Pandikar Amin dudukkan Najib dan Anwar

Comel kedua-dua tokoh ini duduk kepit tangan tengah-tengah.

Comel kedua-dua tokoh ini duduk kepit tangan tengah-tengah.

Pembukaan Parlimen tahun ini tiada yang lebih menarik melainkan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk kali kedua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjadi orang tengah mendudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itu kuasa YDP Dewan Rakyat, beliau juga berhak menghalang sesiapa saja yang melanggar perintah dewan untuk meninggalkan dewan persidangan. Beliau diibaratkan raja dalam dewan rakyat.

Pandikar Amin mendudukkan dua tokoh ini ketika sesi bergambar selepas majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Malaysia di Parlimen, Kuala Lumpur.

Makan tengah hari pun semeja.

Makan tengah hari pun semeja.

Sebelum ini, Najib dan Anwar juga pernah minum teh tarik bersama di lobi Parlimen.

Najib dan Anwar sambil ditemani Datuk Seri Nazri Aziz yang ketika itu menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen.

Najib dan Anwar sambil ditemani Datuk Seri Nazri Aziz yang ketika itu menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen.

Photo kredit: Blogger Syahril Kadir

Advertisements

Siapa Anwar Ibrahim dari kaca mata Jusuf Kalla

Jusuf Kalla

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla

Nama bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia. Ikuti perbualan eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang turut memperkatakan pelbagai isu sampingan.

Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online, sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka dengan semangat “a sense of belonging“. Baru-baru ini, pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla, di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh ditemuramah. Alhamdulillah, bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla, tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya Umum Ke-13 di Malaysia. Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla.

MO: Assalamualaikum dan terima kasih saya ucap kepada Bapak atas kesudian menerima kehadiran saya.
JK: Waalaikum Salam warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

MO: Saya ingin menyatakan perasaan teruja atas peranan bapak dalam hal, kalau bisa disebut perdamaian semasa Pilihanraya Umum di Malaysia baru-baru ini. Saya dapati rata-rata rakyat Malaysia masih tertanya-tanya bagaimana bapak tiba-tiba bisa muncul dalam hal ini?
JK: Sebetulnya, saya ingin jelaskan bahawa bapak Anwar bertemu saya sebanyak 3 kali. Pertamanya pada bulan Mac, 2013 di rumah ini juga dia datang pada malam hari. Ketika itu, hadir bersama dua ahli Parlimen Indoneisa iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris. Saya lihat, pada ketika itu, Anwar terlalu yakin akan menang Pilihanraya di Malaysia, kerana katanya di mana-mana dia pergi sambutannya cukup luar biasa. Jadi Anwar mahu saya jadi perantaraan kepada bapak Najib, karena hubungan saya dengan kedua-dua mereka ini sangat baik, maka atas dasar persahabatan saya menerima. Bukan saya mahu masuk campur dalam urusan negara Malaysia, saya menerima urusan ini sebagai urusan persahabatan saya.

Teh tarik juga mampu mendudukkan dua tokoh besar ini.

Teh tarik juga mampu mendudukkan dua tokoh besar ini.

MO: Barangkali bapa bisa jelaskan apakah permintaan bapak Anwar semasa pertemuan dengan bapak tempohari?
JK:  Anwar memang ada membuat beberapa permintaan supaya saya bisa sampaikan kepada bapak Najib. Pertamanya, Anwar mahu agar supaya bapak Najib menerima ketetapan bahawa sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Dan yang kalah juga hendaklah mengucapkan selamat berjaya kepada yang menang, dan yang kalah itu kalau bisa disesuaikan dalam pentadbiran kerajaan yang baru. Jadi, saya terbang ke Kuala Lumpur dan menyampaikan permintaan-permintaan Anwar itu dan bapak Najib mendengar dengan baik. Saya lihat bapak Najib seorang yang berjiwa besar, mendengar dengan baik segala permintaan Anwar tetapi bapak Najib juga mempunyai keyakinan yang tinggi akan menang Pilihanraya itu.

