Azizan, masih banyak simpan rahsia

Azizan bukan pakcik tua biasa.

Azizan bukan pakcik tua biasa.

Sudah hampir sebulan bekas Menteri Besar Kedahm Datuk Seri Azizan Abdul Razak menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. Bagaimana keadaan beliau, MB Pas Kedah yang menang PRU12.
Ramai yang tidak sabar melihat Ustaz kembali sihat seperti sediakala.
Dalam masa sama, kami Sinar Harian tidak putus-putus melaporkan keadaan sebenar Ustaz Azizan dari hospital.
Siapa sebenarnya Ustaz, masih aku tertanya-tanya.
Bayangkan pada awal menerima rawatan, yang melawat beliau bukan calang-calang pemimpin, Tuanku Agong – antara kenamaan terawal melawat beliau; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan isteri serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.
Tunku Bendahara Kedah juga telah melawatnya tiga kali! Siapa Azizan Abdul Razak, siapa beliau jika dilihat bukan sebagai bekas MB dan bekas Pesuruhjaya Pas Kedah.
Teringin sangat-sangat ingin aku ketahui.
Bagaimanapun, aku bersyukur dapat mengetahui sedikit sebanyak berkenaan Ustaz melalui tulisan Setiausaha Politiknya, Muhammad Sanusi Md Nor.
Aku cuba memanjangkan lagi perkongsian siapa sebenarnya Ustaz Azizan Abdul Razak.

Azizan, masih banyak simpan rahsia

Sandaran dan Rujukan Ustaz Azizan di awal perlantikan sebagai Menteri Besar dikecam oleh sebahagian ahli PAS dan UMNO kerana menggunakan kereta rasmi (Mercedes Benz KBV  dan polis (out rider dan pengawal).
Dia memakai long suit, bersongkok (ganti ketayap putih) dan tali leher ke pejabat dan urusan rasmi.
Ini mengejutkan sebahagian ahli PAS, tertutama yang mengkagumi Ahmadinejad (Presiden
Iran yang tidak bertali leher) dan sesetengah ahli yang hanya mengenalinya sebagai Ustaz, yang harus berserban, berjubah, memakai kereta lamanya dan menjauhi semua kebesaran sebagai pemimpin sebuah kerajaan.
Alasannya kuat dan pantas. Ustaz Azizan menghuraikannya seperti ini. Aku memakai ijtihad yang dibuat oleh Muawiyah sewaktu menakluki Mesir dan dilantik menjadi Gabenor di sana. Inilah yang diharuskan dalam ilmu siasah syariyyah, meneruskan amalan kebiasaan yang sudah dikenali dalam sesebuah masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak.
Ketika menjawab pertanyaan khalifah Syaidina Umar r.a berkaitan aduan rakyat terhadap corak kehidupan dan kediamannya di istana milik bekas pemerintah Rom.
Muawiyah menjawab: “Aku menakluki sebuah wilayah jajahan Rom dan masih bersempadan dengan mereka.”
Mereka mengenali sebuah kerajaan dan pemimpin dengan kehebatan dan kebesaran seperti ini.
Dengan inilah kerajaan dihormati dan dipatuhi dalam masyarakat dan budaya di sini. Aku tidak boleh tergesa-gesa mengubah apa yang telah mereka kenali sejak ratusan tahun dulu sekelip mata.
Jelas Ustaz pada satu ketika, Rasulullah ketika menjalani kehidupan di Madinah pernah menaikkan Syadatina Aisyah r.a ke atas bahunya untuk menyaksikan satu pertandingan kebudayaan orang Madinah.
Walaupun ia asing dan ganjil bagi masyarakat Mekah, Rasulullah tidak melarangnya, malah turut menyaksikannya.
Inilah sandaran yang terpakai dalam ilmu dan disiplin siasah syariyyah.
Walaupun apa yang aku buat ini asing dan ganjil bagi ahli dan penyokong PAS, tetapi Rakyat Kedah sejak sekian lama mengenali kerajaan dalam bentuk ini.
Ada lebih 1.8 juta penduduk Kedah, berparti PAS, UMNO dan tidak berparti, Islam dan bukan Islam, Melayu Cina, India dan Siam, aku mengambil jalan ini untuk menjadi Menteri Besar kepada seluruh rakyat Kedah.
Aku percaya, satu hari nanti, orang kita (PAS) akan memahaminya.

