Azizan semakin positif – Mampu memberikan nombor telefon kepada doktor

Azizan

Azizan

Alhamdulillah, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah mula sedar selepas melakukan pembedahan membuang kedua belah kakinya akibat komplikasi kencing manis kronik di Hospital Pulau Pinang (HPP), 9 Mei lalu.
Bekas Setiausaha Politiknya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pagi tadi Ustaz sudah mampu memberikan nombor telefonnya kepada doktor yang merawatnya.”Sebelah petang pula, dia tidur berehat panjang.”Ustaz juga memberikan respon yang baik kepada kunjungan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah,” katanya yang dipetik di Facebooknya, semalam.
Menurutnya, lawatan Tunku Anuar semalam adalah lawatan ketiga baginda sejak Azizan menerima rawatan di HPP.
Sebelum ini, turut melawat Azizan adalah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Sultan Badlishah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Azizan menjalani pembedahan membuang kedua-dua kakinya di bawah paras lutut selepas terkena jangkitan kuman dan kedua-dua kakinya selamat dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, bersebelahan dengan pusara bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s