MO: Bagaimana tentang hal perjanjian, kerana di Malaysia heboh kononnya ada surat perjanjian antara Anwar dengan bapak Najib?
JK: Anwar memang ada membuat perjanjian bertulis. Anwar yang membuatnya, jadi semasa Anwar datang ke rumah saya, Anwar mahu supaya bapak Najib menurunkan tandatangan dalam perjanjian itu. Anwar sangat konfiden akan menang. Di dalam mindanya dia sudah bayangkan dia Perdana Menteri. Jadi, saya kata kepada Anwar ok, kalau kamu kalah kamu juga harus menerima kekalahan kamu. Anwar bersetuju, jadi saya tandatangan dan Anwar juga tandatangan. Apabila saya terbang ke Kuala Lumpur, saya bawa hal surat perjanjian ini kepada bapak Najib, saya melihat bapak Najib tidak ada masalah melihat perjanjian itu, tapi bapak Najib mengambil keputusan tidak menurunkan tandatangan. Saya tidak bisa memaksa. Jadi saya balik semula kepada Anwar, saya beritahu kepada Anwar bahawa bapak Najib tidak turunkan tandatangan tetapi saya mahu kamu (Anwar) percaya kepada my mouth (mulut saya) bahawa bapak Najib tidak ada halangan dengan permintaan kamu (Anwar) itu. Maknanya, sesiapa yang kalah harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka (gentleman). Inilah gentleman’s agreement antara saya dengan bapak Najib. Akhirnya Anwar bersetuju dalam isu bapak Najib tidak turunkan tandatangan karena Anwar mempercayai cakap saya. Malangnya, selepas keputusan Pilihanraya, Anwar mungkir janji dan tidak komited kepada perjanjian itu sendiri. Itu sebab saya marah kepada Anwar dan kawan-kawan Anwar di Jakarta turut marah kepadanya kerana Anwar mungkir janji dan tidak komited. Asean Wall Street Journal menghub ungi saya bertanya apakah benar Anwar tidak komted. Saya beritahu mereka ya, benar Anwar memang tidak komited. Saya tidak akan hubungi Anwar, biar dia tahu kami(Yusril, Fatmi dan teman-teman yang lain) marah kepadanya.

ISU PENIPUAN PILIHANRAYA

MO: Apa alasan Anwar tidak mahu menerima kekalahannya, mungkir janji dan tidak komited?
JK: Anwar menuduh berlaku penipuan, antaranya soal dakwat kekal. Jadi saya marah Anwar, saya kata kamu bilang dakwat itu tidak kekal, itu kamu lihat di jari kamu masih ada bekas dakwat kekal belum hilang (sambil bapak Jusuf Kalla memegang jari Anwar yang masih ada bekas dakwat). Kemudian Anwar bangkitkan pengundi Bangladesh. Saya bilang sama Anwar, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan percakapan, bahasa, budaya dan gaya orang Bangladesh. Tidak mungkin berpuluh ribu orang Bangladesh boleh dibawa masuk ke Malaysia dan menjadi pengundi. Ini tidak masuk akal. Tapi, Anwar tetap tidak mahu menerima keputusan dan dia tetap dengan egonya.

MO: Anwar kata dia menang kerana undi popular dia lebih banyak daripada bapak Najib?
JK: Saya beritahu Anwar, kamu berada di Malaysia bukannya di Indonesia. Kalau kamu (Anwar) bertanding di Indonesia kamu sudah jadi Presiden Indonesia. Tapi di Malaysia sistemnya lain, kemenangannya dikira melalui sistem undi electoral, yang mana partai yang menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri. Malangnya Anwar ini ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, dia tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya bilang kepada Anwar, “Kamu sudah gila?” mana mungkin kamu (Anwar) menjadi Perdana Menteri sedangkan kamu hanya menang 89 kerusi parlimen walhal bapak Najib menang 133. Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu kamu hanya menang 89 walhal bapak Najib menang 133. Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga. Kemudian, kami juga berbicara tentang masa depannya dan masa depan Nurul Izzah. Saya bercakap tentang Menteri Penuh, Anwar meminta masa berfikir tentang perkara itu. Kesilapan Anwar ialah dia sudah dua kali mengumumkan mahu bersara jika tewas dalam Pilihanraya, malangnya Anwar tidak pernah komited kepada janji-janjinya.