Dihentam teruk
Dia juga dihentam teruk kerana memakai pakaian rasmi jamuan beradat (mess kit) sewaktu jamuan hari polis di Dewan Wawasan.
Dia tampil tanpa songkok (sesuatu yang asing bagi dirinya dan ahli PAS).
Sesuatu yang tidak dikatahui, Ustaz Azizan telah mengubah ciri-ciri mess kit dengan membuang bow sebagai sebahagian kelengkapannya dan menggantikannya dengan leher ‘cekak musang’.
Walaupun mendapat kritikan dan rasa tak puas hati para pegawai protokol, kerana pakaian
istiadat ini telah digunakan berpuluh tahun, Ustaz Azizan telah mengadap dan memohon
perkenan KDYMM Sultan Kedah untuk mengizinkan perubahan itu.
Katanya: Patik bukan sahaja memimpin negeri ini, patik juga ketua PAS Kedah.
Dalam pandangan sebahagian para ulama’, bow tidak dibolehkan, tidak seperti tali leher. Patik mohon Tuanku mengizinkan perubahan ini kerana ahli-ahli PAS akan mengecam para
pemimpin jika patik turut memakainya.
Perubahan itu kekal sehingga hari ini.

Berjimat cermat
Menjadi amalan dan berdasarkan kelayakan pimpinan negeri menaiki pesawat kelas
perniagaan ke Kuala Lumpur atau ke mana-mana majlis rasmi dan tidak rasmi.
Beberapa pemimpin lain menunjukkan teladan dengan menaiki pesawat kelas ekonomi dan pesawat tambang murah.
Pergerakan pemimpin negeri biasanya diiringi beberapa pegawai dan pengawal.
Ustaz Azizan lain caranya.
“Cuba hang kira kos perjalanan ke Kuala Lumpur dengan kapal terbang, banding dengan kereta,” katanya.
Dia sendiri yang mengambil pen dan menulis di kertas. “Berapa harga tiket
bisness class ke KL?”
RM 444.00 Ustaz!
“Mana hang tau?” tanyanya.
Saya tengok di internet.
“Ekonomi class?” RM240 ustaz.
Kalau kita pi 3 orang, aku bisness class, hang N54, bisness class juga. Tapi katakan hang dan sorang lagi kelas ekonomi, dah brapa? RM 444 + RM240 + RM240, dah jadi RM924.00.
“Dari airport ke KL?” Katakan seorang RM30 dah jadi RM1,014.
Pi dan balik dah jadi RM2,028 sekali perjalanan.
Kalau 4 kali sebulan dan jadi RM8,112.00.
Dulu-dulu, MB terbang kot atas, kereta dua tiga biji menjalar kot bawah. Sampai sana, mesyuarat sana sini, kena pi naik kereta jugak.
“Kalau pi dengan kereta, minyak pi balik katakan RM250, tol RM120, baru RM370.
“Kalau 2 buah kereta, baru RM740.00. Empat kali pi baru habih RM2,960. Kita jimat RM5,152
duit rakyat,” katanya.
Hotel? Kalau sebilik RM300.00, tiga bilik sudah RM900.00, kalau pegawai yang booking ikut
kelayakan pegawai kerajaan, aku tentu bilik suite, hang pun sama, dah berapa ribu?
Kalau suite semalam RM1,000 untuk MB, bilik lain RM300, kena dua malam dah jadi RM3,200.
“Kalau kita ramai, lagi mahai. Kalau sebulan 4 kali kita pi, dah RM12,800 untuk hotel saja. Sebab tu aku suruh Kedah Invest sewa kondominium di Jalan Tun Razak. Sebulan RM4,000 boleh duduk ramai-ramai, berapa malam pun tak pa. Kita jimat RM8,800 untuk penginapan.
Maka, sepanjang lima tahun Ustaz Azizan menaiki kereta jika ke Kuala Lumpur bersama sebuah kereta pegawai pengiring.
Hanya tiga kali dia menaiki pesawat, itupun kerana dia membuat perjalanan dari Langkawi. Dia sering tidur malam dalam kereta, kerana terpaksa membuat perjalanan lebih awal
dengan kereta.
Ada kala kami mendiami kondominium itu 7 orang, sebahagiannya tidur di ruang tamu depan TV.
Ustaz Azizan tidur di sofa panjang. Itulah sebahagian jimat cermat wang rakyat yang dipraktikkan oleh seorang MB daripada PAS, selama lima tahun pentadbirannya.
Walaupun dengan kereta dia menjadi kurang rehat dengan masa perjalanan yang lebih panjang, badannya keletihan, dia sanggup menjauhi keselesaan yang dibolehkan mengikut kelayakannya.
Berbelas ribu (purata RM13,000 sebulan) duit rakyat berjaya dijimatkan dengan
langkah dan pengorbanannya.
Sayangnya, pengorbanan jenis ini jarang orang menilainya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s