UnToldStory – Tun Dr Mahathir hanya PM pencen

20130521-004428.jpg

Tengah hari tadi aku berpeluang menyambut ketibaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Hari ini bukan sebagai wartawan, tetapi sebagai rakyat Malaysia biasa.
Sengaja kesempatan off day aku, aku gunakan dengan sepenuhnya menikmati kehidupan bebas seorang rakyat.
Tanpa buku dan kamera di tangan, aku hanya memerhati sahaja suasana persekitaran dan tingkah laku orang ramai.
Kesempatan aku sampai awal lapangan terbang kira-kira 30 minit aku gunakan untuk melawat Polo House yang baru di buka di lobi airport.
Dalam ketika itu aku mendengar perbualan baik orang muda dan orang tua, kebanyakkan bercerita Tun akan mendarat di situ.
Apa sangat Tun sebagai seorang perdana menteri pencen, kepala dan telinga aku terus mendengar dan melihat apa dan siapa mereka.
Rupanya ramai, baik Melayu, bangsa asing turut sama bercakap perkara sama.
Dalam dunia kewartawanan, sesiapa yang tidak pernah nampak Tun bersemuka adalah satu perkara luar biasa, jadi aku tidaklah tertarik sangat dengan ketibaan Tun.
Tun Det, Tun Siti, argh…. Biarkan mereka, yang penting aku nak menangkap sehelai dua polo yang terseregam indah depan mata.
Selepas 15 minit, hati aku berkocak perlu keluar apabila ramai warga emas mula berkumpul menyambut ketibaan Tun berdua.
Tidak kurang juga, Perkasa Selangor dan Wilayah Persekutuan turut meluangkan serta.
Seperti biasa, menunggu diluar pagar, seperti ‘tahanan mengharapkan sesuatu daripada sang pemerintah!’
Aku kembali duduk atas sebuah motosikal yang di park dihadapan McD hujung airport yang juga dikenali Sky Park.
Kembali membelek Blackberry aku, aku terus berfikir. “Kenapa mereka yang hadir kira-kira 150 orang itu sanggup membuang masa, berkumpul menyambut seorang pm pencen, bukan boleh dapat apapun projek.”
Saat dinantikan tiba, motosikal polis yang escort Tun melalui dihadapan kami, “brother trafik separuh usia itu kemudiannya memperlahankan motosikal dan memberhentikan motosikal yang ditungganginya.”
Aku sangkakan Tun seperti VVIP lain, akan melalui orang ramai dengan melambai tangan sahaja, paling baguspun akan buka cermin.
Tetapi, masha ALLAH, Tun Dr Mahathir ternyata berbeza, beliau mengarahkan pemandunya berhenti kereta dan turun.
Beliau mengambil peluang untuk bersalam dengan hampir semua mereka yang menanti menyambutnya.
Tanggapan aku Tun seperti VVIP lain ternyata meleset, Tun lain dari lain.
Beliau amat menghargai mereka yang menyambutnya, dibawah panas mentari terik jam 2.30 petang, beliau sanggup turun kenderaan dan bersalam dengan masyarakat biasa.
Begitu juga isterinya.
Kira-kira 15 minit juga berjemur, barulah beliau meninggalkan kumpulan penyokongnya.
Inilah kelebihan Tun Dr Mahathir Mohamad yang tiada dengan pemimpin lain.
Sungguh pun penat dengan perjalanan jauh selepas talk di Bosnia dan Eigypt, Mesir beliau tidak mempersia-siakan mereka.
Dalam kesempatan itu, aku sempat berbual dengan penjaga setia Tun, ACP Mazli Mazlan.
Pelbagai jasa dan pengorbanan Tun Dr Mahathir Mohamad, selama 22 tahun sebagai perdana menteri.
Itu yang rakyat Malaysia amat hargai.

Advertisements

One thought on “UnToldStory – Tun Dr Mahathir hanya PM pencen

  1. Tun Mahathir dah tua, selalu sakit, tapi dia tetap turun padang, tetap bagi penasihat rasmi dan tak rasmi kepada rakyat. Tak macam bekas pemimpin negara yang lain, sama ada sibuk sebar kebencian atau duduk senyap2 je kat rumah buat tak tahu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s