIK) JSJN KUALA LUMPUR 02/01/1996
  17. DSP TIMB KJSJ (CAD) CAW ANTI DADAH JOHOR 16/11/1995
  18. DSP TPP PERLUCUTHAK HARTA CAW ANTI DADAH JSJ BUKIT AMAN 02/05/1995
  19. DSP MENUNGGU PENEMPATAN LATIHAN BUKIT AMAN 29/04/1995
  20. DSP PESERTA KURSUS LATIHAN UNI. ISLAM ANTARABANGSA 27/06/1991
  21. ASP DIPINJAMKAN PENTADBIRAN BHG D KL, KDN 05/06/1989
  22. ASP ADC T/KPN PENTADBIRAN JAB PENGURUSAN 13/08/1985
  23. ASP INSP PASUKAN BERTINDAK CAW ANTI DADAH JSJ BUKIT AMAN 04/07/1977
  24. INSP DALAM LATIHAN LATIHAN PULAPOL KL 05/12/1976

Lagi kisah Ayahanda Tyson: Papa stabil

Dalam dua entry sebelum ini, aku mendapat respond positif daripada anak Ayahanda Tyson.
Beliau mengesahkan ayah Tyson mendapat rawatan akibat ditetak itu di Hospital Kuala Lumpur.
Ayah Tyson perlu menjalani pembedahan kecil bagi merawat luka-luka yang ditetak pada bahagian belakang.
Katanya juga, ayahnya sudah boleh memberikan reaksi balas dan bercakap, bagaimanapun keadaannya masih lemah.
“Papa masuk operation hall since 09:00am semalam (May 22, 2013) dan dia baru keluar pukul 01:00 malam tadi (May 23, 2013).
“Just now my called me, and she gave her phone to my dad, Al7amdulellah he can talk a bit but still lemah,” katanya.
Alhamdulillah.
Setakat ini, polis masih belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes ini, bagaimanapun saya percaya, “penjenayah dalam negara ini tidak akan dapat lari kemana!”
Itu sumpah yang dilafazkan pasukan keselamatan negara.
Dalam situasi ini, mari bersama kita mendoakan ayah Tyson segera sembuh dan penjenayah berkenaan diberkas segera.
Jangan sesekali kita menyebarkan khabar angin yang tidak sahih berhubung kejadian.

Happy Birthday Mak

Image

20130523-112923.jpg
Gambar menunjukkan mak dan paktam (adik ketiga emak).

Alhamdulillah, hari ini 23 Mei 2013, umur emak genaplah 56 tahun.
Sepatutnya hari ini juga emak patut bersara wajib dari perkhidmatan polis, bagaimanapun atas beberapa sebab mak perlu menyambung semula khidmat kepada negara sehingga awal tahun depan.
Pagi tadi, sebelum mengikuti kursus di pejabat, aku berkesempatan mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada emak.
Moga 2013 kesihatan mak dan abah terus baik untuk meneruskan kehidupan dan amal ibadat.