HIMPUNAN BLACK OUT 505

MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini?
JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki.  Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka.
Isunya untuk apa membuat himpunan tersebut jika ianya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu. Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas, ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli parlimen dari parti lain. Makanya, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja, melainkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam.

PERTEMUAN SUSILO & ELEMEN WASHINGTON

JK: Baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya bertanyakan mengenai panggilan telefon dari “Polis Washington” supaya Presiden Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya. Saya memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan Anwar kerana Anwar hanya pembangkang bukan Perdana Menteri. Ini bermakna, saya sangat yakin, bahawa ada elemen Washington dalam urusan campurtangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia. Anda perlu terus menyiasat perkara ini.

ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU

JK: Dalam kes pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu bahawa ada campurtangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu. Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia, di mana mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut.

MO: Saya ucap terimakasih kepada bapak atas kesudian bapak menerima kehadiran saya dan seterusnya berbicara tentang isu penting ini. Saya sangat hargai dan saya berharap rakyat Malaysia boleh melihat peranan bapak yang mulia ini khususnya kedua-duanya adalah sahabat baik bapak.

JK: Terima kasih.

Jakarta, Indonesia, 1 Jun 2013.

Menanti cinta tak sampai

Posing sebelum masuk Taman Negara Niah.

Posing sebelum masuk Taman Negara Niah.

Malam tadi, 17 Jun 2013 dalam kesibukan aku berkesempatan berjumpa dengan beberapa sahabat lama yang mana dulu kami aktif dengan Kurikulum Berkredit Budaya QKB010/011, UPM.
Tak salah aku, aku aktif lebih kurang 4 sem jugalah.
Nak kata jadi orang kuat tu tidak lah juga, tetapi jarang sekali miss sebarang aktiviti yang dilakukan.
Paling aktif 2006, yang mana kumpulan kami mengendalikan Program Bakti Siswa ke Sarawak.
Pengalaman pertama aku ditugaskan membeli tiket Air Asia untuk 30 peserta, pertama mali tu.
Pertama kali juga aku menaiki kapal terbang, teruja tak terkata ketika itu.
Aku juga percaya, bukan aku sahaja, lebih separuh dari kami mengalami perkara sama kerana semuanya orang kempung seperti aku, kecuali mereka dari Borneo sahaja yang kerap sekali menaikinya.
Aku belajar di UPM pada sesi 2004/2007 – tak ada sambung sem, walaupun pernah kantoi satu paper.
Kira kumpulan ini memanglah antara kelab yang paling diceburu kerana keaktifannya.
Sebelum itu, sebut saja bakti siswa, siapa yang tidak pernah sertainya semasa study memang tak lengkap kehidupan sebagai pelajar.
Macam aku saja, dengan QKB010/011 ini aku telah sertai sebanyak tiga kali, iaitu di Sarawak, Perlis dan Johor.

Sebahagian peserta lain.

Sebahagian peserta lain.

Kongsi pengalaman
Entry kali ini aku bukan sangat nak ceritakan pengalaman aku disana, tetapi sekadar flashback apa yang diceritakan antar kami semasa pertemuan semalam.
Selain pengalaman berharga sebagai pemimpin kumpulan, hubungan kami yang berlainan bidang dan jurusan menjadi akrab dibawah satu payung QKB011/011.
Memang seronok berkawan dengan pelbagai bidang, ramai masih aku berhubung walaupun kami dah berlainan arah.
Ada yang semakin berjaya dan ada juga yang telah menjadi ayah, ibu, isteri dan suami.
Aku masi bujang ya, hehee.
Kalau nak sebut nie, nanti ada yang tertinggal, mesti kecik hati.
Tetapi tak apa, aku nak cakap, “korang semua memang best lah, pengalaman kita memang tak dapat aku lupakan”. Terlalu banyak mengajar kehidupan.

Perjalanan ke Guua Niah, sempat pose manja lagi.

Perjalanan ke Guua Niah, sempat pose manja lagi.

Bayangkan program di Sarawak selama 10 hari, kita kenakan charge sebanyak RM300, bayangkan masa itu seorang studen kena bayar nilai sebegitu besar itu.
Jadi terpaksalah kami mencari sumbangan dana.
Pengalaman mandi air sungai dan parit berseluh sepanjang tiga hari juga amat mahal, itu tidak kira berak dengan tandas yang ditutup dengan zink.
Aku senang saja, masa nak berak, aku sembunyikan kepala. Jadi apabila aku tak nampak orang, automatik orang pun tidak nampak aku lah.
Kalau dok caring sangat susah.

Pengalaman berharga
Nama kampung berkenaan aku sudah terlupa, tetapi kawasannya di Kanowit, berhampiran dengan Gua Niah.
Di sana juga aku kenal apa itu ‘payau’, ‘kelupis’ dan panggilan ‘bapak’ bagi lelaki.
Memang menarik dan bernilai, cuma paling aku tak suka, aku kena belajar tarian sumazau.
Ini yang aku paling fail, memang tidak reti langsung.
Semasa latihan, aku larikan diri. Marah sunggu Ayu dan Laila ketika itu.

Air oren ais, tapi.......

Air oren ais, tapi…….

Melihat kehidupan
Selepas tiga hari di perkampungan berkenaan, kami kemudiannya ke Kota Kinabalu.
Perjalanan menggunakan bas mengambil masa selama 12 jam.
Memang ngeri. Jauh tak payah cakap, bukannya macam semenanjung ada lebuh raya.
Perjalanan yang memenatkan ketika itu membuatkan aku memilih untuk membuka sleeping bag dan tidor sahaja.
Apabila bas berhenti, aku tido juga sebab aku agak sensitif dengan persekitaran yang kurang menyenangkan ketika perjalanan.
Oh semasa di Kanowit, kami berpeluang memasuki bahagian depan Gua Niah dan berpeluang ke rumah panjang.
Jika mengikut laluan kereta memang jauh, jadi kami memilih jalan darat yang mengambil masa kira-kira dua jam.
Kami diiringi pelajar sekolah yang menjadi peserta motivasi kami.
Mereka begitu pantas sekali, ye lah, jalan balik rumah yang hari-hari mereka lalui.
Kami terpaksa melalui laluan kayu yang agak licin.

Ketika perjalanan ke Gua Niah.

Ketika perjalanan ke Gua Niah.

Sebaik sampai kerumah berkenaan, kami disajikan dengan air oren, cuba bayangkan apabila kita penat disajikan dengan oren ais.
TETAPI, air oren berkenaan dibuat dengan air hujan yang ditadah. Itulah yang menjadi sumber masakan mereka.
Semasa nak naik rumah panjang berkenaan kami terserempak dengan beberapa ekor BABi yang diternak bawah rumah.
Sebaik naik rumah, tanda salib yang menunjukkan mereka beragama kristian.
Aku buntu, tetapi mereka amat meraikan tetamu.
Pesanan penasihat kami, En Muhazam Mansor sebelum ini, “apabila sampai disana, kamu kena jaga hati orang sana, mereka amat sensitif jika orang luar membuat perkara yang mereka tidak senang”.
ALAMAK, apakah cara terbaik untuk aku menolaknya?
Apa lagi ketika itu, aku beraksi sebagai photographer lah, nasiblah aku budak mass com, ada juga alasan, Nizam memaksa aku minum, aku pun ambil gelas dan membuat gaya minum.
Air hanya kena bibir tetapi tidak masuk perut, sampai hari ini tiada yang mengetahui rahsia aku ini.
Selepas tiga hari kemudiannya kami ke Kuching, sebagaimana yang aku ceritakan tadi.

Bergambar di Unimas.

Bergambar di Unimas.

Unimas
Sepanjang di Kuching, kami bermalam di Unimas, cantik tempatnya.
Sempat juga round-round Kuching beberapa hari.
Kami juga berkesempatan melawat UPM Kampus Bintulu.
Banyak aktiviti aku dah lupa.
Oh, kami juga berkesempatan melawat Kampung Budaya, Waterfront dan beberapa lokasi lagi.
Paling tidak dilepaskan peluang adalah kek lapis Sarawak, memang borong sakan kami.
Kalau tidak salah, aku beli lebih 10 ketul masa tu.
Puas juga kami bergambar, cuma ketika iitu tak ada lagi Facebook dan Twitter.
Waktu itu cukup meriah adalah MySpace dan Friendster sahaja.

Hadapan pintu Gua Niah.

Hadapan pintu Gua Niah.

Kisah cinta
Pengalaman dan pengajaran yang dicurahkan En Muhazam sememangnya amat berharga buat kami.
Cuma kita kadang-kala tidak sedar.
Bantuan beliau juga tidak kurang hebatnya.
Memberikan kebenaran menggunakan komputer, meja, kerusi dan telefon seperti milik kami sendiri.
Hanya ALLAH yang mampu membalas.
Terima Kasih En Muhazam.
Sembang punya sembang tadi, rupanya ada antara kami terasa hati, bukan kerana kecewa, tetapi tentang hati dan perasaan.
Uishhh, selepas lapan tahun baru diceritakan kepada kami, its really sweet story.
Cuma aku perlu merahsiakan hal ini kerana si wanita telah berumah tangga.

After eight years
Katanya, ketika itu dia telah jatuh hati dengan seorang lelaki ini yang kebetulannya satu jurusan dengan aku.

Ketika melawat Kampung Budaya.

Ketika melawat Kampung Budaya.

Sejak itu hatinya mula menaruh perasaan kepada lelaki ini dan lelaki ini pun ada perasaan yang sama.
Cuma katanya masing-masing tidak diluahkan entah apa silapnya.
Si lelaki berkenaan dikatakan takut cintanya ditolak gadis yang selengkapnya kejadian.
Anak yatim, si wanita.
Masing-masing menanti respond dan jawapan.
Akhirnya si wanita dikatakan sangat kecewa dengan lelaki berkenaan kerana memberikan peluang kepada rakannya untuk mendekati wanita itu.
Lelaki berkenaan dikatakan menghormati rakannya yang memang berhajat, tetapi tidak kemana.
Aku difahamkan, semasa perjalanan, memang mereka berdua rapat, caring each other.
Tetapi tak da jodoh, apa boleh buat.
Semuanya telah ditentukan.
Kata si lelaki itu pernah menggelap air mata wanita berkenaan ketika menceritakan kisah kematian si ayah beberapa tahun ketika itu.
Mungkin itu detik hati masing-masing berkata.
Mungkin bukan niatnya untuk membiarkan si wanita tu berlalu, tetapi mungkin kerana persahabatan.

Unimas

Unimas

Sangat kecewa
Wanita berkenaan kata, dia sangat kecewa dan marah kepada lelaki itu, tetapi langsung tidak pernah melauahkannya.
Jika benar, tidak mungkin si lelaki akan membiarkannya.
Tetapi kini, dia telah menjadi isteri dan rusuk kepada suaminya.
Semuanya telah berlalu dan menjadi kenangan yang amat bermakna dalam kehidupan mereka.
Si wanita ini mengadu kepada aku, kali kedua dia amat marah dan kecewa kepada lelaki berkenaan adalah tidak menghadiri majlis perkahwinannya di Selatan Tanah Air.
Laaaa, kesian sungguh nasibnya.
Apa punya lelaki sanggup mengecewakan wanita suci dan selengkapnya kejadian Maha Pencipta.
Aku si lelaki pun menceritakan kepada aku, “Takkan aku nak melihat pelamin anganku musnah”.
Sebab itu aku tak pergi kenduri dia.
Apa pun, kami bersyukur, kami masih berkawan dan persahabatan itu kekal abadi, insha-ALLAH, katanya kepada aku semalam.

Aku sedang posing baik punya di Waterfront, Kuching, Sarawak.

Aku sedang posing baik punya di Waterfront, Kuching, Sarawak.

Hari lahir hanya satu angka atau?

Depa yang buat suprise kat aku. #FullHouse

Depa yang buat suprise kat aku. #FullHouse

11 Jun 2013, sekali lagi aku menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 29 tahun.
Alhamdulillah terus diberikan peluang bernafas, menikmati rezeki, peluang dan ruang.
Syukur aku kepada DIA yang menentukan segalanya dalam hidup aku hari ini.
Kemurahan rezeki yang diberikan, peluang dalam kehidupan, pahit-manis dan pancaroba yang mewarnai hidup aku selama ini.
Diberikan kedua ibubapa yang amat mengasihani kami, langsung tidak pernah menghalang apa yang aku lakukan, melaikan kata semangat dan ingatan.
Diberikan seorang abang dan seorang adik yang sering memberikan semangat.
Cuma aku masih belum merasai nikmat membalas jasa kedua ibubapa yang sekian lama berkorban untuk aku.
Tiada kata yang dapat aku lafazkan, tiada ucapan dapat diluahkan, tiada tolok bandingan apa digantikan, kamulah segalanya buat aku.
Aku dibesarkan dalam suasana yang amat kekeluargaan membuatkan aku sebegini hari ini.
Dalam meniti usia 29 tahun ini juga, pelbagai ragam manusia yang aku berpeluang jumpa, baguih sangat, baguih dan apa pun tak boleh pun ada.
Sangat menarik kehidupan ini, pelbagai ragam.
Berkenaan kerjaya juga, aku sangat sukakan dunia ini. Sungguhpun kadang-kala aku hampir tidak ada masa dengan diri aku sendiri, tetapi aku suka.
Inilah juga sebahagian cabaran dan keindahan dunia ini.
Mungkin pada sesetengah orang, umur 29 tahun agak terlalu lewat dan perlu juga memikirkan tentang masa depan.
Seperti yang aku janjikan pada diri aku, aku perlu selesaikan dua perkara terlebih dahulu sebelum berkahwin.
Akhirnya aku tercapai, ALHAMDULILLAH.
Dalam masa ini juga, aku bersyukur yang amat kerana aku punya sahabat yang ada susah dan senang.
Mereka juga yang banyak memberikan sokongan kepada aku.
Risau menulis nama, takut ada terkecil hati kerana tidak disebut.
Kalian adalah, abang, kakak adik dan sahabat yang sempurna.
Dalam mengejar masa depan dalam kerjaya, sudah sampai masanya juga aku melakukan sesuatu untuk kemajuan diri aku.
Apa yang harus aku lakukan.
THINK!!!

Mencuba sesuatu yang baru. #Berkuda

Mencuba sesuatu yang baru. #Berkuda

Dalam masa ini, aku sedang berjinak-jinak juga dengan hobi yang semakin ramai disukai masyarakat.
Berkuda!
Ya berkuda adalah hobi baru aku, selain badminton di office.
Nak main bola sepak dan futsal, memang rasanya dah tak terdaya sekarang ini.
Sedangkan aku dari kecik tidak pernah dipisahkan dengan sukan.
Semasa sekolah rendah, mewakili sekolah dalam bola sepak, bola baling, bola tampar, lontar peluru dan hoki.
Semua yang aku main membuatkan aku mendapat selection mewakili negeri.
Cuma rezeki tiada, tak terpilih katanya.
Apabila mendaki sekolah menengah kebayakkan sukan aku kurangkan, hanya joging sahaja.
Bosannya nak flashback semula.
Kini aku teringin juga nak belajar menembak, bagaimana aku nak belajar ya?
Entah kenapa, sejak akhir ini aku sukakan perkara yang agak pelik.
Perkara yang tidak dilakukan orang lain.

Akhirnya, perlu mencari sesuatu.

Akhirnya, perlu mencari sesuatu.

Aku merasakan penulisan aku kali ini agak kucar-kacir.
Entah mana depan dan mana belakang.
Apapun, masanya telah tiba untuk aku melangkah kehadapan dengan gayanya.
Oh sebelum terlupa, kesempatan ini aku juga nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang mengucapkan dan mendoakan selamat hari lahir aku yang ke 29 tahun.
Dalam keadaan ini, kadang kala kelakar juga aku apabila aku berbaik dengan sesiapa saja, mengatakan aku nak mendekatinya (nak mengorat kononnya).
Jangan risau, ….. Friendship never ending.
Aku amat hormati persahabatan, jarang sekali melanggar persahabatan.
Cuma pantangnya aku persahabatan yang digunakan untuk mengambil kesempatan.
Dalam masa terdekat ini juga, aku berhajat menjadi tetamu mu Ya ALLAH, permudahkan urusan aku mendekati dan mengabdikan diri kepada mu.
AMIN YRA…

#pustop

Zailani dah kawin, tahniah

20130605-023449.jpg
Tahniah, sahabat aku dari UPM sejak 2004 dan Sinar Harian hingga kini telah menamatkan zaman bujangnya 1 Jun 2013 lalu.
Mohd Zailani Abd Rahman telah membuat keputusan memilih gadis pilihannya dan melangsungkan perkahwinan pada 4 Jun 2013 sebelah lelaki.
Kesempatan ini, aku bersama bos aku, kak laila, wan dan rini meraikan majlis mereka di Labok, Machang, Kelantan.
Alhamdulillah, selamat juga kami sampai sungguhpun begitu sukar perjalanan kami.
Perhubungan aku dengan Zai bukan hanya sekadar rakan sekuliah dan sekerja, tetapi kami sahabat susah dan senang ketika belajar hingga kini.
Kebetulan satu aras semasa kolej, bilik selang beberapa bilik sahaja dan masing-masing memahami baik buruk kami.
Ada juga beberapa persamaan kami disini dalam beberapa hal, perkara itu ya g kami sering bincangkan dan membuatkan kami rapat.
Perkongsian aku juga, Zailani bukan mudah memberikan cinta kepada mana-mana gadis, sifat pemakunya mengatasi segalanya dan workaholic tidak dapat dinafikan lagi.
Memang untung isterinya kerana berjaya memiliki hati Zai.
Tahniah Zai, beribu jutaan tahniah aku ucapkan pada mu.
Ketika nak balik tadi selepas ‘makan gulai’ dialek Kelantanise, aku tanya dia, bagaimana nak menyesuaikan diri balik awal lepas nie?
Katanya, “aku dah mula kena belajar2 lepas nie, kalau tak jenuh kena bising,” katanya tersengih-sengih.

Kaki pencuri besi putus dilibas parang

Mangsa sedang kesakitan.

Mangsa sedang mengerang kesakitan.

Seorang pencuri besi putus pergelangan kaki kiri selepas bergelut dengan pemilik sebuah kolam ikan di Kampung Gong Puyuh, Kelantan pagi tadi.
Awalnya suspek cuba mengambil besi di kolam ikan tersebut tetapi tindakannya disedari anak saudara kepada pemilik kolam tersebut, kira-kira jam 11 pagi.
Si suspek pada awalnya cuba tunjuk hero dengan menyerang pemilik kolam dengan menggunakan besi yang diambil dari kolam.
Sebelum itu, pemilik kolam mengejar suspek dan apa lagi suspek lari la dengan memandu sebuah van. Bagaimanapun, suspek terlanggar pemilik kolam.
Suspek terus keluar dari van, mengambil besi dan melibas ke arah pemilik kolam.
Dalam syok-syok suspek melibas, pemilik kolam mencapai golok di raga motornya dan turut melibas bagi mempertahankan diri.
Libasan pemilik kolam mengenai pergelangan kaki kiri suspek. Terputus woooo…
Suspek kemudiannya menyerah diri dan suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

PERINGATAN: Buat baik dibalas baik….buat jahat dibalas apa? Fikir-fikirlah sendiri.